Tuesday, March 3, 2020

MOHON DOAKAN 13 ADUN PH MELAYU ISLAM DI KEDAH...


Selepas Johor, media melaporkan Kjaan PH Melaka pula tumbang semalam. Maka makin kuatlah semangat org Kedah serata-ratanya utk melihat PH juga tumbang di negeri Kedah...

Aku cadangkan, mula2 kita kenali dulu wajah2 semua Adun PH Kedah beragama Islam & berbangsa Melayu seperti di bawah...


1. Ini YB Juhari Bulat, Adun Ayer Hangat merangkap Timbalan Speaker Dun Kedah. Dia dari PPBM. Ramai berpandangan dia menang pada PRU14 bukan atas kapasiti peribadinya, tapi lebih kpd sentimen & pengaruh Tun M yg turut bertanding di Langkawi...

Jadi agak2, berani tak dia tinggalkan kem Tun M & beralih kpd kem TS Muhyiddin? Agak2 dia berani tak tinggalkan PH & bersama MN demi agama, bangsa & negeri Kedah?


2. Ini YB Mohd Firdaus Ahmad, Adun Kuah merangkap Exco Kjaan Negeri. Dia dari PPBM. Dia masih muda & sama seperti Juhari, Firdaus juga dikatakan menang pada PRU14 atas sentimen & pengaruh Tun M yg turut bertanding di Langkawi, bukan kekuatan peribadinya...

Agak2 la, berani tak Firdaus "gadaikan" jawatan Exco utk tinggalkan PH & bersama MN. Utk makluman, semua Adun MN di Kedah beragama Islam & berbangsa Melayu...

3. Ini YB Dr. Salmee Said, Adun Kota Seputeh, merangkap Exco, dari parti Mat Sabu, PAN. 

Tak banyak yg aku tahu tentang YB Dr Salmee ni walaupun dia Exco. Tak tahulah kenapa. Kalau nak banding dia dgn Ust Aishah (Merbau Pulas) yg pernah jadi Exco, Ust Aishah lebih perform. Apatah lagi kalau nak banding dgn Exco2 dari BN yg lebih berpengalaman...

Tapi biasa la. Org baru, takde pengalaman. Maka bertatih la bila dilantik Exco. Agak2 Dr Salmee sanggup ke tinggalkan Abam Mat Sabu & "funder utama" PAN? Hahahaaa...


4. Ini pulak YB Halimaton Shaadiah Saad, Adun Bukit Kayu Hitam, merangkap Exco, dari PPBM. Pun sama, Exco ni agak tenggelam dari radar aku. Maybe sbb dia kat hujung sempadan kot... Hahahaa...

Frankly, aku tak tahu camana dia boleh menang masa PRU14 hari tu. Mungkin silap aku gak sbb terpaksa bekerja kat Langkawi time tu, maka aku lost sikit tentang faktor kemenangan YB ni di Dun Bkt Kayu Hitam.

Tapi agak2, dia sanggup ke tinggalkan Mukhriz yg lantik dia jadi Exco? Sanggup ke dia tinggalkan DAP untuk bersama Adun UMNO & PAS membentuk Kjaan Negeri yg 100% beragama Islam berbangsa Melayu?

Susah nak cakap. Hati & niat orang ni lain2, kan? Kalau kita, mungkin sanggup. Tak tahu la dia macamana..kan?


5. Yang ni tak payah perkenal la. Semua org tahu dia sapa, kan? Hahahahaa... Tapi untuk berlaku adil, maka senaraikan jugak la. Ya.. dia Timbalan Presiden PPBM, tak sealiran dgn Presiden partinya sendiri...

Cuma aku fikir, agak mustahil utk Mukhriz tinggalkan kem ayahnya & bertindak mcm Presiden PPBM. Anak lelaki Tun M weii... agak2 laaa.. takkan nak derhaka kott....

6. Ni pulak YB Ir Zamri Yusuf, Adun Suka Menanti. Dia pun Exco jugak ni. Dia dari PKR, tak tahu la dia team Azmin ke team Anwar.. 

Lepas BN tewas di Kedah, dia la yg bertanggungjawab mengatasi masalah air di Kedah ni. Tapi setahu aku, sampai sekarang merata2 kawasan di Kedah ni masih menghadapi masalah bekalan air...

Aku tak mau la komen lebih. Dia engineer, tak tahu la civil ke, mechanical ke, electrical ke apa ke, tapi title "IR" tu menunjukkan dia seorang engineer la. 

Soalnya, mahu ke dia bersama MN untuk bentuk kerajaan 100% BMF? Kita serah kpd empunya diri utk menjawabnya... heh!


7. Ini pun rasanya semua orang Kedah kenal, Dato' Phahrolrazi Mohd Zawawi, Adun Alor Mengkudu dari PAN. Dia pernah jadi Exco di zaman arwah Ust Azizan dulu...

Khabarnya, dia antara faktor kejatuhan Kjaan PAS Kedah. Org PAS di Kedah tahu la ceritanya. Cuba tanya org PAS di Kedah... heh!

Aku agak musykil. Kalau dia nak join MN, orang PAS boleh terima ke? Khabarnya dia ni bijak & licik sikit politiknya.. betul ke?

8. Yg ni pulak Dato' Ir Amiruddin Hamzah, Adun Anak Bukit. Semua org Kedah kenal kot. Dia dulunya org PAS & pernah jadi Exco masa zaman arwah Ust Azizan. 

Org ingat dia akan join PAN, rupanya dia join PPBM. Heh! Biasa la. Mungkin ramai tak tahu dia dah lama berkawan baik dgn Mukhriz. Sama2 geng Ansara... Tu yg join PPBM tu kot...

Agak2 dia nak join MN? Hahahahahaa... bekas Timbalan Menteri PH ni... hahahahaa...




9. Ni YB Mohd Asmirul Anuar Aris, Adun Kubang Rotan, merangkap Exco Kjaan Negeri dari PAN. Dia ni khabarnya jaga bola sepak di Kedah...

Tak banyak aku tahu tentang dia. Mungkin hangpa lagi banyak info tentang dia. Setahu aku, dia jaga KFA. Mana ada game bola melibatkan Kedah, dia pun akan ada sama...

Ada org kata, dia ni anak didik Dato' Phahrolrazi Zawawi, betul ke? Org yg kata, tak tahu la betul ke tidak. 

Err.. orang PAN ni mau ke tinggalkan DAP & bersama PAS & UMNO sbg sebuah Kjaan? Agak2 dia sanggup?


10. Yang ni pun aku rasa semua org Kedah kenal, Dato' Dr. Ismail Salleh, Adun Pengkalan Kundor, Exco Kjaan Negeri dari PAN. 

Khabarnya dia sabahat baik Dato' Phahrolrazi Zawawi sejak zaman arwah Ust Azizan lagi & sama2 pernah dilantik Exco Kjaan PAS dulu...

Aku tak sure sama ada dia sanggup tinggalkan PH & DAP atau tidak... ntah!



11. Hahahaa.. yg ni pun semua org UMNO di Kedah kenal, YB Dato' Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail, Adun Guar Chempedak. 

Dia dulu menang atas tiket UMNO/BN, tapi kemudian lompat masuk PPBM atas alasan "demi rakyat". Apa2 je la Pak Ku... hahahaha...

Tapi Pak Ku ni bagus buat kerja especially bab pelaburan. Dia ada pengalaman & bekas Exco. Agak2 dia lompat balik tak "demi rakyat"? Hahahaaa.. come on Pak Ku... heh!




12. Hmmm.. yg ni YB Johari Abdul, Adun Gurun dari PKR. Org kuat Anwar Ibrahim ni...


Khabarnya dia nak ambil alih kerusi MB dari Mukhriz, tak tahu la betul ke tidak. Khabarnya lagi, penyokong Mukhriz memang tak suka kat dia sbb nak rampas kerusi boss depa. Betul ke? 

Kalau dia letak syarat nak jadi MB utk lompat join MN, hangpa rasa patut bagi ke? Aku tak rela... kikikikiiii....


13. Yg ni YB Azman Nasrudin, Adun Lunas dari PKR. Dia pun Exco gak. Pasal dia dari Dun hujung dunia nunnn kat Kulim, aku lost sikit pasal dia... Tak tau la dia perform ke tidak.

Aku rasa, mungkin hangpa lebih tahu tentang YB Azman ni. Khabarnya dia suka ternakan lobster. Hmmmm...? 

Aku tak sure dia org Azmin atau Anwar. Cuba tanya dia. Tu pun kalau dia nak mengaku la. Tapi setahu aku, dia org Islam berbangsa Melayu. 

Tak tahu la dia sanggup tinggalkan DAP untuk form government Melayu Islam atau tidak...


So inilah 13 Adun PH Kedah yang setahu aku beragama Islam berbangsa Melayu. Inilah 13 orang Adun PH yang kita rakyat Kedah harap agar mempunyai jatidiri untuk menubuhkan sebuah Kerajaan Negeri yang SOLID untuk menjaga kepentingan Islam, bangsa Melayu & negeri Kedah...

Inilah 13 orang Adun PH Kedah yang kita doakan agar terbuka hati untuk memikirkan kepentingan agama Islam, masa depan orang Melayu & kemajuan negeri Kedah...

Inilah 13 orang Adun PH yang ditagih utk mengorbankan kepentingan diri demi sebuah kerajaan yg diimpikan rakyat Kedah...

Inilah 13 orang Adun PH yg kita rakyat Kedah mohon supaya tinggalkan gabungan PH khususnya DAP & membentuk kerajaan yang lebih diyakini "halalan thoyyiba"...

Inilah 13 orang Adun PH yg kita orang Kedah dambakan keikhlasan hati "berhijrah" utk bersama Muafakat Nasional PAS & UMNO, membina masa depan negeri Kedah yg lebih terjamin...

Inilah 13 Adun PH Melayu beragama Islam yg Allah uji dgn kuasa & jawatan, sama ada mereka rela bersama saudara yg sujud ke arah kiblat yg sama, atau lebih gemar untuk bersama DAP yg terbukti tidak menepati aspirasi menuju jalan Allah...

Mungkin kita hanya perlu 2 Adun PH saja yg sanggup korbankan kepentingan, tapi jika lebih dari 2 Adun pun yg Allah bukakan hati menyertai PH, itu lebih baik untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan di negeri Kedah berdaulat ini...

Namun sudikah mereka berkorban kuasa & kepentingan diri demi Islam, anak bangsa & rakyat negeri Kedah? Kita tidak boleh memaksa... Kita rakyat Kedah hanya mampu menyeru & berdoa agar mereka diberi kekuatan utk melawan nafsu duniawi...

InsyaAllah, jika mereka ikhlas & memahami matlamat politik dalam Islam, tidak mustahil mereka akan diberi petunjuk untuk bersama Muafakat Nasional tanpa syarat.

Ikhlasnya pengorbanan mereka nanti pastinya tidak akan meminta2 jawatan MB, Exco dan sebagainya. Nilai dan jatidiri itulah yang akan membawa keberkatan bersama di dalam Kerajaan Negeri Kedah nanti, insyaAllah...

Jika YB Norhizam di Melaka pun dapat memahami, sanggup berkorban kuasa dan jawatan demi kelangsungan politik Islam & anak bangsa, takkanlah tidak ada 2-3 orang Adun PH di Kedah ini yg tidak mampu memahami hikmah di sebaliknya....

Lagi pun, kita pun tahu negeri Kedah amat memerlukan bantuan daripada Kjaan Pusat untuk pembangunan & kemajuan yg lebih mapan. 

Kjaan Pusat pun sudah ditakdir Allah sudah berubah, kerajaan PH di sana pun sudah jatuh. Demi rakyat, bukankah lebih baik jika senada sealiran dengan Kerajaan Pusat?

Demi rakyat, kita mohon kepada 13 Adun PH ini supaya berfikir sebaik-baiknya. Jika boleh, dirikanlah solat istikharah memohon petunjuk dariNya. InsyaAllah, pengorbanan Dato'2 semua akan dikenang lebih 80% umat Islam di negeri Kedah... Aminnnn...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!