Saturday, March 7, 2020

UMNO DI KEDAH & GERAKAN MEDIA SOSIAL..?


Aku dah nak tidur dah semalam. Tetiba seorang sahabat blogger dari KL call. Aikkk? Dah lebih 2 tahun tak contact, tiba2 call aku memalam buta.. aku ingat ada emergency ke apa, rupanya saja call bertanya khabar "mencungkil cerita"....heh!

Dari full bar, sampai aku kena connect kat charger. Panas jadinya handphone buruk aku, dah la bateri cepat kong. Seronok pulak sembang dgn kawan aku ni.. maklum laa.. dah lama tak contact. So macam2 cerita keluar... 

Actually, kawan aku ni call just nak tahu apa perkembangan penggiat media sosial pro UMNO kat Kedah ni. Dia pun dulu terlibat gak bantu gerakan media sosial kat Kedah ni secara tak langsung masa 2012-2013. Tu yg dia kenal dgn player2 lama tu.. dgn player2 baru pun dia kenal gak..heheee..

Sebenarnya aku bukan tahu sgt pun tentang UMNO di Kedah or sebarang gerakan media sosial di sini. Dah agak lama aku bagai "tersekat". Tapi dah member aku tu nak tahu sangat, aku cerita je la apa sikit.. 

Memang betul ada di kalangan kami yg terlibat sbg jentera media sosial pro-UMNO di Kedah masa menang 2013 dulu. Tapi tu cerita lama... 

Basically, UMNO Kedah & gerakan media sosialnya dah mantap dah sekarang ni. Kita kena faham. UMNO di Kedah ni memang ada jentera rasminya sendiri, sama ada di peringkat negeri mahupun bahagian. Jadi, depa gunakan la jentera rasmi parti yg ada utk teruskan perjuangan...

Lagi pun, UMNO di Kedah ni pun ada player2 rasmi baharu yg bagus & mantap. Walau tak ramai & bertindak sbg media rasmi, they definitely done very well. Banyak program yg dibuat & beri kesan yg baik kpd UMNO di Kedah...

Walaupun depa tak ajak kami join program2 yg dianjur, kami tengok apa yg dibuat tu memang bagus & tak perlu la kami campur tangan. Ikhlas, memang bagus. Impaknya besar & mampu bantu menangkan BN & MN di Kedah jika diteruskan secara konsisten...

"So kau & kawan2 kita yg lain macamana?" member aku tanya...

Eh.. kami okay je bro... 

Actually, memang kami semua buat hal sendiri sekarang ni. Ada yg balik kampung menoreh getah, buat kerja kampung. Ada jugak yg ke tumpang ke laut jadi nelayan kejap utk cari modal amik lesen lori. Ada yang bawa grab, ada yg berniaga pasar malam, ada yg bisnes online, & buat mcm2 kerja yg kami mampu. 

Ramai yg aku lost contact. Yg aku kenal pun sengaja "simpan kuku", mungkin malas nak amik tahu pasal politik dah... 

Ya. Ramai yg buat kerja sendiri. Nak merengek mengeluh kat media sosial bini nak beranak takde duit, takde pulak aku dengar depa begitu. 

Yg aku nampak, bila Kjaan PH kat federal ni jatuh, depa nampak semangat sikit utk sambung perjuangan politik kat media sosial... 

Tu ke kot. Yg lain aku malas nak cerita. Kang ada org cakap "mengemis simpati" pulakkk.. 

Dah la.. aku nak pi sidai baju ni... heh!

2 comments:

Anonymous said...

Jangan pedulikan lagi si celaka Dr Mahathir, Anwar dan Kit Siang lagi - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid

Dr Mahathir yang terkenal dengan lidah bercabang, fitnah jijik, peras ugut, kroni mengayakan 4 orang anak bertaraf billionaire, pembelit dan kepala perompak dengan muka tak malu dia tak pedulikan plakad “Anwar PM ke-7” ni. Imej dari NST.

Bagi Tun Abdul Hamid, apa yang orang Malaysia kena buat sekarang adalah mulakan hari baru tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang. Kerana baginya, selama ni kita dah disibukkan dengan tingkah laku diorang ni sampaikan keadaan politik kita jadi tak tentu hala.

Mengambil contoh Dr Mahathir, baginya selama ni Dr Mahathir dah buat banyak masalah dalam negara, seperti:

Krisis Perlembagaan dengan Raja-Raja Melayu

Menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988

Menyebabkan UMNO diharamkan;
Berkelahi dengan Timbalannya sendiri Tun Musa Hitam

Memecat Anwar Ibrahim

Bergaduh dan cuba menjatuhkan Tun Abdullah Badawi

Masuk dan keluar UMNO berkali-kali.

Anwar pula baginya begitu ghairah nak jadi Perdana Menteri dengan mendesak Dr Mahathir beberapa kali menyerahkan jawatan kepadanya. Seorang pengamal pluralist, pejuang LGBT, penipu pembohong sesumpah boleh bertukar prinsip dan akidah bila bila masa.

Manakala, kehadiran DAP dalam kerajaan PH Anwar Ibrahim juga nampaknya seperti menyerahkan kuasa politik Melayu kepada parti berkenaan.

“Nampaknya selagi beliau (Dr Mahathir) ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah. Kita mulakan hari baharu tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang.” – Tun Abdul Hamid

FormulaTurunHarga = #BMF

Anonymous said...

Umno tak perlu pertahankan saya lagi’, luah Najib
Executive Editor Malaysiakini Mac 06, 2020

Tun merajuk menyebabkan Pakatan Harapan jadi mangsa. Jangan salahkan orang lain

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan apabila meminta Umno supaya tidak lagi mempertahankan dirinya daripada fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Najib menerusi Facebooknya berkata, melalui perbicaraan yang adil, beliau yakin dapat mempertahankan dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau juga yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan yang dibuat.

"Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya.

Menurutnya Yang menyebabkan Pakatan Harapan jatuh bukanlah Umno atau pun PAS tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad. Apabila Pakatan Harapan mendesak Mahathir untuk letak jawatan serta merta dan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.

Lalu Mahathir merajuk dan punca merajuklah punca bagaimana kerajaan Pakatan Harapan mangsa.

"Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan Umno. Tidak adil untuk Umno menanggung beban ini dan Najib hanya berkata "BRING IT ON, BRING IT ON diulangnya 10 kali," katanya.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!