Sunday, March 1, 2020

Kjaan Baru Di Kedah? Boleh, Tapi Sukar...


Aku faham, ramai di kalangan org Kedah yg tak sabar nak tengok MN membentuk Kjaan Negeri menggantikan Kjaan PH + PPBM. Mungkin semangat tu timbul akibat tempias pembentukan Kjaan Pusat yang terbentuk bersama di antara PPBM, MN, GPS dan gabungan baru...


Tapi aku rasa, berilah ruang kejap kat PM kita utk form strong working government di peringkat Pusat. Banyak perkara besar tentang negara yang beliau nak kena tengok, termasuk lantikan kabinet baru dari gabungan parti yg baru... 

Ya betul. Johor dah form new gov. Peja kat Perak pun tengah bentuk muafakat nak form new gov. Tiba2 aku bagi pandangan Kjaan PH dijangka kekal di Kedah. "Potong" betul la, kan? Kikikiiiii....

Rileks bro. Bukan la aku cakap tak boleh or takde peluang langsung nak form new gov kat Kedah ni. Kalau boleh, memang aku nak DAP out terus dari Kjaan Negeri Kedah ni... 

Cuma, PPBM kat Kedah ni lain macam sikit. Depa memang tak berani lawan Tun. Mukhriz tu memang la, takkan la anak nak lawan ayah dia sendiri, kan? Tapi yg lain2 tu aku rasa tak berani nak lawan Tun M & Mukhriz... 

Adun2 DAP dah confirm kita takmau. Camana pulak dgn Adun PKR & PAN? Ada ke yg nak tinggalkan PH & duduk bersama MN sbg Kerajaan? 

Pandangan aku, kalau betul pun ada yg tawar diri, dah tentu depa demand kaw2 punya. Tak mustahil jika depa demand nak jadi MB, Exco & org2 depa lead GLC negeri. Dah tentu depa akan mintak macam2 yg pada kita tak masuk akal...

Depa tak fikir utk bersama MN demi rakyat & negeri Kedah? Depan media & public depa boleh la sebut ungkapan politik macam tu. Tapi kat belakang, mcm2 akal depa ni... Kikikiiiii....

So agak2 senang ke nak tukar kerajaan kat Kedah ni? UMNO & PAS cuma ada 17 kerusi, PH + PPBM ada 19 kerusi. So, MN perlukan 2 kerusi je minimum. 

Kalau Adun PH or PPBM yg nak join MN tu mintak jadi MB or Exco, agak2 kita patut bagi tak? Hangpa rasa patut ke PAS bagi sedangkan PAS ada 15 kerusi Dun? Hahahahaaa...

So kita kena sabar. Doa banyak2. Kalau Allah makbul, inshaAllah tak mustahil Allah buka hati mana2 Adun PH utk bersama MN membentuk Kjaan Negeri yg baru. 

Barulah sealiran dgn Kjaan Pusat, kan? Heh!

1 comment:

Eric Iskandar said...

aku rasala kan x perlu pn nk tukar kerajaan kt negeri kedah ki sebab kerajaan PH kedah ni better dr kerajaan2 kedah yg sebelum ni(BN n PAS also better than BN)banyak giler kot perubahan n kalau dibandingkan kerajaan dulu n sekarang memang berbeza sbg contoh yg paling senang cuba tengok kt stadium Darulaman sendiri... beza siot

Bila Kak Su Bersuara... Heh!