Sunday, March 8, 2020

INI PUNCA TUN M TOLAK JUMPA TS MUHYIDDIN..???


Baru2 ni PM hantar surat kat Tun M ajak berjumpa. Aku rasa, niat & tujuan surat tu adalah utk mencari jalan damai antara kedua pihak yg berada dlm satu parti. Hormatnya TS Muhyiddin pada Tun M, Presiden sanggup hantar surat pada Pengerusi...


Mungkin TS Muhyiddin cuba selesaikan kemelut dalam politik Bersatu yg dikritik huru-hara, terbelah dua. Ramai jugak ahli kat bawah keliru, nak ikut siapa? Presiden atau Pengerusi parti? Alahh... mcm kisah "elefen fight elefen" tu lahhh... ahli kat bawah jugak yg tersepit...

Bukan apa... lepas apa yg berlaku, aku tengok team Tun M sakan sungguh turun padang. Kalau masa jadi Kjaan jarang nampak muka, kali ni buat "jelajah", dgn alasan nak beri penerangan tentang apa yg berlaku.. 

Tapi "sambil menyelam minum ayaq", depa tarik sokongan utk team Tun M, especially kat Kedah. Dah tu team Presiden macamana? Takkan ahli nak tinggal Presiden kot? Tambah pulak sekarang ni time pemilihan Bersatu, kan? Lain la jika Presiden tu bukan berjawatan PM... 

Balik pada cerita PM nak jumpa Tun M, malangnya Tun M beri respon negatif. Tun M takmau jumpa. Alasannya, dia dah habaq dah pendirian dia tak mau geng dgn UMNO. So dia tak nampak jalan damai jika PM tak buang UMNO keluar dari geng Kjaan...

Aku rasa, mungkin ramai yg hairan, awat Tun M takmau geng dgn UMNO? Sedangkan, dia sanggup geng dgn DAP, PKR & PAN, kan? Agak2 pasai pa? Awat jijik sgt ka UMNO tu? Kikikii... Jgn kecik hati. Mungkin itu jawatan yg Tun M rasa sesuai utk dia bagi kat press, rakyat & PH...

Pada hemat aku, Tun M dah tentu dapat hidu tentang kemungkinan besar Bersatu akan terkubur tanpa nesan ika bekerjasama dgn UMNO...

Okay... agak2 berapa kerusi Parlimen & Dun yg UMNO bertanding pada setiap kali PRU? So sekarang ni UMNO tengah berbahagi dgn PAS utk elak pertembungan antara satu sama lain time PRU nanti.. 

Then cuba tengok pulak berapa kerusi yg Bersatu bertanding pada PRU14 hari tu. Itu 1st time depa bertanding. Itu pun jenoh bergaduh sakan dengan PKR, PAN & DAP. Majoriti kerusi yang ditandingi Bersatu tu semuanya kawasan Melayu, kan?

So jika Bersatu bekerjasama dgn UMNO & PAS, agak2 berapa kerusi majoriti Melayu yg Bersatu akan dapat? Takkan Langkawi, Kubang Pasu & Pagoh ja kot? Kat Kedah ni takkan Kuah, Ayer Hangat, Air Hitam & Jitra ja kot? Tu pun belum tentu menang lagi tu...

Dgn keadaan keahlian Bersatu yg sikit berbanding UMNO & PAS, dgn keadaan pengaruh Bersatu yg hanya berharap pada nama "TUN M", agaknya apa akan jadi pada Bersatu jika Tun M "pergi" nanti? Buat masa sekarang, aku tak rasa Tun M boleh confident pada pengaruh Mukhriz & Muhyiddin...

So dah tentu Tun M nak sediakan a solid strong platform base utk Mukhriz & Bersatu supaya boleh hidup bila dia "takdak" nanti. Dgn keahlian lebih 3 juta, struktur parti yg kukuh, kaya dgn pemimpin berpotensi & berpengalaman, aku rasa Tun M tak yakin Bersatu mampu "dominate" UMNO...

Pada aku, Bersatu hanya boleh jadi kuat & teguh berstruktur mcm UMNO hanya jika majoriti ahli & pemimpin yg "ditapis bersih di mata Tun M" sertai Bersatu. Jadi, secara automatik akan terbalik, Bersatu akan jadi seteguh UMNO sekarang, & UMNO pulak akan jadi sekecil Bersatu sekarang...

Paling penting, kedudukan Mukhriz dah berada di peringkat tertinggi parti. Sekarang Timbalan Presiden. Dgn faktor usia, kesihatan & populariti, dah tentu Mukhriz akan mudah naik ke jawatan Presiden Bersatu bila tiba masanya nanti...

Org UMNO yg join baru join Bersatu maka perlu la bermula dari bawah. Kecuali la jika "resume cantik bangat", termasuk rapat & dah jadi "inner circle Tun M" sebelum ni. So pandai2 la nak hidup dlm politik Bersatu pulak... kan? Heh!

Pada pandangan aku, mungkin itulah yg Tun M nak sekarang & sebab tu dia tak layan surat PM tu. Tun M nampaknya dah bagi kata dua, take it or leave it. Sebab apa? Sebab ini gerakan crucial bagi masa depan politik Mukhriz & PPBM...

So itulah real politician. Depa bukan kisah sgt pun ahli keliru ke, orang kutuk ke, apa ke. Tu dah biasa dah dlm asam garam hidup depa. Yg penting, gerakan depa solid mantap dan tak kira la camana pun, cara elok atau tak elok, depa nak jugak matlamat depa tercapai....

Aku ni takde la bijak sgt. Ada org kata "aku taktau apa" & "bodo". Tapi itulah hasil dari sedikit informal training dari banyak pihak termasuk komrad2 yg pernah duduk dlm warroom someone yg aku anggap "legend politician", warroom parti tertentu, fikrah certain politicians academicians, ilmu yg aku dapat dari universiti, dicampur sikit dgn pengalaman aku yg ciput ni... 

Org kata, kena bercampur dgn ramai "orang di balik tabir" sbb depa la yg perah otak, bertindak & jayakan suatu matlamat. Tu je cara org kampung mcm aku ni... heh!


2 comments:

akmy said...

Punca nyata sebenarnya adalah tindakan madeyy meletak jawatan PM ke7. Habis termansuh jawatan menteri kabinet nya. Akibatnya negara tidak mempunyai kerajaan. Janganlah rakyat hendak ditipu lagi dengan meletakkan kesalahan kepada pihak lain melainkan kesalahan madeyy semata2. Ianya bukan sepandai2 tupai melompat tapi sebab habis pandai, tinggallah yg ada adalah kebodohan.
Umno ditekan dan dipecah belahkan hingga menjadi kecil bukan sebab kalah sangat tapi akibat ular bisa, menyebabkan berlompatanlah katak2 umno.
Semasa hendak diperkudakan, sanggup madeyy mengadap anwar di mahkamah. Setelah itu dipecah2kan pula pkr dgn mengadu domba kumpulan assmin dgn anwar.
Tapi yg paling malang, madeyy tunduk sepenuhnya kepada dapig hingga disucikan gone end dari kesalahan rasuah terowong, banglow terlajak murah dan lain2. Sedangkan khir toyo yg kesnya sebijik macam banglow gone end, telah dipenjarakan.
Budak2 muda dalam armada telah ditekan dan diketepikan hanya kerana mereka bertanya mengenai terlampau kayanya anak2 madeyy. Sedangkan dulu, LKSial telah menulis beberapa buku mengenai penyelewengan medeyy hingga dulu anwar dan matsapu menggelarnya bapak penyamun.
Tapi kini, sanggup madeyy bermulut najis dgn menggelar pemimpin umno sebagai pencuri. Kalau benar pencuri, kenapa DSN meninggalkan beratus billion dalam petronas dan khazanah hingga membolehkan digunakan kerajaan pakatan bagi menampung kekurangan hasil.
Mungkin kini, madeyy, gone eng berasa takut terdedahnya tindakan menjarah harta petronas, khazanah dan lain2 serta pinjaman yg dibuat tapi tak jelas ke mana duit itu pergi.
Diharap PM8 cepat bertindak, bukannya macam nak sujud di kaki madeyy.

Anonymous said...

Jangan pedulikan lagi Dr Mahathir dan Kit Siang lagi - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid

Anwar marah marah kenapa Tun kutuk dia lagi...Pada Anwar Ibrahim pedulikan saja si celaka renta itu, dia lebin nak selamatkan politik Mukhriz dan selamatkan anakcucu si celaka tua renta itu...

Dr Mahathir yang terkenal dengan lidah bercabang, fitnah jijik, peras ugut, kroni mengayakan 4 orang anak bertaraf billionaire, pembelit dan kepala perompak dengan myka tak malu dia tak pedulikan plakad “Anwar PM ke-7” ni. Imej dari NST.

Bagi Tun Abdul Hamid, apa yang orang Malaysia kena buat sekarang adalah mulakan hari baru tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang. Kerana baginya, selama ni kita dah disibukkan dengan tingkah laku diorang ni sampaikan keadaan politik kita jadi tak tentu hala.

Mengambil contoh Dr Mahathir, baginya selama ni Dr Mahathir dah buat banyak masalah dalam negara, seperti:

Krisis Perlembagaan dengan Raja-Raja Melayu

Menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988

Menyebabkan UMNO diharamkan;
Berkelahi dengan Timbalannya sendiri Tun Musa Hitam

Memecat Anwar Ibrahim

Bergaduh dan cuba menjatuhkan Tun Abdullah Badawi

Masuk dan keluar UMNO berkali-kali.

Anwar pula baginya begitu ghairah nak jadi Perdana Menteri dengan mendesak Dr Mahathir beberapa kali menyerahkan jawatan kepadanya. Seorang pengamal pluralist, pejuang LGBT, penipu pembohong sesumpah boleh bertukar prinsip dan akidah bila bila masa.

Manakala, kehadiran DAP dalam kerajaan PH Anwar Ibrahim juga nampaknya seperti menyerahkan kuasa politik Melayu kepada parti berkenaan.

“Nampaknya selagi beliau (Dr Mahathir) ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah. Kita mulakan hari baharu tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang.” – Tun Abdul Hamid

Bila Kak Su Bersuara... Heh!