Wednesday, March 4, 2020

PERSEPSI TERHADAP KU NAN...



Aku yakin, ramai yg mencemuh Ku Nan lepas nilai aset miliknya didedahkan mahkamah. Persepsi di media sosial dah tentu mengata buruk pada Ku Nan. Kemudian, akan terpalit juga tempias kutukan itu pada UMNO & BN...

Ramai yg kata, 19 tahun Ku Nan dok dlm kabinet Kjaan, dia kumpul kekayaan hampir RM1 bilion. Betul ke hipotesis perpepsi rakyat tu? Atau ia hanya tanggapan awal yg dibuat spontan, secara berfikir kurang mendalam?

Cuba tengok balik, Ku Nan pertama kali isytihar asetnya pada 2001 bernilai RMRM938,643,566.16. Kat sapa dia isytihar? Dia isytihar kat Tun M, ketika mana Tun M jadi PM. Walau aset hampir RM1 bilion, Tun M tetap lantik Ku Nan jadi Timbalan Menteri JPM...

Itu 1st time Ku Nan masuk jadi anggota Kerajaan, bukan kabinet. Dlm ilmu pentadbiran kerjaaan, jawatan Timbalan Menteri tidak dikategorikan sbg kabinet. Hanya Menteri ke atas saja dianggap sebagai kabinet kerajaan secara rasmi...

Tapi takpelah. Nama pun persepsi orang ramai, kan? Kita anggap je la Ku Nan dilantik Tun M dlm kabinet pada 2001....

Maksudnya, Ku Nan memang dah kaya sebelum dia masuk kabinet lagi. Dapat jawatan dlm kabinet atau tidak, memang harta Ku Nan dah mencecah RM1 bilion dah...

Kita tak tahu macamana Ku Nan boleh jadi kaya mcm tu. Wallahu'alam. Kita tak wajar tuduh dia bukan2. Mungkin dia buat business macam2 hingga mampu kumpul aset banyak tu. Mungkin Ku Nan ada investment, saham syarikat & banyak lagi...

Aku yakin, bukan Ku Nan saja, malah ramai lagi anak Melayu yg kaya & memiliki aset yang nilainya lebih dari yg kita sangka. Ada yg lebih kaya dari Ku Nan pun ada, cuma kita je tak tahu jumlah sebenar kekayaan aset depa...

Kalau kita tengok fakta aset yg diisytihar Ku Nan tu, jumlah asetnya berubah trend menurun hingga kali akhir. Pada tahun 2016, kali terakhir diisytihar, jumlah asetnya hanya bernilai RM782,748,061, merosot lebih RM155 juta berbanding 2001 dulu... 

Dari trend menurun ni, maka boleh juga kita simpulkan lantikan Ku Nan dlm kabinet kerajaan jelas merugikan Ku Nan sendiri. Dia hilang lebih RM155 juta dalam tempoh 19 tahun walaupun berjawatan dlm kabinet kerajaan...

Utk jadi seorang Ketua Bahagian, dah tentu memerlukan dana yg banyak. Maka sebab tu la payah sangat kita nak tengok seorang kerani jadi Ketua Bahagian. Bukan UMNO je, parti2 mana pun sama je termasuk la PAS ke, PPBM ke, PKR ke, DAP apatah lagi... 

Ingat senang ke nak jadi Ketua Bahagian? Nak bertanding ketua cawangan pun kena ada duit cek oi. Nak panggil buat majlis, hatta kat rumah pun libatkan duit. Mana nak bayar duit kuih, kopi O, bihun goreng, karipap sardin... korang ingat semua tu parti taja ke?

Tu baru cawangan. Kalau Bahagian? Kena pulak ada lebih 100 cawangan dlm bahagian tu, memang boleh "botak kepala". Kang tak jamu kang, komplen kata kedekut. Kadang tu jamu bihun pun salah, depa nak KFC, McD bagai... hahahahaa. 

Lebih teruk tu kalau nak "sampul".. dah tu camana nak berkat perjuangan tu? Hadoiiii.... Tak dapat "sampul", diorang balik dgn muka commmm semacam. Tapi yg bertanding tu takde la buta perut sgt. Kalau yg mai dari jauh tu dia hulur la jugak sekupang dua utk duit minyak... kesian depa mai jauh, dah la kos sara hidup meningkat... iye dok?

So sapa cakap nak jadi Ketua Bahagian ni tak pakai duit? Tambah pulak kat Putrajaya macam Ku Nan tu. Dah tentu dia perlu dana yg teguh utk biaya gerakan politiknya. Itu normal. Kebanyakan ahli ahli politik macam tu... takkan tak tahu?

Jadi sekarang Ku Nan dituduh terlibat rasuah RM2 juta? Ada yg bangkitkan persoalan, "berapa peratus RM2 juta tu berbanding aset Ku Nan yg bernilai lebih RM782 juta?".

Betul. Kalau diikutkan, RM782 juta tu tambah RM2 juta, tak besar mana pun. Ciput je. Kalau bayar balik 10 kali ganda RM20 juta pun, Ku Nan still ada aset bernilai RM762 juta... 

Tapi itu bukan soalnya. Soal rasuah ni, kalau RM2 ringgit pun tetap rasuah jugak. Rasuah bukan soal nilai, ia soal hukum hakam, moral & perlakuan yg dianggap jenayah. Berapa pun yg diberi atau diterima, hatta 10 sen pun, jika ianya rasuah, maka ia tetap rasuah.

Sama ada Ku Nan benar terlibat dgn rasuah RM2 juta tu, itu biarlah hakim mahkamah yg tentukan. Jika didapati bersalah, maka Ku Nan akan dihukum. Tapi kalau Ku Nan didapati tidak bersalah, korang bersedia ke nak terima kenyataan?

Bersalah atau tidak di mahkamah dunia, itu belum lagi perfect. Sbb apa? Sbb undang2 kat dunia ni masih lagi banyak cacat celanya. Nak betul2 adil & tepat, maka di akhirat nanti berentaplah depan Allah...

Time tu, jika didapati Ku Nan terlibat dgn rasuah, maka dah tentu Allah akan hukum Ku Nan. Tapi jika didapati Ku Nan dizalimi & difitnah, maka dah tentu mereka2 yg terlibat akan Allah hukum. Maka bersihlah imej Ku Nan, dan mungkin Allah akan tempatkan dia di syurga jika lulus semua hisabnya...

Nampak? So tak payah la nak ambil job pendakwaraya atau peguambela. Depa dah tentu dapat legal fees, kita dapat apa? Awat? Korang ingat aku tulis ni maka pendakwaraya akan bayar aku RM1 juta? Awat? Ku Nan pulak akan bayar aku RM2 juta? Heh!

Takde maknanya... Ku Nan tu kenal aku pun tidak. Dia kat Putrajaya nunnn.. aku kat Kedah. Pemimpin UMNO kat Kedah ni yg kenal pun ada yg buat2 tak kenal aku. Kalau tak kenal, apatah lagi, kan? Tapi tak semua pemimpin UMNO Kedah buat camtu kat aku... heh!

Tak kisah la kan.. itulah nilai sebuah perjuangan...heh!

2 comments:

Anonymous said...

Orang kaya... lagi nak kaya.... tak heran guna apa cara sekali pun,,,,,

megat panjialam said...

Seingat sy Ku Nan dah ceburi bidang bisnes sejak 1980'an lagi. Beliau juga adalah KP UMNO Seputih. Dlm bisnes khabarnya beliau 'team up' dgn Vincent Tan dlm bidang automobil. Hyumal Motor SB merupakan pengimpot tunggal kereta2 jenama Hyundai dari Korea,selain mempunyai saham2 dlm Bukit Tinggi Resort dll. Jadi tak heran la jika Ku Nan mempunyai sejumlah wang yg agak banyak

Bila Kak Su Bersuara... Heh!