Thursday, March 5, 2020

MANDAT..??? PAK LEMAN KATA "TOBAT LAHOM LAAA...!!!"



Pak Leman ketua kampung. Dia & AJK kampung nak buat kenduri kesyukuran. Pasal budak2 muda di kampung dah banyak berhijrah ke bandar, maka takleh nak buat "kenduri pakat" macam dulu. Maka depa pun terpaksa la cari syarikat katering... 

Ada 2 syarikat katering mai bagi proposal. Bincang punya bincang, Pak Leman & AJK kampung setuju beri MANDAT kpd syarikat katering Abu utk uruskan kenduri kesyukuran tu. 

Bukan apa. "Pakej" yg Abu tawarkan memang terbaik! Abu bagi 7 jenis lauk, termasuk masak lemak daging rusa salai, wagyu blackpepper masam manis, ayam madu berempah, bawal panas, sambal petai lobster, gulai termenung lemak hancur, ulam2an tradisional & sambal belacan kuala...

Abu bagi 3 jenis nasi, nasi hujan panas, nasi putih daun pandan & nasi minyak harum semerbak. Air pulak 5 jenis... Air serbat selasih madu, air bandung riau pink kaler, air jagung viral, air limau lemon pudina 3 rasa & minuman panas kopi O dan teh tarik kaw!

Untuk dessert, Abu bagi serawa labu lemak, bubur kacang, bubur pulut hitam, ais kacang, brownies gebu gebas & ais kacang salji milo meletop! 

Abu janji bagi 12 buah khemah ala Turki yg lengkap dgn external aircond blower, kipas angin, scallop indah berhias, semuanya lengkap bermeja & kerusi beralas empuk, set pintu gerbang sambutan majlis, pentas ucapan & hiasan, termasuk bunga hidup di setiap sudut...

Paling menarik, Abu caj murah! Semua tu cuma RM3 je utk 1 kepala. Pak Leman & AJK2 kampung bajet jemputan dalam 1000 org tetamu, maka semua tu cuma RM3000 je. Murah sesangat dah tu...

Maka kerana "PAKEJ MENARIK" Abu tu la Pak Leman & semua AJK kampung sebulat suara BERI MANDAT kat Abu untuk uruskan kenduri kesyukuran kampung tu...

Tapi bila tiba hari kenduri, "indah khabar dari rupa". Abu bagi 3 biji khemah biasa ja. Kipas takdak, apatah lagi aircond. Kerusi & meja pun takde alas, reput pulak tu. 

Lauk? Gelama kering, ayam masak toyu haluih2 & sambai belacan. Nasi putih biasa ja. Air oren & air kosong. No teh tarik, no kopi O. Dessert? Roti benggali belah 24, amik sorang satu...

Pak Leman & AJK2 kampung mengamuk sakan. Depa pi tanya Abu. Abu jawab, "saya ingatkan boleh buat semua tu dgn RM3000, rupanya tak boleh. So ini ja la yg mampu saya buat...". Selamba ja Abu jawab macam tu...

Soalan aku, jika itulah saja yg mampu Abu buat, agak2 Pak Leman & AJK2 kampung tu akan bagi MANDAT kat Abu untuk uruskan kenduri kesyukuran kampung tu atau tidak?

Agaknya, lepas semua tu berlaku, adakah Pak Leman & AJK2 kampung tu akan percaya & bagi lagi MANDAT kat Abu utk uruskan apa2 berkaitan kampung tu?

Pada pandangan aku, TOBAT LAHOM LAAAA...! Heh!

2 comments:

abdhfz1973 said...

Perrgghhh. Pedass lagi memedasskan..

Anonymous said...

Pak Leman & AJK2 kampung memang tak berfikir berlandaskan logik. Mana mungkin bajet ciput boleh dpt mcm2 ala hotel 4 bintang? Cepat sangat termakan janji2 manis si Abu.. kikikikiki

Bila Kak Su Bersuara... Heh!