Saturday, June 20, 2020

NI SEMUA SALAH LA NIHHHH...SALAH.. SALAHHH...


Dah lama aku tak "bodek" Tun M. Lepas posting "bodek" time PKP tu, aku dah kurang "bodek" dah. Harap2nya depa tak potong la "elaun" utk aku bulan ni.. Adehhh...

Yg terbaru tentang Tun M semalam, MkiniTV keluarkan temubual eksklusif dgn Tun M baq hanggg..! Perghhhh..! Tun M siap bercakap pakai bush jacket woooo... nampak muda mcm orang umur 49 woooo...! (harap depa bawak naik la "elaun" aku... aku dah mula bodek ni...)





Pertamanya Tun M kata, kena pastikan menang dulu. Baru la cakap nak buat apa lepas menang tu...! So aku expect kali ni takde dah la "manifesto PH". Dah takde dah lepas ni "Buku Harapan" mcm PRU14 tu.. So Rafizi tak payah susah2 dah buat "Buku Jingga" ke.. "Buku Harapan" ke.. Tour pun tak payah dahhh...

Tun M kata tak payah dah sebut siapa nak isi jawatan itu dan ini. Menang dulu, baru la kita tetapkan jawatan itu dan ini. So guys, tak payah dah nak teka siapa calon PM bagi PH. Kita tak tetapkan siapa PM. Kit Siang boleh, Guan Eng pun boleh, Mat Sabu pun boleh...aihhh.. syyyhh.. keep it secret!


Bukan apa. Tun M kata, lepas menang nanti, PH ada banyak kerja nak buat. Dah la Najib banyak buat "Salah" dulu, Muhyiddin ni buat lagi banyak Ssalah" dari Najib weiii..! Kiranya Salah Muhyiddin lagi besar dari Salah Najib.. korang kena ingat tu.. banyak benda nak kena repair....

Maklum laaa.. gamak Muhyiddin tu geng dgn BN & PAS. Gamak dia gugurkan Tun M jadi ahli Bersatu! Ishhhhh...! Gamak sungguh..! Muyiddin suruh SUK gugurkan keahlian Tun M? Isshhhh..! Ini boleh mendatangkan marah niihhh..! Berani sungguh dia! Nak kena niihhh... besaq sungguh Salah Muhyiddin niii..! Siap hanggg...!

Kita kena ingat..Masa PH jadi Kjaan hari tu, PH dah tukaq cara lama kpd cara PH. Dlm syarikat2 Kjaan & agensi2 Kjaan dulu orang politik, tapi PH dah tukar kepada orang profesional & orang yg cekap bisnes. Tapi Muhyiddin ni tukaq balik pulak dahhhhh.. ishhhh..! Salah lagiii..!


Sabit tu la time PH dulu takdak org politik jadi Board Khazanah, Petronas, PNB, Yadim, TH & banyak lagi GLC. Memang semua org profesional, takde org politik pun! Alaa..TS Azman Mokhtar tu "org politik", Tun M tu "bukan org politik", tapi "org profesional & bijak berniaga".. boleh la lantik dlm Khazanah.. "betoi" la tu, kan?

Tun M kata, banyak lagi la Salah Muhyiddin ni. Orang yg Muhyiddin lantik ke jawatan tinggi tu ada kes kat mahkamah la, tak mcm PH..yg mana pemimpin PH semuanya takde kes, kalau ada kes pun ex-AG dah buang kes....habis cerita, kan?


Cuba tengok apa yg PH lantik, semuanya ada banyak pengalaman mcm Syed Saddiq, educated macam Mahfuz Omar, orang yang professional mcm Mat Sabu! Baguih dok ada org yang dilantik zaman PH ni... semua "elok2" belakaaaa...

Paling Tun M marah, Muhyiddin lucutkan jawatan Tun M. Cissss..! Cisss...! Betul2 aku marah niii..! Cissss...! Berani sungguh Muhyiddin niiiihhh..! Banyak betul "Salah" & "kerosakan" yg Muhyiddin buattt... cissss..!

So "patut" la Tun M suruh kita dengar hasutan dia utk jatuhkan Muhyiddin ni. Kena bagi PH menang katanya...

Err.. korang dengar tak cakap Tun M ni? Ingat tauuuu.. lepas jatuhkan Najib, kena jatuhkan Muhyiddin pulak. Mcm2 yg depa 2 org ni "jahanam"kan.. Depa Salah.. Tun M saja yg betoiii...

Ishhhh! Abih "jahanam" plan aku nak naikkan anak aku jadi PM... cissss!

So aku "simpul"kan, kita tak patut bawak Salah mai masuk Malaysia time PKPP ni. Walau PKP dan jadi PKPP, Salah kena ikut kata MKN dan Menteri Keselamatan, patuh pada perintah tutup sempadan... Kalau Salah nak masuk jugak, lepas PKPP la...


Salah kena ingat.. Covid-19 ni bahaya. Kalau taknak dengar kata WHO, kena dengar apa Dr Noor Hisham dok update tiap2 hari tu. Bukan apa, kami tengah usaha putuskan rangkaian Covid-19. Nanti lepas PKPP & sempadan dah bukak, hang masuk la ke Malaysia, Salah weiii...

Jadi, majulah sukan untuk negara...sekian, terima kasih!

P/S: agak2 boleh naik "elaun" tak ni? 

 

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!