Wednesday, March 4, 2020

PELUANG KEDAH DAPAT KERAJAAN NEGERI 100% MELAYU MUSLIM?



Mungkin ada yg tak perasan bahawa Kedah kini berpeluang cerah untuk memiliki sebuah kerajaan negeri yg terdiri daripada 100% Adun Melayu Muslim...

Sebagaimana maklum, kita pun tahu bahawa semua 15 kerusi PAS & 2 kerusi BN di Kedah ni disandang oleh Adun Melayu Muslim...

Jika 2 atau 3 orang Adun PH yg beragama Islam & berbangsa Melayu sanggup tinggalkan DAP & PH, maka dengan mudah akan terbentuklah sebuah Kerajaan Negeri Kedah yg terdiri daripada barisan kepimpinan Melayu Muslim di negeri Jelapang Padi ni...

Namun begitu, mungkin juga ada yg akan berpendapat bahawa sebuah Kerajaan tanpa wakil kaum Cina & India bagaikan tidak seimbang memandangkan Kedah juga terdiri daripada berbilang kaum & etnik...

Pada hemat saya, jika benar mahunya begitu pun boleh juga. Maka peluang terbuka kepada mana2 Adun PH yg bukan beragama Islam & bukan Melayu utk tinggalkan PH & beralih sokongan kepada Muafakat Nasional, PAS & BN.

Dalam BN pun ada juga pemimpin bukan Melayu Muslim dari MCA, MIC dan sebagainya. Dalam PAS juga ada lajnah penyokong PAS yg bukan beragama Islam berbangsa Melayu, bukan? Maka Adun berkenaan tidak perlu risau tentang prospek karier politiknya...

Namun yg paling penting, seboleh2nya kita tidak mahu DAP terus menjadi sebahagian daripada Kerajaan Negeri. Bak kata Tun M dulu, jika buruk di kepala, maka buruklah hingga ke ekor. 

Jadi, jika buruk DAP di peringkat pusat, hangpa rasa kat peringkat negeri ni elok wangi suci tulus mulus? Heh!

Tapi biasa la. Dah tentu la PH akan cakap DAP ni lebih baik & suci dari PAS & UMNO. Biasa laaa.. Padahal dulu bukan main lagi siang malam berpuluh2 tahun depa dok kutuk DAP tu rasis la, avengelis la, itu la, ini la... macam2 aihhh... heh!

Depa ingat orang Kedah lupa? Depa ingat orang Kedah bodo? YB "Beliau" kat Melaka nu lagi reti pikiaq dari pemimpin PH kat Kedah ni la... Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!