Tuesday, March 10, 2020

TANPA DAP, WAJARKAH KITA BANTU KERAJAAN SEKARANG?


Berakhirlah sudah istiadat mengangkat sumpah barisan menteri kabinet di istana negara sebentar tadi. Dengan ini, rasmilah mereka menggalas tugas berat, memikul amanah negara demi memastikan kesejahteraan & kebajikan rakyat kembali menjadi keutamaan...

Ya. Tugas berat. Setelah banyak dasar2 negara dijahanamkan oleh pemimpin DAP dlm kabinet PH selama hampir 2 tahun, menteri2 yang baru dilantik ini terpaksa memperbaiki keadaan dalam tempoh yang amat singkat...


Benarlah bagai dikata. Walau suatu dasar itu terbina dengan baik berdekad-dekad lamanya, ia boleh musnah sekelip mata di tangan mereka yang rakus. Setelah musnah, terpaksa pula ia dibina kembali oleh mereka yang diberi amanah selepas mereka...

Dlm tempoh terdekat ini, sudah tentu Kjaan akan memberi keutamaan kepada sektor kesihatan & ekonomi negara. 

Wabak covid-19 belum ada vaksin atau penawarnya, sempadan negara kini dikawal ketat bagi mencegah penularan wabak. Dr Adham Baba yang memikul tanggungjawab ini pastinya akan terus memberi fokus mencari jalan terbaik memastikan covid-19 tidak mengancam nyawa rakyat Malaysia.

Dua individu pula sudah tentu menjadi tumpuan lensa masyarakat dunia. Tengku Zafrul & Tok Pa, Menteri Kewangan & Menteri Ekonomi, nampaknya perlu bekerja keras memulihkan ekonomi negara supaya menokok kukuh, memperbaiki graf ekonomi negara...

Saya tidak pasti sama ada GST akan diperkenal semula. Namun pada saya, adalah wajar sekiranya GST dikembalikan pelaksanaannya dengan kadar permulaan 3% hingga 4%, dengan agihan semula kepada rakyat pada kadar rendah, tidak setinggi RM1,200 setahun (RM100/bulan). 

Jika rakyat mahu elaun bantuan sara hidup lebih tinggi, maka perlulah bersedia dgn kadar GST setinggi 20% hingga 40%, dengan pulangan agihan kepada rakyat sebagaimana yang diamalkan di negara2 maju yang menjadi sebutan ramai sebelum ini. 

Jika kadar GST setinggi itu, maka mungkin rakyat boleh menjangka pendidikan percuma, khidmat kesihatan percuma, kadar bantuan elaun sara hidup lebih menyeluruh dan pelbagai keistimewaan lain yang menjadi keperluan manusia. Sila rujuk polisi Finland, US, UK atau negara terdekat, Singapura. Jangan tiru dasar mereka, agihan perlu dibuat mengikut keperluan sosio-ekonomi semasa rakyat Malaysia.


Sementara itu, sektor pendidikan negara juga akan menjadi tumpuan. Beberapa dasar PH yang tidak disenangi perlu dikaji semula, manakala dasar2 pendidikan yang baik perlu diperkasa. Beban guru, kemenjadian murid, duka lara, menaiktaraf sekolah2 dhaif, peruntukan lebih adil, isu UEC, capaian internet dan sebagainya harus diselaras kembali mengikut MPPPP 2013-2025.

Tidak perlu terlalu bertumpu kpd dasar2 remeh seperti kasut hitam dan sebagainya. Namun lebih bertumpu kepada sistem asas pendidikan yang perlu diperkemas & dilaksana supaya memenuhi falsafah & matlamat pendidikan negara. Saya yakin, warga KPM mampu berikan kerjasama yg baik kepada Dr Radzi Jidin untuk melestarikan masa depan pendidikan di negara kita.

DS Azmin, Dato' Khairuddin & Ronald Kiandee pula janganlah minta rakyat Malaysia telan sesudu sawit selepas ini. Lebih wajar untuk Azmin mempromosi, melobi & meletakkan keutamaan kpd eksport komoditi utama negara. Mungkin Azmin boleh pasarkan minyak sawit dan getah misalnya ke negara2 kaya tertentu sebagaimana Jokowi yang kini menjadikan Indonesia mendominasi pasaran eksport sawit dunia.

Dalam masa yg sama, Dato' Halimah memikul tanggungjawab berat menyuburkan kembali perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. Strategi menyemai kebencian antara kaum yang dipelopori DAP sebelum ini perlu dipatahkan segera. 

Terus terang, saya amat sedih melihat minda masyarakat Cina khususnya generasi muda dipesongkan sewenang2nya, bertentangan dengan aspirasi & semangat perlembagaan. Mereka benar2 diajar untuk mencabar & mempersoal perkara2 yang mencetus sensitiviti di kalangan masyarakat di negara ini, khususnya berkaitan unsur2 tradisi perlembagaan seperti agama Islam, Raja2 Melayu, bangsa Melayu & bahasa Melayu.

Sebagai contoh, mereka tahu semua unsur2 itu termaktub di dalam perlembagaan & tidak boleh diusik kedudukannya. Namun pihak tertentu itu telah memanipulasi minda & mendorong naluri mereka untuk mendapat "kesamarataan hak" sebagaimana bangsa Melayu. 

Maka terpaksalah Dato' Halimah fikir "vaksin" terbaik untuk mencegah, meneutralisasi, sekaligus mengatasi ancaman pihak-pihak yang selama ini mengganggu gugat perpaduan masyarakat di negara kita. Memang sukar tugas ini, tapi perlulah digalas dengan bijaksana...

Rasanya tak perlu saya senaraikan semua. Takkanlah saya perlu ajar menteri2 kabinet buat kerja. Tahulah mereka buat apa yg perlu dalam tempoh terdekat untuk jangka masa pendek dan panjang. Pening pun peninglah, namun amanah tetap perlu dilaksanakan seefektif mungkin...

Tapi terus terang saya katakan, 3 tahun pun tidak cukup untuk memperbaiki semula apa yang telah dimusnahkan oleh rejim PH sebelum ini. Memang sukar. Jangankan PN, jika solid MN mentadbir sekalipun belum tentu dapat diperbaiki dalam tempoh yang singkat...

Bercakap guna air liur & mengkritik memang mudah. Cuba buat tengok. Rasanya tak sampai sebulan dah pening kena hentam kiri kanan. Sebab itu semua ini perlu dilihat dari kacamata sebenar, bukan ikut suka hati kita saja. 


Maka di sinilah seseorang itu perlu miliki asas agama yg teguh, niat yang tepat, akhlak yang terpuji, ilmu pentadbiran kerajaan, kenegaraan & pengurusan yang secukupnya, politik yang benar2 matang dan kepatuhan syari'ah untuk melestarikan Malaysia ke arah sebuah negara bangsa yang lebih baik...

Ikhlasnya, saya ucapkan setinggi tahniah kepada semua barisan kabinet rasmi Malaysia hari ini. Buatlah yang terbaik. Bagai di kata ustaz, buat baik, insyaAllah nanti Allah balas lebih baik. 

InsyaAllah, saya juga akan turut menyumbang bersama kerajaan baharu. Walaupun tidak secara rasmi & terlalu kecil bentuk sumbangannya, saya akan tetap membantu dengan cara saya, semampu saya, mengikut lunas agama & undang2 negara...

Saya hanya insan kerdil yang punya seribu kelemahan. Namun dalam kepayahan ini, izinkan saya menghulur sumbangan sekadar termampu. Semoga Allah meredhai kita semua di dunia dan akhirat, syurga Allah jualah matlamat hidup kita... insyaAllah...

1 comment:

BSP said...

Pls move on...
Kekalkan kerajaan sekarang hingga tamat tempoh penggal
Ini masa untuk bekerje..
Negara dah hancur dibawah PH...ekonomi menjunam disebabkan ketidak pandaian menteri2 yg menjaga kewangan negara..

Kita tunggu PRU 15....Kita akan lihat pembentukan satu kerajaan yg kuat dan stabil iaitu
BN/Muafakat Nasional...
Pada masa tu mungkin PBBM sudah tiada....semua ahli mereka akan masuk semula ke UMNO..
Ahli2 PKR juga akan sebahagiannya akan kembali kepada UMNO atau PAS..
Situasi politik akan berubah....DAP mungkin dah tiada lagi (diharamkan)....Ahli2 DAP juga
akan masuk MCA....Gerakan akan masuk semula kedalam BN..

Masa tu tinggallah parti pembangkang hanyalah serpihan DAP, PKR dan Amanah...

Kita doakan ini akan berlaku....Insya Allah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!