Friday, March 13, 2020

TOK UBAN PECAH RAHSIA PERCATURAN TUN M..???


Hanya mereka yg benar2 faham gaya pemikiran & gaya politik Tun M saja yg akan dapat baca apa yg berlaku sekarang. Bermula dari meeting Majlis Presiden, Tun M letak jawatan, Bersatu keluar PH, TSMY dilantik PM dan hinggalah terbentuknya Kjaan PN...

Walau tak setepat mana & accuracy analisis tu tak capai 100%, tapi peratus bacaan selalunya 75% hingga 80% dah memadai. Mungkin ada tertulis atas story board, tapi story board sebenar selalunya Tun M simpan dlm kepala...

That's why kadang tu dia boleh tukar naratif mengikut keadaan. Politik ni subjektif, berubah mengikut keadaan & gerakannya bergantung kpd gerakan lawan, sekutu & kepentingan politik politician tu sendiri. So jgn pelik jika kawan jadi lawan, lawan jadi kawan Tun M...

Antara org yg dapat baca gerakan Tun M ialah Tok Uban, TS Shahrir Samad. Jgn sesekali pandang rendah pada bekas MP Johor Bahru ni. Adik dia Khalid Samad tu mungkin la sengal sikit sampai teruk kena bahan dgn DS Najib...

Berbeza dgn Lid, Tok Uban jauh lebih briliant. Cuba korang korek sejarah Tok Uban. Dia memang menarik utk dikenali & terkenal dgn ketegasan prinsip, especially jika dilihat dari konteks "against Tun M"... Korang korek sendiri, malas aku nak cerita...

Tok Uban kata, "Ini permainan politik yang telah dirancang untuk pastikan supaya Anwar Ibrahim tidak akan jadi PM. Tun Mahathir tak jadi PM pun tak pe. Asalkan Anwar berada jauh dari jawatan itu."

Nampak? Nampak tak? Nampak motif gerakan tak? Tapi takkan la Tun M nak cerita kat media kottt,, heh!

Then TS Shahrir tambah, "Sebab itu Tun Mahathir akan balik bersama TS Muhyiddin".

Nampak tak? Kikikiiiiii.... Depan semua org, sam ada Anwar, Guan Eng or Mat Sabu, DAP, PKR or PAN, semuanya nampak Tun M & TSMY gaduh. Nak bagi real sikit, Mukhriz kekalkan Kjaan PH kat Kedah, lepas tu buat rapat umum bagai... time covid-19 pulak tu brooo..! Heh!

Pada aku, plot kecik ni hanya utk justify Tun M saja supaya tak nampak sgt dia takmau Anwar jadi PM. Mungkin Tun M takmau dia dipersalah oleh DAP, PKR & PAN mungkir janji nak bagi jawatan PM kat Anwar... 

Bukan apa.. ramai pengundi, especially org Cina yg sanggup balik dari oversea masa PRU14 dulu semata2 nak jatuhkan Najib & angkat dia jadi PM. Malah ada jugak org UMNO yg taksub kat Tun M yg undi PH semata2 nak dia jadi PM balik... 


So Tun M takmau la depa tu marah kat dia, anak dia or Bersatu. Damage sikit kat TSMY takpa asalkan premier subjects tak terjejas. Alaaa.. lagipun TSMY dapat jadi PM, kan? Okay la tu.. 3 tahun boleh dapat pencen PM, kan? heh!

Yg lawak tu, tengah2 dok salahkan TSMY, tuduh TSMY tu pengkhianat, tiba2 pulak dia pindahkan kesalahan tu kat Najib? Padahal Najib tu dok sibuk turun naik court tiap2 hari, kalau free je dia suka main fesbuk & jalan2 cari makan... tiba2 pulak Najib jadi conspirator? Hahahahaa... 

Aku senada dgn Tok Uban. Tak lama lagi tamat la "wayang pacak" yg memeningkan seluruh negara ni. Kalau pop-corn habis, tak payah keluar beli dah. Korang makan je la apa yg ada kat dalam peti ais tu sementara drama nak habis ni. Bancuh sendiri kopi o'....

Then lepas tu barulah masuk "cerita baru"... nak tahu apa cerita baru tu, tunggu je laaaa.. Anyway, ada beberapa pihak yg nampaknya dah dapat agak dah apa cerita baru tu... Cuma tinggal nak letak tajuk jer... heh!

Cuma aku harap, UMNO & PAS dapat "baca" dgn baik skrip drama terbaru tu dan jangan sesekali terjebak dalam jerat. UMNO & PAS sekarang ni kena kukuhkan lagi MN. Yakinkan rakyat bahawa hubungan UMNO & PAS tu takkan putus hingga ke akhir zaman..!

Ya betul. UMNO & PAS dah jadi sebahagian daripada Kjaan PN. Buat kerja betul2. Komited & profesional bina semula negara yg dijahanamkan rejim PH. Tapi jgn hilang pulak jatidiri perjuangan parti bila dah dapat jawatan Menteri..

UMNO tak boleh lagi terikut2 dgn ego lama. Kjaan PN tu bukan UMNO yg lead. UMNO bukan PARTI TUNJANG dlm PN. Bersatu yg lead Kjaan PN, bukan UMNO...

UMNO dok dlm Kjaan PN ni pun utk tunaikan tanggungjawab, menyumbang & berkorban ego demi membina kembali sebuah negara huru-hara peninggalan PH. So nampaknya UMNO dah faham dah sikit apa yg berlaku lepas meeting MKT semalam, kan?

So nanti menjelang PRU15 kita buat kira-kira lain....

So that's why ditegaskan di sini bahawa UMNO & PAS perlu lebih FOKUS KPD TEGUHKAN MN. Buktikan kat kami konsep persaudaraan Islam yg sebenar, bukan berkiblatkan siasah semata2 mcm parti lain...

Hubungan UMNO & PAS ni kena betul2 berlandaskan Islam, bukan hanya retorik politik nak menang pilihan raya. Ia kena teguh di dalam, bukan cakap kat mulut jer. Contoh? Rujuk pada hubungan Muhajirin & Ansar... tu pun kalau mampu laa.. kalau tidak, sama je mcm parti lain..

Apa? How to compete dgn Bersatu masa PRU15 nanti? Hahahaa... nanti2 la.. malas nak tulis panjang2.. heh! Kbai... 








1 comment:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!