Monday, March 9, 2020

JANGAN PEDULI DRAMA "DEPA", TERUS BINA KEMBALI NEGARA...


Alhamdulillah.. Hari ni, kita dapat kabinet baru Malaysia. Ada yg suka, ada yg tak suka. Ada yg puas hati, ada yg tak puas hati. Bila tak puas hati, ada je la yg tak kena di mata depa.. 

Pada aku, kita harus sedar bahawa adalah amat mustahil utk puaskan hati semua manusia. Hatta Rasulullah SAW walaupun seorang manusia yg sempurna, namun pihak2 yg "buta", "tuli" & "pekak" tetap tak puas hati pada baginda...

Frankly, krisis politik yg melanda negara kita baru2 ni buat ramai yg muak & bosan kat budaya politik & ahli2 politik tertentu. Negara tengah kalut dengan Covid-19, ekonomi down, kos sara hidup etc, tapi depa tak habis2 dgn drama depa...

Mula tu depa seronok. Tapi lepas tu hampir 2 tahun depa dok gaduh sesama depa, ramai yg kritik tak nampak hala tuju negara. Habis dasar2 negara jahanam. Rakyat mula tu boleh sabar.. tapi dah makin melampau, maka jangan salahkan rakyat jika rakyat makin marah... 

Time tu jugak la ada yg letak jawatan, ada pulak yg "gila-gila" nak jadi PM, Tiba2 Malaysia takdak kerajaan. Politik negara time tu hancus! 

Tapi mujur la ada YDPA, baginda la yg settlekan semua kekalutan drama org2 politik ni. YDPA dgn kuasa yg ada menurut Perlembagaan pun lantik TS Muhyiddin sebagai PM. 

Tapi depa tu tak berubah jugak. Dok nak berdrama jugakkkk.. Depa hentam pulak Muhyiddin tiap2 hari. Pengkhianat la, perompak mandat la, kanser la, itu la, ini la. Hari ni PM umum kabinet baru, maka dah tentu la depa tak lepaskan peluang hentam PM & kabinet baru...

Cuba tengok perangai & budaya depa, khususnya "2 clan" ni. Dah lebih 20 tahun dah, asyik depa ja yag dok buat drama sampai negara jadi tak stabil. Lagu ni punya gaya, jangankan rakyat, aku sendiri pun muak la tengok... 

Walaupun tak semua ahli politik mcm depa kat Malaysia ni, tapi apa yg depa buat ni dah mencemar imej pentas politik negara. Satu dunia tengok kita. Aku rasa Jokowi sengih ja tengok politik Malaysia... puak Barat nuuu mungkin dah ketawa berdekah-dekah.. udah2 la boss... 

Pada aku, YDPA dah buat keputusan & dah bertitah. So follow je la TS Muhyiddin sbg PM. Yang nak drama lagi tu apa hal? Yg mana sebelum ni pembangkang, jangan ulang perangai lama pulak. Insafilah apa yg berlaku.. Dah jadi kerajaan balik ni, buat elok2.. jgn dok buat perangai PH...

Bersatu ka, UMNO ka, PAS ka, apa ka, jangan dok gaduh pikiaq sangat. Buka buku baru, perform betul2. Negara perlukan anda. Maka berjuang la utk negara, bukan utk diri sendiri... Banyak kerja nak kena buat. Nak kena repair, kena bina balik negara yg hampir punah...

Kjaan sekarang ni kena bina balik impian rakyat utk mendiami sebuah negara bangsa yg lebih dinamik, progresif & berdaya maju. Tak payah dah cakap lebih, banyakkan kerja daripada bercakap. Semua rakyat dok tunggu & mengharap ni...

Kalau depa tu nak terus berdrama lagi, biarkan depa. Jangan dok layan sangat, layan sikit2 takpa. Bukan apa... kita kena concentrate sekarang ni. Bukan lama pun kabinet ni. 3 tahun je kot. So kena kerja keras bina balik foundation2 yg depa cuba rosakkan sebelum ni... 

So selamat bertugas aku ucapkan. Demi Allah, galaslah tugas ni dengan baik sedaya mampu. InsyaAllah, kami rakyat akan terus bersama membantu dari belakang walaupun bantuan kami ni kecik je sekecil hama yg melayang... 

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!