Monday, June 29, 2020

UMNO DALAM DILEMA..?


Dah lama aku tak tulis tentang UMNO. Dah lama dah... terutama lepas PRU14, memang down. Down habis! Mengalir air mata, lemah seluruh tubuh, tergetap bibir menahan kecewa. Tapi apa boleh buat, kehendak Allah, Dia mendorong majoriti orang Malaysia membenam UMNO - BN time tu...

Ya. Aku akui sgt terkesan. Secara peribadi, aku sgt terkesan. Tanpa disuruh, aku muhasabah diri sendiri dulu, kemudiannya barulah aku selidik faktor kekalahan parti....


Ya. Aku menjadi saksi, time tu ramai yang down. Sampai ada yg tak keluar bilik, tak keluar rumah. Betul2 terkejut, kelu, membisu seribu bahasa. Hilang sudah gelak tawa kemenangan. Hilang sudah kata2 mendabik dada, mengilai tak tentu hala...

Aku tak fikir wajar untuk aku bercerita tentang faktor2 kekalahan UMNO/BN. Biarlah. Nasi dah jadi bubur, nak dibuang sayang, kenalah telan untuk kesinambungan hidup. Aku redha. Biar UMNO tewas, biar aku tewas, asalkan aku belajar untuk bangkit...

Ya. UMNO perlu berubah. Zaman berubah, UMNO pun perlu berubah. Tapi berubah macamana pun, kena berpaksikan perjuangan asal. Sia-sialah nenek moyang kita memerah keringat tenaga, akal, dan bergolok bergadai hartanya jika kita lupa pada tujuan asal kita berjuang...

Ya. Insaf. Majoriti UMNO jadi insaf. Hilang jawatan, hilang kuasa, hilang pengaruh, hilang duit, hilang segalanya di depan mata. Dulunya dapat, sekarang dah tak dapat. Semua freeze. 

Semua back to basic. Kembali ke asalnya. Kembali menginsafi kelemahan diri. Yg sedihnya, ada segelintir yg menyalahkan antara satu sama lain. Cari kesalahan orang, tapi tak suluh diri sendiri. Seolah2 diri tu perfect, takdak cacat cela.... 

Tak mengapalah. Mungkin terlalu tertekan. Mungkin terlalu stress. Kalau depa tersilap, maafkan saja mereka. Kadang2 manusia tersilap perkiraan, hilang rasional. Kita insafilah diri atas apa yang berlaku. Rataplah sepuas hati...

Walau tak semua insaf, tapi majoritinya aku akui insaf. Kita sedar diri. Sanggup rendahkan ego. Walau ada lagi yang kembali mendabik dada, tapi dah ramai yg merendah diri. Tahu diri bahawa UMNO jangan lagi ulang kesilapan dulu...

Dalam masa yg sama, Allah tunjukkan hikmah tentang apa yg berlaku. Bila UMNO tinggal lebih kurang 40 kerusi, PAS yang jangka dapat 40 kerusi tapi dapat berbelas kerusi saja, Melayu Islam hilang kuasa pentadbiran negara buat pertama kali, Allah tunjuk satu persatu apa yg terjadi...

Satu persatu Allah tunjuk. Dari ICERD hinggalah UEC. Dari mula perintah, hinggalah drama letak jawatan, Allah buktikan depa menuju kehancuran diri sendiri. Akhirnya, depa yg runtuhkan penguasanaan depa di Dewan Rakyat. Hancur semuanya dalam tempoh 22 bulan saja...

Jgn bertepuk tangan atas kemusnahan org lain. Jangan ketawakan orang. Jangan gelakkan orang terpaksa isi barang dalam "kotak kosong". Alaaa.. macam la kita tak pernah? Jika kita boleh bangkit, depa pun boleh bangkit. Jadi, sebelum depa bangkit, nasib baiklah kita bangkit terlebih dahulu...

Kerana tu aku diam. Ketawa tidak, menyindir pun tidak. Hanya sekadar melihat secara bersahaja. Sedar bahawa aku pun pernah dlm suasana yang serupa... So biarlah depa...

TSMY naik percuma. Tun M letak jawatan, pandai TMSY isi tempat kosong. Kebetulan pula time Covid-19, TSMY pulak kaya dgn pengalaman mentadbir masa dgn UMNO/BN dulu, senanglah dia mentadbir. TSMY pun bukan calang2 pemimpin, pernah jadi TPM..!

Lebih bijak lagi, TSMY panggil geng UMNO/BN, dan PAS makin kuatlah dia. Dia pakat pulak dgn Azmin & Co, huru-hara PKR jadinya. Yg peliknya, Najib jugak yang salah? Hahahahahahaaa... Yg tu lawak.. Aku gelak kuat bila ingat lawak tu...

Sekarang ni PRK Chini berlangsung. Dah timbul dah isu MN vs PN. PH tak payah sebutlah, depa kutuk siang malam. Antara MN & PN, mana lebih elok dan dapat sokongan? 

Mula2 MN tercetus dulu, aku cuak jugak, camana nak bahagi kerusi dgn PAS? Tapi setelah aku berfikir, sedar keadaan sekarang tak sama dgn dulu & diyakinkan pimpinan bahawa pembahagian kerusi akan lancar antara kedua parti, barulah aku lega.... 

Tiba2, PN pulak masuk jarum. Mana nak letak geng TSMY & Azmin ni? TSMY tu bukan calang2, dia bekas TPM dan sekarang ni dah jadi PM pulak tu! Kuasa Kerajaan semua kat tangan dia, kan? Dah tu kena ikut dia ke camana?

Serba salah jadinya sekarang? Apa pandangan? Kalau sokong MN, boleh menang ke? Kalau tak sokong MN, TSMY & Azmin boleh menang ke? Atau PH boleh menang sekali lagi? Nak balik ke Kerajaan "30 ringek"? Rindu zaman Tun? 

2 comments:

ROSAS65 said...

Jk xdenya pengkhianat2 burit makanya xkan adanya PH terkubor..mmg nampak salah Tun ttp Tun terpaksa buat sesuatu yg diluar jangkaan. Puak2 pengkhianat gn puak2 meroyan nak kan PUTRAJAYA balik bersama puak2 penjual agama yg dah lama x merasa dok lam KERA-jae menebok atap gn cara penipuan jumlah MP..maka jdlah ianya KERA2-jakan isley..takdirrr..💩💩💩

Anonymous said...

mn+pn mesti dilaksanakan..
klau tidak phancing mngkin saje boleh berkuasa balik..
org umno dan org pas kene terima hakikat ni..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!