Wednesday, March 4, 2020

DIA UNTUNGKAN POLITIK MELAYU ISLAM, TAPI TETAP DI HINA?



Antara penyakit orang Melayu Islam kita ialah rasa diri kita lebih bagus daripada orang lain. Perasan bagus, riak, ujub & pandang rendah kat orang lain tanpa kita sedar. Kita kata kita tak riak, tak ujub.. tapi apa yg kita buat tu menunjukkan kita ni perasan bagus...

Kita selalu dengar kisah2 org jahat & buruk akhlak yg akhirnya dapat hidayah. Mereka tersedar dari kesesatan & kembali ke jalan yg benar. Ada banyak kisah penjenayah, perompak, pencuri, penzina, pemabuk & sebagainya, namun berubah kembali ke pangkal jalan...  

Contohnya, pernah dengar nama sahabat Rasulullah SAW yg bernama Abu Dzar Al-Ghifari RA? Rasulullah dalam satu hadisnya meluahkan rasa kasih & sayang baginda pada Abu Dzar. Baginda sgt sayang pada Abu Dzar sebagaimana sayangnya baginda pada dirinya sendiri...

Tapi siapa sangka bahawa Abu Dzar sebelum memeluk Islam dulu merupakan perompak & penyamun yg ditakuti pedagang2 Arab? Betul. Itulah Abu Dzar dulu sebelum beliau dapat hidayah memeluk Islam...

YB Norhizam misalnya. Siapa sangka seorang yg dilihat kasar, celupar mulut, kurang ajar & sombong sikapnya, tiba2 kembali ke pangkal jalan dgn membuat keputusan yg bermoral & menguntungkan politik Melayu Islam di Melaka?

Begitu teruk cara Norhizam berfikir ketika itu hingga sanggup sertai DAP. Kita pun tahu apa agenda sebenar politik DAP, bukan? Tapi Norhizam ketika itu sanggup bersama DAP....

Tapi akhirnya, Allah bukakan hatinya. Dengan hidayahnya, Norhizam kembali ke pangkal jalan membuat tindakan yg menguntungkan kepentingan politik Melayu Islam walaupun dia bakal berdepan dgn DAP kemudiannya...

Namun Norhizam tetap dipersenda oleh umat Melayu Islam, termasuk dari penyokong UMNO & PAS. Norhizam tetap dilabel sebagai "YB Beliau" & dipandang hina walaupun secara terbuka mengaku telah sedar dari kesilapannya sebelum ini...

Kita rasa kita lebih baik daripada YB Norhizam di sisi Allah? Kita rasa Allah pandang kita lebih mulia berbanding Norhizam? Kita confirm masuk syurga, Norhizam confirm masuk neraka? Siapa kita untuk tentukan siapa lebih baik & bagus?

Buktikan Allah akan masukkan kita terlebih dahulu ke dalam syurga berbanding Norhizam, maka barulah kita boleh kata kita lebih baik berbanding dirinya. Ada sesiapa berani buktikan?

Kita tidak pernah ada kisah silam? Kita tak pernah ada kisam hitam? Kita tak pernah buat dosa? Kita rasa syurga milik kita? Kita rasa kita lebih baik berbanding orang lain? Kita perasan bagus berbanding hamba Allah yg lain?

Sudah2lah. Bukankah Allah nilai kita dari sudut taqwa kepadaNya? Kita rasa diri kita lebih bertaqwa berbanding orang lain pulak? Riak sgt tu... ujub sangat kita pada Allah SWT. Konon kita sajalah yg baik, orang lain yg kita nampak keji semuanya kita anggap mereka lebih hina?

Tulisan ini bukan utk orang lain, ianya teguran & peringatan untuk diri aku juga. 

Jika itulah sikap kita, maka kita wajar muhasabah diri kita kembali. Fikir sedalam2nya. InsyaAllah, semoga Allah beri petunjuk & hidayahNya pula kepada kita selepas ini... Wallahu'alam.


1 comment:

Unknown said...

Bukan jalan hidup yang indah dipermulaan jadi hitungan tapi jalan terakhir yang menempatkan kita ke syurga atau neraka🤔🤔

Bila Kak Su Bersuara... Heh!