Sunday, March 1, 2020

Kerajaan PH Dijangka Kekal Di Kedah...


Assalamualaikum wbt & salam sejahtera...

Dah lama aku tak update blog. Tapi ntah kenapa hari ni rasa nak tulis sikit. Tak kisah la ada yg nak baca atau tidak. Aku hanya penulis picisan yg sekadar menulis untuk sebuah perjuangan...

Pagi ni TS Muhyiddin angkat sumpah, rasmi sebagai PM ke-8. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa & Dia akan beri kuasa kepada siapa yg Dia mahu. Malah Dia akan tarik balik kuasa dari siapa saja yg Dia mahu. Tahniah aku ucapkan kpd TS Muhyiddin...

Ada kawan2 tanya aku, bagaimana keadaan di Kedah? Akan bertukar tampuk Kerajaan?

Pada hemat aku, walaupun khabarnya kepimpinan PH & PPBM Kedah akan bertemu TS Muhyiddin hari ni, aku rasa Kerajaan PH di Kedah akan kekal, tak bertukar kot... 


Betul PPBM dah keluar PH. Tapi Mukhriz & PH dah declare akan pertahan Kerajaan PH di Kedah dgn formula PH + PPBM. PKR (7), PAN (4),  DAP (2) + PPBM (6), semuanya berjumlah 19 kerusi Dun...

Pertukaran Kjaan Negeri di negeri lain mcm Johor hanya akan berlaku jika Adun PPBM umum tidak lagi bersama PH & memilih untuk bersama UMNO & PAS yang membentuk Muafakat Nasional (MN)...

Aku tak tak fikir Adun PKR, PAN atau DAP akan keluar PH & menyokong MN. Bagaimana pula dgn PPBM? Jom kita tengok siapa Adun2 PPBM di Kedah...

1. DS Mukhriz Mahathir (Jitra)
2. Dato' Amiruddin Hamzah (Anak Bukit)
3. Juhari Bulat (Ayer Hangat)
4. Mohd Firdaus Ahmad (Kuah)
5. Halimaton Saadiah Saad (Bkt Kayu Hitam)
6. Dato' Ku Rahman Ku Ismail (Guar Chempedak)

Daripada ke-enam2 Adun PPBM ni, agak2 siapa yg berani lawan Tun M & Mukhriz? Agak2 siapa sanggup sokong TS Muhyiddin? Siapa di kalangan 6 orang ni yg mahu tampil join Muafakat Nasional?

Ada yg mendakwa Ku Rahman akan patah balik join MN. Alasannya, Ku Rahman asalnya menang di Guar Chempedak atas tiket UMNO sebelum lompat menyertai PPBM selepas PH bentuk kerajaan di Kedah... 

Tapi aku tak rasa begitu. Aku tak rasa Pak Ku akan patah balik. Memang betul statement awalnya mendakwa kononnya "mesej besar bahawa parti gabungan Melayu harus bersama dalam menentukan kuasa politik Melayu"...

Aku rasa statement tu ditulis lewat petang selepas YDPA umum nama TS Muhyiddin sebagai PM, tapi sebelum Tun M dakwa cukup majoriti untuk jadi PM atas sokongan PH di sebelah malam...

Statement Ku Rahman mungkin berubah jika dia tahu bahawa Tun M dicalonkan PH & mendakwa cukup majoriti utk jadi PM...

Namun begitu, jika Pak Ku patah balik utk bersama MN pun, PH & Mukhriz hanya akan hilang 1 kerusi, menjadikan jumlah Adun Kjaan & Pembangkang sama banyak - 18 kerusi.

Kelebihan tetap dipihak PH & Mukhriz sebab speaker Dun di kuasai lantikan PH. 

Pertukaran Kjaan Negeri Kedah hanya akan berlaku jika 2 atau lebih dari 2 Adun memilih utk tidak menyokong PH atau umum hilang kepercayaan kpd Mukhriz utk jadi MB.

Kalau tengok kpd senarai 6 orang Adun PPBM tu, aku rasa sorang pun takkan berani lawan Tun M & Mukhriz. Rasanya 6 orang tu lebih rela dipecat PPBM atau jadi Adun Bebas berbanding utk menyertai MN...

So that's why aku rasa Mukhriz berkemungkinan besar akan terus jadi MB Kedah & tidak ada sebarang perubahan tampuk pentadbiran Kjaan Negeri Kedah. PH akan terus memerintah Kedah serata2nya...

Nak buat macamana? Laaa.. dah tak cukup kerusi, nak buat camana lagi? Biar je la Mukhriz jadi MB Kedah pun.. apa rakyat Kedah boleh buat? Org Kedah jugak yg undi depa masa PRU 14 dulu, kan? 

Tak kira la kena tipu atau tidak. Tapi lepas tunaikan hak mengundi masa PRU 14 dulu, maka habis dah hak kita sepenggal. Nak hak baru, maka tunggu la PRU ke-15 pulak. Pahit? Pahit pun kena telan jugak la sebab memang begitu sistemnya...

Tapi jangan la kecewa sangat. Tu pandangan aku je, tak semestinya tepat. Jika Allah takdirkan tukar, maka mungkin ada 2 Adun dlm Kjaan PH + PPBM tu yg Allah buka hati utk tinggalkan "kem PH" & bersama MN...

Namun sehingga kini, tiada angin yg bertiup ke arah tu. Maka aku optimis tiada sebarang perubahan Kjaan di negeri Kedah buat tempoh terdekat... 

Dah begitu suratanNya. Walau Kedah lebih kurang 80% penduduknya Melayu Islam, namun Adun2 Melayunya lebih suka bersama DAP berbanding UMNO & PAS. 

Mungkin depa lebih selesa bersama Adun DAP mcm Tan Kok Wai (Derga) & Teh Swee Long (Kota Darul Aman) berbanding Sanusi Mohd Noor, Wan Romani, Dr Hayati, Ust Azam, Suraya, Sabrina, Aishah Ghani & lain2... 

Tak mengapalah kalau tak tukat Kjaan pun. Hadap je la sampai PRU ke-15 nanti... 

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!