Sunday, March 15, 2020

NAK TENGOK NAJIB NAIK JADI PM SEKALI LAGI..?

Ni gambar Najib masa dia jadi TPM dulu.. heh!
Sejak BN kalah PRU14, aku tengok DS Najib suka main fesbuk. Boleh kata tiap2 hari dia update page dia. Aku tak tau la sama ada yg update tu betul2 Najib Razak atau pegawainya, tapi memang aktif betul update... 

Macam2 cerita Najib keluarkan. Satu persatu dia jelaskan. Dia bagi fakta, dia bagi rujukan, dia berhujah dgn bernas. Paling best, bukan setakat menjawab apa yg korang tuduh dia selama ni, malah teruk dia throll puak2 PH, pulangkan paku buah keras...


Hampir 2 tahun Najib jadi fesbuker tegar. Sempoi je bahasanya, sporting. Sama mcm Najib yg pernah aku temui masa dia jadi TPM kpd Pak Lah dulu...

Paling menarik, jika dulu dia dimaki, kini posting dia ditunggu2. Jika dulu org cakap "macai2 berbayar" yg like & komen defend Najib kat fesbuk, tapi sekarang ni aku tengok memang genuine account, fake account makin takde. 

Jika dulu tak banyak yg positif, tapi sekarang ni berpuluh ribu like & beribu2 lemon komen yg positif menyokong Najib. Tagline "bossku" tu buat musuh2 politiknya hairan sampai jadi takut dgn arus kebangkitan Najib. Lohhhh... Najib update fesbuk pun rasa tergugat ke? Heh!

Aku terfikir, masa mula2 Najib kena attack pada tahun 2015-2016 dulu, kenapa la penasihat2 Najib tak advice dia untuk update fesbuk mcm ni tiap hari? Sebab time tu page fesbuk Najib tu dikendalikan oleh pegawai2 dia? Kat bawah ni contoh posting fesbuk Najib pada tahun 2015...


Hmmm... betul gak kan. Takkan la pegawai dia tau in detail semua perkara mcm Najib dok cerita mcm sekarang ni. Time tu pulak Najib still PM, so takkan la dia nak reveal semua cerita in detail, kan? So tak adil jugak nak salahkan pegawai or Najib... time tu dia still PM...

So apa yg ditulis kat fesbuk Najib time tu semuanya "skema" belaka. Takde posting yg berhujah dgn detail, fakta yg kukuh & hujah yg bernas. Throll apatah lagi, langsung takde time tu. Mungkin sbb tu Najib cakap apa pun, lebih ramai yg maki hamun dia..?

Time tu aku sendiri pun takde fakta2 yg Najib keluarkan sekarang. Aku dapat fakta2 biasa je. Tu pun melalui news & sumber2 whatsapp. Fakta pun tak detail mcm sekarang. Time tu aku tengok propaganda melampau2 sampai "overkill".. hangit... yg mengarut2 pun banyak... heh...

Aku cuma sampaikan apa yg aku yakin betul je time tu. Mana yg aku kurang yakin tu, aku tak cerita. Kalau aku kurang yakin, camana aku nak yakinkan orang lain, kan? 

Lagi satu, aku memang pantang menipu. So setiap cerita aku tu base on apa yg aku tengok & yakin benar. Tapi mungkin sebab tu aku dipandang remeh bila cakap kat pihak tertentu jangkaan aku yg BN paling kuat pun mampu dapat 4 kerusi Dun. Siap kena sindir pulak tu... adehhh...

Cerita pasal 4 Dun (memang 3 Dun je) tu pun bukan aku cerita kat org ramai. Aku cerita kat pihak tertentu yg bertanya & perlu tahu je. Kat org luar aku tak cerita. Tapi mungkin sebab "laporan bodoh" aku tu depa dah tak amik tahu pun pasal aku sampai sekarang... adehhh... 

Takpelah. Itu cerita lama. Biarlah. Malas aku nak ingat sangat walau aku terkilan....

But now, aku betul2 salute cara Najib. Tak payah rapat umum, tak payah cybertoopers ala RBA bagai, tak payah buat program jelajah sana-sini, tak payah berembun tidur atas jalan, rileks je main fesbuk... tapi cukup berkesan & berjaya buat puak2 PH tu cuak.. 

Paling tak tahan, siap tuduh Najib punca depa tumbang pulak tu.. hahahahaaa...


Tentang court cases Najib tu, aku taktau boleh menang ke tidak. Itu kita serah kat Allah. Najib dah hire peguam yg bagus, & barisan pembelaan pun berusaha gigih mendapatkan keadilan utk Najib. So kita serahkan pada Allah.. kalau sayangkan Najib, doa banyak2 untuk Najib...

Apa? Nak tengok Najib naik jadi PM sekali lagi? 

Pada aku, apa pun korang nak, biar Najib clearkan semua case dia dulu kat court. Bukan aku tak yakin kat Najib, & bukan aku cakap Najib salah. Tapi biar hakim mahkamah yg putuskan, bukan aku...

Tapi kalau Tun M boleh naik jadi PM 2 kali, kenapa pulak Najib tak boleh, kan? Tapi perlu kena dgn cara & masa yg sesuai la.. bukan boleh main rodong mcm tu jer...  

Kalau Najib didapati bersalah oleh mahkamah nanti, maka kita kena terima dgn hati yg terbuka. Walaupun bagi kita Najib tak salah, tapi kita tak boleh hina keputusan mahkamah. 

Mcm kes Dr Khir, walaupun pada aku, secara moralnya Dr Khir tak salah, dah mahkamah putuskan dia bersalah, aku terpaksa terima. So samalah nanti jika kes Najib ni worst come to worst, dia didapati bersalah, kan? Kita kena bersedia terima walau tak setuju....

Cuma aku wonder, bagaimana nanti jika Najib didapati tidak bersalah dlm semua pertuduhan? Korang boleh bayangkan tak? Boleh bayangkan camana reaksi Tun M, Mukhriz & Bersatu yg amat membenci Najib & menghasut supaya rakyat sama2 benci Najib...

Boleh bayangkan tak apa reaksi puak2 PH time tu especially Anwar, Kit Siang, Guan Eng, Saifuddin Nasution, Rafizi, Ronnie Liu, Mat Sabu, Salehuddin Ayub, Mujahid, Nga Kor Ming, Ngeh, Teresa Kok, Hannah Yeoh, Teoh Nie Ching semua2 tu...

Aku bukan apa... ingat tak hari tu masa YDPA habis interview semua MP masa proses nak lantik PM tu? Bukan main lagi depa.. keluar statement konon suruh terima apa jua keputusan YDPA & hormati titah baginda... tapi lepas YDPA titahkan keputusan, meroyan tak habis sampai sekarang.. heh!

So nanti kalau Najib tak bersalah, maka mungkin la kita akan sekali lagi berpeluang tengok depa tidur tengah jalan & buat perangai buruk depa lagi. Mungkin time tu Bersih 100.0 & LGBT supporters akan sakan keluar tunjuk belang masing2... 

Frankly, based on pengamatan aku, sejak muda lagi Najib memang perform dlm setiap jawatan yg dipertanggungjawabkan. Since dia jadi Menteri Besar, kemudian Tun M tarik berdiri dlm kabinet kjaan, hinggalah Najib jadi menteri kanan, TPM & PM, he'd perform excellently...

Bukan la aku nak bodek dia, tapi memang dia perform pun. Kat MoE ke, KBS ke, MinDef ke, TPM ke, PM ke, memang dia exceute & manage well. Seingat aku, masa Najib nak tinggalkan MinDef, ada yg tunduk sedih, yg nangis pun ada. Sayang sungguh org MinDef kat dia time tu...

Then cuba tengok dasar2 yg Najib buat especially economic policies, macro & micro. Tengok pulak KDNK time dia mentadbir. Tengok pulak penarafan ekonomi negara. Time dia ambil alih dari Pak Lah, economy tengah down. Tengok camana dia stabilkan keadaan & tingkatkan ekonomi negara. Ekonomi dunia tengah down, tapi Najib still berjaya sustain economy negara kita...

Yer.. time tu aku pun susah, bukan korang je yg susah. Korang kena bayar GST, kena bayar harga minyak tinggi, kena bayar tol, aku pun kena bayar jugak... bukan aku guna free pun. Tapi korang seronok dapat BR1M, aku tak dapat pun... tak aci la weiii..!!!

Actually, masa Najib jadi PM tu aku tengah sambung study. Kena pulak Najib umum dasar PTPTN siapa yg dapat 1st class degree honour tak payah bayar balik pinjaman & convert sbg scholarship, makin berkobar2 la aku...

Tapi malangnya bila aku graduate dgn 1st class degree tu, tiba2 PH pulak yg berkuasa, tiba2 je tak boleh convert jadi scholarship, tetap jugak kena bayar as pinjaman. Cisss..!!! Dah la sekarang takde kerja.. dah tu camana nak bayar? Hapus PTPTN kononnnn.. puii..!!!

Tapi tu la kan. Akhir zaman ni, benda betul org cakap tak betul. Benda fitnah pulak yg diorang percaya betul. Padahal Rasulullah SAW dah pesan awal, lebih 1400 tahun dulu dah bagitau dah. Tapi kita ni yg selalu khilaf... mudah terpedaya dgn setan iblis & setan manusia akhir zaman ni...

Dahhh... malas nak bebel panjang2. Jom baca surah Al-Mulk.. semoga kita semua terhindar dari fitnah2 dajjal ni semua... jom!






2 comments:

Unknown said...

Akhir zaman perompak di agong agong2kan ..

Unknown said...

terbaik

Bila Kak Su Bersuara... Heh!