Wednesday, March 4, 2020

MANDAT RAKYAT KEDAH? HAHAHAHAHAAA.... SO FUNNY!


Khabarnya MB Kedah kita baru je kembali ke Kedah dari ibu negara. Mungkin dia sibuk sikit di sana menguruskan parti & politiknya yg genting. Biasalah... dah selalu dah. Biasa sangat dengar keluhan rakyat Kedah tentang MB "ghaib" dari tugas pentadbirannya di sini. Maafkanlah dia.. dia super busy! 

Tapi khabarnya pada 6 Mac ni MB kita akan sertai "Jelajah MANDAT Rakyat". Ungkapan "MANDAT RAKYAT"... hmmm... jom kita ulas sikit that so called "mandat rakyat" ni...


Betul. Pada 8 Mei 2018, rakyat Malaysia termasuk majoriti rakyat Kedah beri MANDAT kepada PH untuk tubuhkan Kerajaan Baharu menggantikan BN. Itu betul...

Apa benda MANDAT RAKYAT tu? 

Mandat rakyat tu ialah persetujuan atau sokongan rakyat yg diberi kepada parti politik tertentu setelah tertarik & percaya pada tawaran parti berkenaan ketika kempen pilihan raya, termasuk janji mulut & manifesto bertulis...

Dlm konteks pilihan raya, mandat tu diterjemahkan menerusi undi rakyat...

Tapi kenapa rakyat bagi mandat kpd PH pada PRU14 dulu? Sebab PH tawarkan manifesto & janjikan macam2 kpd rakyat. Walaupun dah diberitahu & diingatkan bahawa janji & manifesto PH tu hanyalah "janji bulan & bintang", tapi rakyat tetap terpengaruh & percaya...

So majoriti rakyat pun bagi la mandat kpd PH pada PRU14 hari tu...

Tak sampai 2 tahun, rakyat dah tak boleh tahan dgn Kjaan PH. Dasar2nya menyakitkan hati je, khususnya umat Islam beragama Islam. Banyak dasar yg kononnya "cantik" di mata PH, hakikatnya menjejas & merugikan umat Melayu Islam...

PH buat tabung konon nak bayar hutang "trilion", tapi hutang tak berkurang pun. PH jual aset2 GLC konon nak bayar hutang negara, tapi tak kurang2 jugak hutang negara. Bahkan hutang tu bertambah lebih dari RM100 bilion hanya dlm tempoh tak sampai 2 tahun!

Nilai matawang kita lebih teruk merosot. Konon dulu katanya jika Najib turun, nilai RM naik. Tapi rupanya nilai RM lagi teruk bila PH naik! Kos sara hidup pun makin teruk, ditambah pulak puluhan ribu hilang pekerjaan. Ntah mana perginya 1 juta peluang kerja yg Syed Saddiq dok sebut tu...

Harga minyak, tol, PTPTN tak payah cakap la. Kalau cakap pun menyakitkan hati je. Hangpa ingat lagi tentang ICERD? UEC? Ingat lagi camana Guan Eng keluar statement rasmi negara dlm bahasa Cina? PH masa tu betul2 cuba liberalisasikan perlembagaan mengikut acuan depa....

Depa lantik pulak Tommy Thomas jadi AG. Maka hangpa pun tau apa jadi lepas tu pada Rule of Law kat negara kita, kan? Penat abam2 polis kita siasat & tangkap, habih dia lepas. Mana yg patutnya takde kes pun, tapi itu la yg dia proceed utk pendakwaan... dah jadi terbalik kuang dah...

Lepas tu pulak parti2 dlm PH ni pi bantai bergaduh sesama sendiri pulak! Ada yg nak kekal jadi PM, ada yang gila2 nak jadi PM, ada yang nak jadi TPM, ada yg bergaduh nak jawatan menteri, ada yg buat puak2 dlm satu parti.. bertumbuk, berterajang sampai masuk youtube & facebook merata!

Habih jahanam. Bukan saja ekonomi, boleh kata habih semua sektor. Aku malas nak sebut, nanti hangpa makin panas pulak kat PH. Tak baik menghasut lepas perpaduan kaum kat Malaysia ni koyak rabak dikerjakan PH...

Err... tumpang tanya, masalah bekalan air kat Kedah ni dah settle belum? Bukan janji 100 hari ke? Jambatan yg roboh kat Kulim Bandar Baharu tu dah buat baru dah? Hari tu masalah benih padi camana? Pesawah puas hati? Orang Kedah puas hati..? Heh!

Soalnya, ADAKAH SEMUA ITU YG RAKYAT MAHU & HARAPKAN SELEPAS RAKYAT BERI MANDAT PADA PRU14?

Jika inilah yg diberikan oleh PH dlm tempoh depa jadi Kerajaan, agak2 rakyat akan bagi MANDAT tak kat PH untuk mentadbir negara? Awat? Rakyat bagi mandat utk PH jual aset2 Tabung Haji kaaa?

So selepas hampir 2 tahun PH jadi Kerajaan, frankly aku cakap, rakyat dah "letih" dah. Kita tak payah sebut penyokong MN, golongan atas pagar or silent majoriti yg non partisan, malah penyokong PH sendiri dah makin meluat kat Kjaan PH, especially DAP...

Soalnya, ADAKAH MANDAT RAKYAT PADA PRU14 ITU MASIH BOLEH LAGI DIAMBIL KIRA SEBAGAI MANDAT SEBENAR DARI RAKYAT?

Lain yg depa janji & diharapkan rakyat, lain pulak yg depa buat...

Contoh analogi, Pak Abu bagi mandat kat Ali uruskan reban ayam dia. Mandat tu Pak Abu bagi kat Ali sebab Ali janji akan kembangkan reban ayam Pak Abu tu jadi 5 reban dlm tempoh setahun. Siap bentang kertas kerja utk yakinkan Pak Abu...

Tapi tak sampai seminggu, Ali jual habis ayam dlm reban ayam Pak Abu. Bukan ayam je, dengan reban2 ayam tu dia jual. Nasib baik Ali takleh cabut pintu pagar nak masuk area reban tu, kalau tidak... dgn pintu pagar tu pun dia angkut jual kat Ah Keong tuuu....

So agak2 lepas tu Pak Abu bagi MANDAT lagi tak kat Ali? Agak2 lepas tu Pak Abu percaya lagi ke kat Ali? Aku rasa, kalau Ali bawak pakar ayam bentang proposal 8 hari 8 malam pun Pak Abu takkan percaya dah kat Ali... 
Gambar sekadar "hiasan"

Dan begitu jugak la dgn PH ni. Maka sebab tu aku sengih je bila pemimpin2 PH kat Kedah ni sebut ungkapan "MANDAT RAKYAT"... 

Nak tengok MANDAT RAKYAT betul2? Kalau betul nak tengok BUBAR DUN & lepas tu kita tengok rakyat Kedah ni nak bagi mandat lagi tak kat PH... Tu pun kalau berani bubar laaa... heh!


1 comment:

Unknown said...

hmm aq org kedah jgk..aq sebenarnya sokong tun M krna dia byk brjasa dlm ngara..tpi aq bnci dap ni..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!