Saturday, March 7, 2020

LANTIKAN POLITIK PH PERLU LETAK JAWATAN?


Sehari dua ni aku tengok ramai jugak yg usik orang2 politik PH yg dilantik ke jawatan2 utama GLC. Ada yg keluarkan senarai nama & GLC2 tu. Hmmm... ramai jugak ye. Chairman kat sana, Board kat sini, hmmmm.... Patut ke depa letak jawatan?


Tapi takkan petik nama2 kecik kat GLC2 biasa ja? Awat tak sebut Khazanah Nasional sekali? PNB? Felda? Heh..!

Ada yg kata depa tu dengki kat org2 politik PH yang dilantik tu. Malah ada yg kata, siapa yg usik tu sebenarnya mahu org2 politik PH tu disingkir & lantik "yg usik tu" ke jawatan2 berkenaan... betul ke? Dah depa begaduh kat fb pulakkkk... hahahahaa....

Pada aku, depa mengusik tu bukan apa. PH sendiri dah janji dah dlm manifesto dulu. Bukan janji mulut ja, PH siap buat janji bertulis lagi... Dlm buku manifesto PH, ada termaktub;

"Kerajaan Pakatan Harapan akan memastikan pelantikan ahli lembaga pengarah ke dalam GLC nasional dan negeri adalah dari kalangan golongan professional, dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka." (Janji 22, M/s 54). 

Apa? Manifseto bukan kitab suci? Betul la manifesto tu bukan kitab suci kami. Tapi manifesto tu la yang PH dok canang nak buat di merata2 seluruh negara masa PRU14 dulu. Katanya kalau menang & jadi Kjaan Pusat, maka PH akan laksana semua tu...

Aku boleh faham jika PH mungkir beberapa janji bulan bintang tu. Memang mustahil pun PH boleh tunai janji2 tu. Tapi setakat janji tak lantik org yg ada kaitan politik dlm GLC, aku rasa janji ni mudah sangat kalau PH nak tunaikan... mudah sangat... heh!

Tapi PH lantik jugak kan? Bukan sorang, ramai pulak tu! Bukan setakat GLC ja, dalam jabatan2 & agensi2 kerajaan pun PH lantik jugak? Sampai dlm SPRM pun lantik orang politik jugak? Hat tu pelik sangat tuuu...  Hehehehehee.... Hahahahaha.... 

Gelak boleh gelak... tapi yg beragama Islam tu tahu hukum mungkir janji, kan? Tahu orang mungkir janji tu dikategori sbg munafik, kan? Hmmmmm...? Tak tahu? 

Ni aku nak habaq ni... Pada aku, memang perlu ada lantikan politik dlm mana2 GLC. Bukan sebab depa nak jadi kaya. Memang tak kaya pun jadi chairman or ahli lembaga GLC ni....

Paling kuat pun depa amik anak menakan or saudara mara depa kerja kat GLC tu. Hat tu biasa sgt dah kita tengok. Bukan PH saja, UMNO ka, PAS ka, parti apa pun buat. Alaa... pegawai2 kanan kjaan pun dok rekomen anak buah, adik beradik depa... bukan kita tak tau... Hahahaa...

Memang la nampak tak aci.. tak adil kat org lain yg takdak "cable" besaq macam tu, kan? Tapi dah takdak 1 juta peluang kerja yg Syed Saddiq kata tu, nak buat camana? Tu yg depa pakai cable tu kot...

Pada aku, aku tak kisah kalau ada lantikan politik kat mana2 GLC asalkan depa capable & sesuai dilantik. So dia akan jadi mata & telinga parti politik yg membuat dasar2 kjaan. Dia kena pastikan GLC tu lancar beroperasi mengikut matlamat dasar...

Sbg contoh, MARA. Maka kena tau apa matlamat Mara. Maka org politik yg dilantik ke Mara tu kena pastikan Mara diurus mengikut perancangan, misi, visi & memenuhi matlamat dasar Mara ditubuhkan. Jadi, perlu la ada penglibatan wakil politik dalam GLC tu sorang dua...

Risiko org politik yg dilantik tu ialah bila berlaku pertukaran parti politik yg menjadi Kjaan. Sebab apa? Sbb depa lantikan politik. Bila bertukar parti politik dlm Kjaan, maka dah tentu la dasar tu akan bertukar sikit atau tukar dasar sepenuhnya...

Contoh, bila PH menang, maka org politik dlm Mara kena la letak jawatan sbb kemungkinan ada perubahan matlamat dasar. Mungkin Mara di zaman BN dikhaskan utk Melayu & Bumiputera. Tapi bila PH berkuasa, mungkin matlamat dasarnya bertukar utk semua kaum termasuk Cina, India & bukan Bumiputera lain... faham?

Jadi tak salah la PH lantik org politik dlm GLC kan? Eh! Hang ni... bongok ke apa? Sapa suruh PH janji dalam manifesto dulu? Poyo sgt sampai janji yg bodo2. Buat janji, tapi tak pikiaq habis2. Separuh masak..! Nampak sangat tak belajaq ilmu politik & pentadbiran... heh!

So sekarang ni, tak sampai 2 tahun, Kerajaan dah bertukar lagi. Maka mana2 lantikan politik yg bukan dari parti Kjaan, maka perlu la meletak jawatan. Takkan tak faham2 lagi kot? Kalau nanti Allah kata PH jadi Kjaan, maka lantik la semula... tu pun kalau ada rezeki la kan? Heh!

Itu la yg orang2 BN rasa masa hilang kuasa dulu. Dok syok jadi Chairman sana, Chairman sini, Board sana, Board sini.. tiba2 BN kalah & Kjaan baru arah letak jawatan. Sama la apa yg org PH rasa sekarang... benda yg sama jer, cuma pihak yg berlainan...

So tunggu apa lagi? Kalau aku, aku kemas barang je terus. Cari kotak, boh barang, tulis surat letak jawatan,, serah surat & blah. Habis cerita. Letak jawatan secara terhormat tanpa perlu didesak atau disindir... 

Tapi hangpa jangan la pi gelak kat depa. Kesian la sama. Depa pun ada anak bini nak sara. Depa pun ada komitmen bulanan, kena bayaq rumah, kereta, credit card etc. Depa hilang punca pendapatan, hilang kerja. Kesian la sama kat depa... cuba hangpa kena lagu tu... lain la kalau depa memang kaya raya dah... kan?

Dah... aku nak pi iron baju sekolah anak... 


5 comments:

Anonymous said...

Dedahkan lantikan politik di MoF dengar lagi ramai dari kerajaan BN lalu dengan gaji puluh ribu..


Dedahkan semua kaum.mata sepet..!!

Biar macai PH tahu apa itu kerajaan PH....

Arif muluk said...

Takkan ph menang nak lantik lockman adam, jamal, fuad kot.

Jadi pokok pangkal nya.
Adakah mereka yg dilantik melakukan rasuah & seleweng.

Macam isa samad, aziz & bung mokhtar.

Jadi muhyidin kena lah buang jauh2 ada perompak ni.

Kalau tak lebih baik letak jawatan saja.

Buat apa tanggung biawak hidup

Arif muluk said...

Takkan ph menang nak lantik lockman adam, jamal, fuad kot.

Jadi pokok pangkal nya.
Adakah mereka yg dilantik melakukan rasuah & seleweng.

Macam isa samad, aziz & bung mokhtar.

Jadi muhyidin kena lah buang jauh2 ada perompak ni.

Kalau tak lebih baik letak jawatan saja.

Buat apa tanggung biawak hidup

Unknown said...

Buat masa ni yang mana lantikan politik dalam GLC atau yang sewaktu dengannya biarlah mereka cari rezeki sebab menteri belum pun belum dilantik lagi, Bila dah ada menteri harap depa fahamlah.

Anonymous said...

Tn Arif Muluk...

Pandangan saya tentang komen tuan...

1. Terpulanglah pd PM & anggota kabinet yg bakal dilantik utk melantik siapa pun yg difikirkan sesuai.. selepas lantikan, bukan rakyat hanya akan menilai org yg dilantik tu, malah pihak yg melantik juga akan dipersoal jika tidak wajar lantikkan yg dibuat...

2. Tentang nama2 yg tuan sebut tu, terpulanglah pada persepsi masing2. Jika benar mereka perompak, maka pasti mereka sudah dihukum di mahkamah. Jika terlepas di mahkamah dunia, di akhirat nanti tak lepas juga... tapi utk pengetahuan bersama, sistem keadilan (rule of law) di Malaysia ni berkonsepkan "innocent until proven guilty"... jadi terpulang pada tuan utk buktikan nama2 tersebut adalah benar perompak. Jika tuduhan tuan tidak benar, maka rasanya tuan pun tahu apa implikasinya di dunia atau di sisi hukum Islam...

Sekian, terima kasih tuan...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!