Friday, March 13, 2020

SIAPA AKAN CABAR JAWATAN PRESIDEN BERSATU..? HEH..!


Mereka yang mengkaji dgn teliti gaya politik Tun M, dah tentu mengakui beliau sanggup buat atau katakan apa saja asalkan dia menang & dipandang tinggi. Apa2 game pun, dia akan pastikan dia menang....


Walaupun dia dimaki hamun sesiapa sekalipun, dia tak peduli. Malah org yang maki dia tu pulak secara tak langsung akan dipotray sebagai tak wajar, kurang ajar & negatif...

Tuduh la Tun M dengan apa tuduhan sekali pun. Forex ke, anak beranak kaya raya ke, diktator ke, skandal berbilion ke, bailout ke, semuanya dia sengih je. Rileks je dia balas balik, tak terpekik terlolong pun, tak baling mikrofon punnn... 

Satu tuduhan pun tak pernah "lekat" di mahkamah. Kalau masuk mahkamah pun dia "tak ingat". So kalau bergaduh dengan Tun M, memang buang masa. Tak payah la gaduh dgn dia. Bagi je dia menang, biar dia puas hati...

So sekarang ni khabarnya Tun M tengah "perang" dengan TSMY? Tambah pulak time pemilihan Bersatu ni, kan? Selamba je Tun M kata "kita tengoklah siapa menang..". 

Jika sebelum ni ada ura2 utk 3 jawatan tertinggi tak dipertandingkan, tapi nampaknya sekarang dah terbalik, open to be contested termasuk jawatan Pengerusi yang disandag Tun M, jawatan Presiden yg disandang TSMY & jawatan Timb Presiden yg disandang DS Mukhriz

Agak2 ada tak yang berani cabar kedudukan Tun M sbg Pengerusi? Saya tak rasa ada yang berani cabar kedudukan Tun M dalam Bersatu. Cari nahas!

Sebaliknya, jawatan akan jadi tumpuan ialah Presiden, itu jangkaan aku. Agak2 ada tak yang nak cabar TSMY? Siapa? Mukhriz? Jika Mukhriz, tentu menarik, kan? Aku tak rasa Datuk Marzuki (SU) akan cabar kerusi Presiden, Timb Presiden mungkinlah. Tapi tu pun belum tentu menang...

Agaknya, kalau Mukhriz cabar TSMY utk kerusi Presiden Bersatu, siapa akan menang? Tun M dah kata dah, "kita tengoklah siapa menang", kan? Soalnya, mampu ke team TSMY lawan team Tun M & son? Bukan calang2 tuuuu... boleh jadi pertembungan "epic of the century"...

Kalau TSMY kalah kepada Mukhriz, maka beliau hilang jawatan dlm parti. Walaupun TSMY seorang PM, tapi dia hanya ahli parti biasa je. Mcm aku dlm UMNO la.. ahli biasa yg takkan sesapa hirau suaranya, panggil mesyuarat pun selalu miss.. heh!

Jika kalah, Bersatu boleh arahkan TSMY letak jawatan sbg PM at any time. Jika ingkar, maka beliau boleh dipecat keluar dari parti. Tanpa parti, mungkin la TSMY boleh join PAS. Tapi macamana dgn menteri2, timb2 menteri & ahli2 lain dlm team TSMY? Join PAS jugak? Takkan depa nak join UMNO kotttt...nanti kena bahan Tun M & Mukhriz pulakkk, kan?

Tapi kalau Mukhriz kalah, dia mungkin takde jawatan dlm parti & ahli biasa. Dia tetap MB Kedah selagi tak tergolek jatuh kali kedua. Berani ke TSMY pecat Mukhriz? Kang Pengerusi jeling kang. 

Lagi pun, jika TSMY berani pecat Mukhriz or Tun M, dia dah buat dah sekarang. Dah berapa kali dah Tun M & Mukhriz terang-terang burukkan imej TSMY kat public. Dah banyak kali dah. Kalau ikut tu, dah boleh ambil tindakan disiplin dah tu...

Tapi saya rasa TSMY tak berani pecat sebab dia memang hormat Tun M & Mukhriz. Cumanya, walaupun TSMY seorang Presiden, beliau akan dipandang sbg "lemah" sebab tak mampu kawal disiplin parti. Mungkin lepas tu dalaman Bersatu tak aman lagi...

Pandangan saya sbg orang luar kpd sahabat2 Bersatu, ini bukan masanya nak bergaduh sama ada nak pilih Tun M atau TSMY. Sekarang bukan masa utk tunjuk EGO politik masing2. Sekarang ni masa utk "repair" negara, bukan sibukkan Presiden dgn pertelingkahan politik dalaman...

Jika betul sahabat2 Bersatu ni sayangkan negara, nasionalis, tebal dgn semangat patriotisme, korang pilihlah sama ada "sayangkan politik" atau "sayangkan negara".

Jika sayang politik, maka pilihlah Tun M sebab beliau sememangnya seorang lagenda politik negara. Dia memang genius politician. Itu memang fakta...

Tapi jika sayangkan negara, pilihlah TSMY sebab beliau merupakan PM yang dipilih YDPA utk menggalas amanah ketuai negara hingga PRU15. Itu juga fakta....

Lagipun saya pun tau korang pun memang tak suka kat DAP & takmau DAP jadi kerajaan, kan? Heh! Elehhh... malu2 pulak nak ngaku... 

Bukan saya tak faham korang sayang Tun M. Bukan korang je, saya pun sayang & hormat kat Tun M sampai sekarang walaupun saya tak setuju dengan tindakan2nya. Tak setuju tak bermakna kita tak sayang & hormat padanya..kan?

Tapi tu la kan... saya ni org luar je. Apahal pulak saya nak campur hal rumahtangga Bersatu. Saya ni bukan apa... "lemaih perut" kata org Kedah. Lemaih perut tengok hangpa tiap2 hari bergaduh kat media, malu kat orang tengok...

Lagipun, saya ni warganegara Malaysia & dok kat Kedah. TSMY tu PM Malaysia & Mukhriz tu pulak MB Kedah. Dah tentu la ada kena mengena bila depa gaduh. Saya nak Malaysia kembali ke landasan sebenar & s nak tengok Kedah kembali makmur... Tapi hangpa dok bantai bergaduh pulak...

Hmmmm.. alahai. Dah laaa... berenti la "berlakon". Suruh pengarah drama habiskan cepat drama ni. DAP dah tak dok dlm kjaan dah, Anwar pun dah gelap masa depan utk jadi PM dah.. it's time to work for country & state now.. come onnn... matured la sikit, please...

Kbai...


11 comments:

XUMNO said...

Kan Atok bukan lagi Pengerusi PPBM atau Bersatu sebab dia sendiri keluar parti??? Yang pangku jawatan tu Muhyiddin. Muhyddin kena tunjuk yang dia in control, boleh tetapkan yang jawatan2 tertinggi Bersatu tidak boleh dipertanding atau Mensyuarat boleh ditunda ke satu tarikh lain ikut perlembagaan parti (harap2 masa tu Atok pun dah tak boleh berdiri lagi).Jika Muhyiddin lakukan itu, ahli2 akan lebih hormat terhadapnya dan itu akan mematikan langkah Atok.

Anonymous said...

Tuan XUMNO...

Tun M mungkin letak jawatan Pengerusi, tapi tak keluar parti...

Jika TSMY buat begitu, maka musuh2 politiknya akan kata itu cara diktator & akan cabar tindakan tu menyalahi perlembagaan parti. Jika report pada RoS, masalah Bersatu akan lebih rumit & mungkin digantung atau diharamkan...

Utk matikan langkah Tun M, saya cadang supaya pujuk je dia. Ikut je apa yg Tun M nak... kalau dia nak jadi PM, bagi je dia jadi PM.. kalau dia nak Mukhriz jadi PM or TPM, bagi jerr.. jgn gaduh dgn Tun M....

Anonymous said...

Sorang pahlawan Bugis , sorang tu pedagang dari Kerala.Ikut sejarah, pahlawan Bugis memang berani orangnya.Takkan dengan pedagang Kerala, dia nak mengundur diri.

Unknown said...

Tak payah la tun m jadi PM lagi atau pengerusi bersatu sebab dia bukanlah hebat sangat ada lagi yang lebih hebat dari dia. Ya itu tak lain tak bukan adalah bossku dia lagi hebat. Hidup najib

Unknown said...

Fikirkan bangsa Melayu kita nak jadi apa lepas ni nak jadi tuan tanah ke? Nak jadi penyamun ke?

Unknown said...

Atok dah tua bg lah ke org muda
Lagipun 20 thn rakyat yg miskin bertambah miskin anak² atok bertambah kaya...

Unknown said...

Kalau kalah nanti jgn salahkan bossku

Unknown said...

Itu gua setuju

AZHARI HAJI AHMAD said...

SUDAH LAH ATOK...RELAX AND EXERSIZE..😆

anak manjo said...

dah dah la bertumbuk tu.!

Nisamuddin Omar said...

Jangan gaduh gaduh..

SAJAK BUAT BEKAS PM

"Tun,
kami mengenang,
Setiap jasa yang telah disumbang,
Penuh tekad semangat juang.
Tun Siti, kami hargai,
Pengorbanan tanpa belah bahagi
Meminjamkan belahan hati, buat kami.
Tun berdua,
Doa kami tetap mengiringi,
Setulusnya rasa menghormati,

Semoga Allah sentiasa melindungi."
Aamiin ❤️

Nukilan: Datuk Seri Siti Nurhaliza
Jika Mak Iti dgn sajaknya..

Public Gold dan Pos Malaysia pula keluarkan EMAS EDISI Khas, sempena hari angkat sumpah Tun M sbg PM ke 7 yg lepas.

Dapatkan di;
http://bit.ly/2wpkufj

"Beli emas dengan ilmu, dapatkan ilmu disini; https://t.me/NotaEmasPerakNisam
menyimpan emas dengan kesedaran" in shaa Allah juga terdapat dlm ni.

Nisamuddin Omar PG00090556
+60109144083

Bila Kak Su Bersuara... Heh!