Sunday, June 21, 2020

BERSATU BUBAR, JOIN UMNO SEMULA?


Tengah hangat berlangsung kempen di Chini. Aku tengok je dari jauh, tak dapat nak ke sana. Dengar khabar dari kawan2 saja yg ke sana... Tak kisahlah, asalkan calon BN menang lagi...

Satu isu yg hangat diperkatakan kat sana ialah bantuan dari Bersatu (baca team TSMY) untuk bantuk calon BN menang..


Aku tak nafi. Ada kawan2 aku yg agak prejudis. Bersatu kurang membantu & tak bersungguh2 memberikan bantuan? Bukan apa. Sebelum ni kan Bersatu tu tak geng dgn UMNO. Lepas tu sanggup tikam UMNO dari belakang hingga UMNO jatuh & buat pertama kali Melayu Islam merempat di bumi sendiri...

Kita pun tahu kesan 22 bulan tu. Boleh kata semua sektor terjejas, termasuk kepentingan Melayu & Islam. Memang pantang la UMNO lihat Melayu & Islam terancam kat bumi tanah asal mereka ni.. Pantang!

Itu membezakan pemikiran penyokong UMNO tulen & penyokong individu secara peribadi. Itu bezanya sokong parti & taksub sokong seseorang tokoh.

Sokong parti tak "masyuk", tapi parti kuat & insya Allah sustain lama. Parti tu insya Allah tak mati, sebagaimana manusia. Cth, UMNO & PAS. Sebab tu UMNO boleh sustain & PAS pun boleh sustain sampai sekarang.. tolak pun tak rebah pengaruhnya...

Taksub sokong seseorang memang "masyuk", tapi yg kuat pengaruh hanyalah tokoh tu. Parti jadi rapuh & fragile, terpaksa bergantung kat orang lain. Kalau tokoh tu mati, maka pengaruh boleh kurang secara mendadak. Cth, Bersatu & PKR. Bersatu ditubuhkan kerana Tun M & PKR ditubuhkan kerana Anwar... Kalau meninggal dua2 hamba Allah tu, agak2 boleh sustain tak pengaruh tu?

Kerana tu la kawan2 aku ni agak prejudis dengan kehadiran & sokongan Bersatu di Chini. Orang UMNO tulen ni tengok baju Bersatu depa tak suka. "Allergic!" kata omputih, "luka berdarah kembali kata jiwa, "Tak boleh blah.." kata bahasa kasar sikit, "abah kau!" kata bahasa sekarang...Heh!

Aku rasa, kawan2 aku takde sampai tahap benci, cuma tak suka je. Menjengkelkan & elok blah dari pemandangan mata diorang. Tu jerrr... Bila orang kurang selesa, elok la kita blah kan..? 

Tapi Bersatu jgn kecik hati. Mudah je nak selesaikan perkara kecik ni....Heh!

Caranya, bubarkan Bersatu, masuk UMNO balik!

Susah kalau hilang jawatan, pengaruh & kuasa? 

Sayangkan jawatan? Kalau macam tu maka jelas la korang giler jawatan. Korang macam tu ke? Giler jawatan ke? Buktikan...

Sayang pegaruh? Kalau dah asalnya berpengaruh & ada aura yg baik, insyaAllah kekal pengaruh tu walau bertukar nama. Ular menyusur akar takkan hilang bisanya...

Sayang kuasa? Korang nak kuasa, maka bertandinglah mcm biasa dalam UMNO semula nanti. Kalau menang, maka insya Allah kuasa tu kekal. Kuasa tu milik Allah, kan? Allah beri kepada yg Dia nak, Allah turunkan siapa yg Dia nak turunkan... korang tak percaya kuasa Allah?

So apa nak dirisaukan? Masuk je UMNO. Kembali bertaut demi kebaikan semua tu tak salah pun. Tak dosa pun, Allah pun suka kita umat Melayu Islam berpadu... 

Lagi pun nama "Bersatu" tu tak best la dengar. Nama parti korang tu kalau translate ke English, maka betul2 jadi nama UMNO. Aku bosan la main tiru-tiru niiii... aku menolak plagiarism!

Aku tak suruh korang bubar Bersatu hari ni. Pertimbangkan la sebaik2nya. Bukan utk kepentingan UMNO & peribadi sesiapa, bukan untuk menidakkan hak korang. Tapi bubarlah demi kebaikan umat Melayu Islam & kita rapatkan saf semula...

Yg sudah tu sudah la. Bukak buku baru. Hidup di dunia ni bukan kita nak menongkat langit, kan? Brader fikir2kan la yer... 

Wallahu'alam & wassalam..


3 comments:

Anonymous said...

klu nak selamat bubar trus bila dah bubar tugas seterusnya hapuskan legasi tak guna ini dari politik Malaysia..

zas64 said...

Kalau pantang tengok Melayu Islam susah, jgn dok jual maruah Melayu kat org bukan Islam.Jgn buat org Melayu marah lg. Kami pun tak suka undi parti bukan Islam.Tp sakit hati bila parti Melayu yg kami harap dah mengkhianati org Melayu Islam. Jgn dok kata yg tu fitnah plak. Satu dunia dah tau dan bukti dari merata negara. Org Melayu tak bodoh. Kami ada akal nk cari sumber berita sendiri. Tak hrp satu sumber sj. Dulu malu ooi bila pi luar negara nk mengaku org Malaysia. Harap kerajaan skrg jgn buat kesilapan mcm dulu.Perintah lah dgn amanah. Kami sokong dari blkg. Insyallah Allah berkati negara kita.

Unknown said...

Pada aku la... UMNO jgn ulang prangai lama udah la. Umno boleh mnangpun kalau pas ada skali. Dan sbb org xsuka DAP. Jgn xsyen dn perasan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!