Sunday, March 8, 2020

SIAPA "TOK DALANG" SEBENAR? CUBA TEKA... HEH!


Aku dah lama aku hairan kenapa ada lagi pemimpin politik Melayu yang sanggup bersekongkol dgn DAP. Padahal kita pun tahu siapa DAP. Kita pun tahu apa PAS pun pernah teruk "terkena" dengan "game" DAP ni, kan? 

Tapi bila fikir2 balik, mungkin ada di kalangan pemimpin politik tu yang betul bodoh atau pemimpin tu mungkin "ada udang di sebalik batu", sengaja nak kenakan DAP saja... 


Tentang pemimpin bodoh tu tak payah ulaslah. Kita pun tahu DAP memang suka pemimpin Melayu Islam yg bodoh. Lagi bodoh, lagi depa suka. Tak payah cakap la siapa pemimpin yang bodoh tu. Korang lebih tahu dari aku.. Aku pun tak tahu siapa... Heh!

Tapi aku nampak "something wierd" bila PH jatuh kat Federal ni. Something yg pada aku pelik sangat untuk berlaku walaupun berulang2 kali "orang tu" explain dgn pelbagai alasan. Alasannya nampak je logik, tapi pada aku lebih kepada alasan "melepaskan diri"... 

Aku takleh nak cerita in detail kat sini. Tapi cukuplah jika aku beri sedikit pembayang. Mungkin ada di kalangan kita yg akan nampak pandangan aku & faham apa yg aku maksudkan tu... 

Pada aku, DAP ni memang sebuah parti politik yg bijak & cerdik. Kalau kita tengok & teliti depa punya strategi, aku rasa memang tak hairan la UMNO - BN kalah masa PRU14 dulu. Memang betul2 dahsyat strategi depa...

Padanlah DAP selamba je kilas MCA. Taktik2 depa memang "maut" punya. Depa betul2 fokus. Kalau orang Cina yg cerdik meniaga tu pun depa boleh "tune" otak pemikirannya, bayangkan pulak rakyat Malaysia yg lain...

Berkesan atau tidak, kita boleh tengok pada jumlah kerusi DAP di Parlimen. Tengok berapa banyak DAP bertanding, dan tengok berapa banyak kerusi depa menang. Asalkan DAP menang, depa peduli apa siapa yg undi depa, kan? Tapi depa betul2 ada target & capai target tu....

So kejayaan2 DAP tu akan meningkatkan lagi keyakinan depa. Self-esteem level tu tinggi sangat. Maka depa akan rasa depa cukup bijak utk kenakan semua orang, termasuk semua ahli2 politik Melayu sama ada UMNO, PAS, Bersatu... PKR & PAN tu apatah lagi, kan? Heh!

So DAP will think that they are so brilliant & invincible. Tun M & Anwar pun boleh geng dgn depa, maka makin seronok la depa gelak kot belakang....


Bila menang PRU14 & depa dilantik ke jawatan Menteri2 paling kanan dlm kerajaan, maka dapat la depa selinap masuk dlm "urat saraf" Kjaan, dapat la depa laksana dasar2 yg depa dok sebut dlm setiap kali kongress depan perwakilan parti depa... 

Ya laaa... berpuluh tahun depa dok sebut depan perwakilan, kan? Dah menang jadi Kjaan ni, maka depa pun buat la apa yg depa dok plan "baguih" punya sebelum ni, kan? Standard la tuuu.... 

So dalam tempoh hampir 2 tahun ni kita dapat tengok "temasya". DAP, PKR, PAN & Bersatu bagai "berpesta" sbg Kjaan. Mungkin bagi depa, walau pun PM tu daripada Bersatu, tapi parti tu lemah dlm PH sbb kerusi parlimen depa sikit ja. Kais sikit pun boleh rebah...

Lagi pun, depa tahu & yakin bahawa jawatan PM tu hanya sementara jadi milik Bersatu & akan diberi kat Anwar sebelum PRU15 nanti... Depa dah janji dah sebelum ni, kan? So depa horay sakan! Setakat menteri Bersatu mcm Maszlee tu apa la sangat... depa "langgar" selamba jaaa...

So dalam tempoh hampir 2 tahun ni, sekalian rakyat Malaysia boleh nampak dgn jelas "belang" PH yg sebenar, terutama DAP. Boleh nilai sendiri PH dgn mata kepala sendiri sama ada sebelum depa jadi Kerajan atau selepas depa jadi Kerajaan...

Tapi nampaknya tak sampai 2 tahun, ramai yg dah tak sabar? Mula tu rakyat bagi peluang lagi. Tapi makin hari, makin rakyat hilang sabar. Lepas setahun, makin teruk menteri2 PH kena maki. Malah lebih teruk dari menteri BN kena maki... tu yg haru biru sikit tuuu... 

Sampai naik kesian pulak aku tengok. Pantang bukak mulut sikit, teruk depa kena. Yang aku kesian tu, menteri umum benda baik pun teruk gak kena sindir hamun? Adoii... haru sungguh bila kena serang dengan geng2 bawang zaman sekarang kan? Adehhhhh... 

So aku rasa, dah tentu ada TOK DALANG di sebalik apa yg berlaku ni. Dah tentulah dalangnya lebih bijak daripada DAP, kan? Bukan mudah nak "makan" DAP... depa memang power bro! Tapi power camana pun, dah tentu depa ada kelemahan jugak, kan? Heh!

Pada pandangan aku, TOK DALANG YG BIJAK TU PERLU BERLAKON BODOH untuk "check mate" DAP & konco2 "belaan"nya. 


Selepas DAP & konco2nya percaya dia betul2 bodoh, tengah depa dok enjoy jadi Kjaan tu, maka TOK DALANG tu EXECUTE KEBIJAKSANAANNYA. Maka time tu barulah "menyembah2" DAP & konco2nya yg selama ni berpuluh tahun dok kata kat dia macam2... hahahahaaa....!

Hangpa ingat TOK DALANG tu lupa? Depa ingat TOK DALANG tu pueh hati depa dok kutuk kata mcm kat dia selama ni? Hehehehe... sampai "menyembah" brooo... "emosi" wooooo...!!!

Mungkin pada pandangan TOK DALANG tu, biar ada sikit "collateral damage". Biaq UMNO rasa, biaq PAS rasa, biaq Bersatu rasa, biaq parti politik Sabah Sarawak rasa, biaq semua ahli politik pakat rasa sorang sikit. 

Biaq orang Melayu Islam rasa, biaq rakyat rasa, BIAQ SEMUA PIHAK RASA "TERHANTUK KAT DINDING" sikit. 

Bukan apa, TOK DALANG DOK SEBUT BERPULUH TAHUN DAH SEBELUM NI, TAPI TAK PERCAYA SEBAB TAK PERNAH RASA. So dah bagi rasa sekali, tak sampai 2 tahun semua pakat tak tahan dahhhhh...!!! Hahahahaa....

Aku yakin, ada jugak "bad impact" kat TOK DALANG tu. Tapi mungkin bagi TOK DALANG, there's nothing for him to lose. TOK DALANG tak rugi apa pun bro! Calar2 sikit tu biasa la, asalkan TOK DALANG puas hati... heh!

So agaknya siapa TOK DALANG tu? 

Aku tak cakap pandangan aku ni betul, tapi I got a strong feeling regarding this. Tak betul pun takpa. Cuma aku rasa, kita semua satu Malaysia dapat rasa hikmah di sebalik apa yg berlaku, kan? Heh!

Thanks TOK DALANG!


3 comments:

Anonymous said...

Ya ramai setuju dengan analisa tuan. Ini adalah cara Tok kita menyedarkan bangsa yang allergic kepada perpaduan. Beliau bagaikan lilin.

Pak yop said...

Ki ki ki..aku tk setuju..
Cuma tang tk bagi nuar jadi pm tu ja aku setuju..
Yg lain semua buleh kt dia kaut segala2 nya..jangan tertipu dgn lakonam atok..licik kalah belut..srlicik sesirat..

Anonymous said...

lilin pengkhianat

Bila Kak Su Bersuara... Heh!