Saturday, June 20, 2020

BN, MN, PN & PH: NAK PILIH MANA SATU?


Dah sekian lama saya kurang menulis di blog ni. Ye la.. sibuk menulis di platform lain sampai tak sempat nak belek blog. Atas permintaan kawan2 kita, saya menulis kembali fikrah bertemakan politik ni..

Sekarang ni dah lain macam pentas politik kita. Sejak BN tewas, PH ambil alih. PH runtuh sendiri, PN pulak ambil alih. Dulu UMNO leading party mengetuai BN bersama parti komponen lain mcm MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya. Tapi lepas BN tewas, yang kekal bersama BN cuma UMNO, MCA, MIC dan beberapa parti lain.. Gerakan dan beberapa parti lain keluar dah...



Dulu, UMNO dan PAS bertelagah. Sejarah dulu2, UMNO menyatukan semua umat Melayu Islam pada Mei 1946. PAS pun takde lagi time tu. Orang Malaya nak merdeka. Tapi zaman politik awal tu, ada yg tak puas hati dgn kepimpinan Almarhum Tunku dan menubuhkan PAS pada November 1951. Maka sejak tu umat Melayu Islam berpecah dua...

Maka sejak tu la UMNO dan PAS bertelagah. Satu parti berteraskan politik kebangsaan dan satu parti lagi berteraskan politik Islam. Biasalah adat politik, pepecahan ni memecah-belahkan umat Melayu Islam. Rugi memang rugi, tapi nak buat camana kan? Dah masing2 nak tunjuk "dialah paling betul", maka berterusan Melayu Islam tu dipecahkan oleh ideologi politik...

Dah lama dah... Tapi akibat 13 Mei 1969, PAS terima cadangan utk bersatu dgn Perikatan membentuk Barisan Nasional. Itulah pertama kali PAS join jadi Kerajaan Pusat. Masa tragedi 13 Mei tu, Almarhum Tunku still PM, tapi lepas isytihar darurat & tak lead Mageran. Beliau dah slowdown dah...

Maka time 13 Mei tu la Almarhum Tun Razak ditakdirkan naik jadi PM (1970). Atas dasar  AlMarhum Tun Razak la PAS bertaut kembali dgn UMNO dan BN, lalu menjadi sebahagian dari kerajaan. Bagus tindakan Almarhum Tun Razak menyatukan semula umat Melayu Islam..


Di zaman Almarhum Tun Razak, PAS betul2 mesra dgn UMNO. Pepecahan dulu dilupakan, buang yg keruh, diambil yg jernih. Yg pasti, dua parti bersaudara tu sama-sama berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu bersama... 


Tapi tiba2 berlaku "ribut" sehingga darurat diumumkan di Kelantan. PAS bergaduh dgn UMNO, memecah-belahkan dua parti ni semula. Ada org PAS yg masuk UMNO, ada org UMNO yg masuk PAS. PAS akhirnya isytihar keluar dari BN pada 1978 (zaman AlMarhum Tun Hussein, lebih kurang 2 tahun selepas kematian AlMarhum Tun Razak)...

Berpecah pulak umat Melayu Islam di zaman Tun Hussien. Tapi menurut cerita org tua2, menteri2 di zaman AlMarhum Tun Hussein banyak jugak yg jadi punca pepecahan UMNO-PAS ni. Biasalah.. politik zaman tu memang lain macam sikit...


Zaman AlMarhum Tun Hussein pun tak lama, arwah slowdown awal. Memang sifat pejuang lama, arwah tak gila jawatan pun dan tak pertahankan jawatan Presiden UMNO yg disandang. Bermula Mei 1981, kita mula masuk zaman Tun M pulak...

Time tu la hubungan PAS dan UMNO makin tegang. Tegang tak tegang, sampai TGHA keluar "amanat Hadi" la pada awal Tun M memerintah. Time tu memang PAS dan UMNO tak boleh bersemuka, sampai selak2 kain "ala-ala flasher" dibuatnya...


Haaa... time tu la berlaku "kafir-mengkafir" ni. Solat 2 imam, nikah cerai, tak pi kenduri, tak makan sembelihan dan macam2 lagi. Time tu, PAS marah betul dgn UMNO dan UMNO pun sakit hati betul dgn PAS.. padahal sesama umat Melayu Islam tu...heh!

Tapi masuk je zaman Pak Lah jadi Presiden UMNO, PAS kelihatan kendur sikit. Garang tu tetap garang, tapi dah takde dah insiden kafir-mengkafir, solat 2 imam, nikah cerai, tak pi kenduri, tak makan sembelihan dan sebagainya. Dah kurang dah....

Lepas PakLah letak jawatan, masuk zaman Najib pulak. Zaman Najib ni, PAS nampak lebih mesra dgn UMNO. Kenapa aku kata mcm tu? Ye laaa.. diam2 je Najib tolak kepentingan politik & jemput pemimpin2 PAS ni menyumbang dlm menjayakan dasar negara melalui agensi2 Kerajaan...

Aku rasa tak payah sebutlah. Ramai ustaz2 dari PAS yang bersama. Depa tak taskub politik, tapi lebih utamakan maslahah ummah. Depa tetap PAS, tapi sama2 memberi yg terbaik utk jayakan dasar negara, terutamanya utk kepentingan umat Melayu Islam. Antaranya ialah Almarhum TG Haron Din, Ust Nasha & tokoh ilmuan dalam kepimpinan PAS...


Masa tu masih tetap "bergaduh". Tapi kalau dulu balun dgn "besi", time zaman Najib ni PAS balun pakai "bantal" je. Tapi nak buat camana? Politik punya pasal, PRU 14, berlaku pertembungan 3 penjuru antara BN, PH dan PAS. BN tewas, UMNO dapat 74 kerusi je, PAS menang 18 kerusi jer.. 

Puas hati? Dua-dua parti, UMNO dan PAS tewas, PH naik mendabik dada. Maka pertama kalinya dua parti terbesar umat Melayu Islam tak dominate Kerajaan Persekutuan. Pertama kali, kita rasa down dan pentadbiran PH berterusan buat kita down selama 22 bulan...


Kita "balik ke zaman Tun M"? Lain macam pemerintahan Tun M kali ni. Dia takde kabinet lama. Dia tak strong politically mcm dlm UMNO dulu. Dia seolah2 "diancam" oleh PKR dan DAP (PAN tak payah sebutlahhh..). Maka hadaplah kita 22 bulan yang menyakitkan jiwa...

UMNO betul2 down lepas kalah on 2018. Sampai ada yg menangis, ada yg tak keluar rumah, malah ada yg jadi pendiam sejak tu. Aku bukan cakap tentang pemimpin UMNO je, malah ramai rakyat biasa yg begitu. UMNO betul2 insaf.. betul2 insaf bebbbb...


Time tu jugak, pemimpin yg tak tahan "melompat" join PPBM. Kononnya "demi rakyat". Ada yang "dipancing" dan ada yg "memancing diri sendiri". Biasalah orang politik.. dah tentu depa pun nak jaga karier depa time tu.. kita fahammmmmm...

Tapi ada yg kekal tegar bersama UMNO. Depa ni la yg betul2 menginsafi diri & mempertahan kesimbungan hayat UMNO. Kalah pun kalah la, tak jadi kerajaan pun tak jadi kerajaan la, jadi pembangkang pun jadi pembangkang la.. depa tetap kekal setia bersama UMNO...

PAS? PAS pun hadapi isu yg lebih kurang sama. PAS berpecah-belah. Yg kekal berjuang bersama PAS, tapi ramai jugak yang keluar parti ikut Mat Sabu membentuk PAN, ada jugak yg join PPBM. PAS kelihatan betul2 geram time ni...


PAS kembali rapatkan saf. Seperti UMNO, PAS pun bermuhasabah & buat post mortem atas apa yg berlaku. Lepas beberapa lama, maka kedua2 parti terbesar umat Melayu Islam tu bersedia utk melangkah terus ke depan & membentuk Muafakat Nasional...

Maka lahirlah MN. Surat beranak awalnya dipersetujui bersama & termaktub bertulis dlm bentuk Piagam, rasmi tertubuhnya MN. Maka bertaut kembali dua parti umat Melayu Islam terbesar negara. UMNO (BN) dan PAS dalam satu fraksi bernama MN...


Tiba2 dok syok UMNO dan PAS menyatu, PH pulak bergolak. Rakyat dah "tak boleh belah" dah dgn PH, majoriti Bersatu pun dah tak boleh tahan geram dah. Bergaduh punya bergaduh, Tun M umum letak jawatan PM.. pulak dah! Apa nak jadi niii...???

Tengah2 dok kalut tu, Tun M lantik dirinya sendiri dari PM interim. Biasalah tu bila takde PM. Setelah diserahkan jawatan PM tu, YDPA pun siasat & cari jalan utk form a new gov. Dah tentulah YDPA consult dgn pelbagai pihak utk lantik PM ke-8 to form a new gov. Of course, YDPA nak a woking M'sia gov, kan?


Selepas dah selesai buat segalanya mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, maka YDPA lantik la TSMY sbg PM ke-8. YDPA yakin TSMY have the majority to lead as PM as he has sokongan majoriti dari MN. Walaupun majoriti kecil je, TSMY layak sbb YDPA yakin beliau ada majoriti di dewan rakyat...

Kebetulan time tu zaman Covid-19 bermula, maka TSMY pun isytihar MCO (PKP la tuuu...). Wabak Covid-19 makin okay. Tapi Bersatu terus bergolak & makin parah. TSMY gugurkan keahlian Tun M, Mukhriz, Dr Mazlee, Syed Saddiq dan Amiruddin. Maka bergaduh sakan la Bersatu...


Ekoran gugur keahlian yg disahkan ROS & mahkamah tu, maka sebahagian geng Bersatu lancar "Black-out" baru2 ni. Langkah protes depa, depa tukar lambang Bersatu tu jadi hitam putih. Dah tak merah dah la sebahagian dari depa tuuuu...

Apa nak jadi? Entah la. PM tu Presiden Bersatu. Bersatu dah pecah-belah, ada geng Merah, ada geng Hitam. Dah tak stabil dah Bersatu dibuatnya. Dah la tak ramai, buat perangai depan rakyat pulak. Bergaduh berebutkan opis? Hadoiiii.. lantak hangpalah.. itu parti hangpa kan?


As I said, aku cuma sokong MN je. Demi Islam, dah lama dah aku berjuang menyatukan dua parti utama terbesar umat Melayu Islam ni. Aku pernah tanya arwah abah aku dulu, "tak boleh ke usahakan supaya PAS & UMNO ni bersatu?". Tapi takde jawapan dari arwah abah...

Aku mcm akulah. Parti tu cuma platform politik sahaja. Aku lebih gemarkan berjuang demi Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Tak kiralah UMNO ke, PAS ke, PKR ke, Bersatu ke, hatta HAMIM atau Berjasa sekali pun, itu semua cuma palform je...


So that's it! Dah lama tak menulis kat blog ni, panjang pulak yg aku tulis kali ni. Okaylah. Nanti kalau aku free & nak menulis, aku tulis lagi.. insya Allah.. wassalam...bye!

2 comments:

Anonymous said...

CALON TASIK CHINI : BOSSKU SEKOLAHKAN ANAK TUN BOBOI, ANAK BROTHER NURUL DAN JIJAH DAN ANAK TOKONG LIM GUAN ENG DAN MENANTU.

Bekas Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata bahawa beliau bukan seperti bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, Presiden PKR Anwar Ibrahim dan veteran DAP Lim Kit Siang.

Walaupun celah jari kaki jer bossku sekiranya hendakkan anak nya jadi calon ternyata bossku bijak menyekolahkan Tun, Brother dan Tokong dengan menyindir sinis Boboi, Nurul dan Lim Guan Eng, menantu dan pemimpin seperti anak Kapal Sink dan lain lain.

Najib berkata demikian selepas anaknya Mohd Nizar tidak dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil (PRK) Chini.

Katanya, walaupun anaknya Nizar sebagai ketua pemuda Umno Pekan memang layak dari segi jawatan parti, kepimpinan, pengalaman serta pendidikan, amat janggal jika Nizar menjadi Adun Chini yang terletak di bawah kerusi parlimen Pekan.

Kata Najib, hal itu memandangkan beliau sendiri sudah menjadi anggota parlimen Pekan.

"Nama saya bukan Anwar atau Mahathir mahupun Kit Siang dan Umno bukan parti milik keluarga sesiapa.

"Lagipun, adalah amat janggal jika Nizar menang dan anak saya menjadi Adun di sebuah parlimen di mana saya adalah ahli parlimennya," katanya dalam satu hantaran Facebook pagi tadi.

Ternyata saham bossku bertambah laku dengan strategi mengugurkan nama anaknya sebagai calon di Tasik Chini walaupun Parlimen Chini dibawah kuasa parlimen Bossku...!!

Syabas bossku bijak berstrategi... makin mengelupor atok, brother dan tokong.

Madet said...

tkasih bro mnulis balik..berbulan aku tggu penulisan hg.steady & keep it up!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!