Monday, March 2, 2020

DIA NAJIB RAZAK...


Dia tidak seperti pemimpin lain. Dia tidak lari ke luar negara seperti Thaksin atau Marcos yg mencari suaka walau berdepan pelbagai tuduhan bermotif "pembunuhan karektor & karier". Dia selamba serahkan segala passport & dokumen perjalanan apabila diminta...

Dia tidak lari masuk ke premis kedutaan asing, apatah lagi Kedutaan Turki sebagaimana pesaingnya. Beliau tidak gentar berdepan tuduhan musuh2 politiknya yg jelas beremosi melepas dendam sejurus beliau hilang jawatan Perdana Menteri...


Tidak pula dia merengek2 minta dibantu oleh mana2 pemimpin yg pernah mencium tangan, mengipas bodek, memuja-muji atau menjulang tubuhnya tinggi. Entah siapa pula yg "bijak sangat" merancang bodek, belikan plakad serta merchandise bertulis "I love PM" dulu...

Aku tak dengar pula dia hasut penyokong2nya berdemo setiap kali naik turun mahkamah. Dia cool je menghadapi tekanan walaupun Pengerusi SPRM suruh tahan soal siasat doktor yg keluarkan MC isterinya yg kurang sihat utk ke mahkamah...

Apa yg aku tahu, sejak dia tak jadi PM, dia jadi Facebooker sepenuh masa. Tiap2 hari main Facebook. Tapi dia bukan calang2 Facebooker, jumlah like yg diterimanya lebih tinggi berbanding ketika dia jadi PM. 

Lebih menarik, org yg dulunya mengecam, kini semakin celik utk like coretannya di Facebook. Malah ada yg komen menyokongnya terang-terangan pulak tu. Alhamdulillah, ramai yg makin sedar bahawa mereka termakan hasutan jahat pihak tertentu sebelum ini...

Paling best ialah bila dia throll pemimpin PH. Antara bahan throllnya ialah Lid Samad, Mujahid, Jelutong, "bakal PM5/6/7/8/9", dan ramai lagi. Dia hidangkan fakta2 kukuh, dia berikan hujah2 mantap. Tidak terjawab pihak-pihak berkenaan melainkan hanya mampu mencaci makinya saja...

Sebelum TS Muhyiddin angkat sumpah jadi PM, dia selamba menegaskan mahu kes2 mahkamah yg dihadapinya dapat diteruskan tanpa campur tangan politik. Sebagaimana amalan tiada campur tangan politik dlm institusi kehakiman ketika dia jadi PM dulu, dia tetap pegang teguh pada prinsip tersebut...

Ada jugak kawan aku yg tanya, dia hadapi mcm2 tuduhan & tekanan di mahkamah, kenapa hang tak defend dia? Hahahaha... apa punya soalan ni? Takkan nak suruh aku ambil alih jawatan peguambela dia kot? Hahahaaa... Bro.. kes tu kes mahkamah bro... biarlah barisan peguambela yg uruskan...

Sapa cakap aku tak pernah defend dia? Aku defend dia dgn cara aku la. Sehalus mungkin, mengikut adab & etika semampu aku. Contohnya, aku bagi kes2 macam ni... aku bukan jenis bodek orang. Aku lebih suka dorong org utk berfikir lebih baik... Heh!

Pada aku, biar mahkamah yg tentukan sama ada dia bersalah atau tidak. Aku bukan court judge yg menghakimi kes dia. Aku org luar. Apa hak aku utk buat premature judgement? Menjaga etika penulisan tentang kes yg sedang dibicara di mahkamah, aku perlu patuh pada undang2 yg melarang berbuat demikian... itu etika penulisan.

Nak komen jugak? Tunggu la lepas hakim buat keputusan. Jika dirayu, maka tunggulah selepas keputusan kes rayuan tu diputuskan. Jika di bawa ke mahkamah level tertinggi negara, maka tunggulah selesai kes dulu.. itu pun komen adalah terhad & tak boleh hina keputusan mahkamah...

Itu nasihat & saranan yg aku terima dari ramai pihak termasuk individu yg rapat dengan dia (alaaa korang pun kenal). Dia tak suruh, terpulang pada aku nak ikut atau tidak. So aku terima & ikut nasihat tu. So chill la bro... heh!

Tapi terus terang, memang aku respect cara dia handle situation. Gentlemen abis! Aku berpegang kpd "innocent until proven guilty". So far, he is still innocent la kan? Dia bukan mcm bekas TPM yg founded guilty on several cases before tuuuuhhh....

Ada org nak dia kembali jadi PM? Hahahaahaaa.. bro.. ingat semudah tu ke jadi PM? Ingat nak jadi PM tu mcm pi beli mee goreng tonggek kat pasar malam tu? Heh! Agak2 la bro. Realistik sikit. At least, biar la selesai semua case dulu... heh!

Tahu apa yg aku teringin? Aku nak borak dgn dia in person, exclusive face to face. Tak mau ramai2, paling ramai pun 4-5 orang je. Tapi ye la kan... mustahil sgt la dapat peluang begitu. Hahahaa.. just teringin je... Hahahaaa...

Aku ni kalau adore orang, memang tak suka tunjuk depan org tu. Aku lebih suka tengok dia dari jauh je dulu. Aku perati je. Biar la org lain kerumun dia, cium tangan dia, bodek dia, ampu dia, aku dok jauh pun takpe... Ada la sekali dua dapat peluang salam dgn dia. Tu pun sbb aku dok kat line tepi tempat dia lalu... Hahahahaa...

Betul. Dia pernah berjasa kat aku & aku akan kenang, takkan lupa seumur hidup. Kalau Allah tanya nanti pun, aku akan beritahu dia pernah bantu aku dulu kat dunia. Pahala dia, maka itu hak dia...

So that's it. Takleh nak cerita lebih2 kat sini. "Bahaya" org cakap. Nanti2 la kita ngeteh, aku cerita lebih sikit... kikikiiiii... Heh!





6 comments:

Unknown said...

Sebaik baik manusia yg hidup dimuka bumi Allah ni ialah manusia yang hidupnya selalu memberi manfaat dan kebaikkan kepada manusia lain

Fahmie Haz said...

Salam bro,
Bagi saya DSNR insan mulia dan sangat teguh prinsipnya. Inilah didikan dari Almarhum Ayahndanya Tun Abdul Razak dan Ibunya Tun Rahah.
Semoga Allah SWT memberkati jasa DSNR. Dia tak naik jadi PM pun rakyat tetap sayangi dia.
Allah Maha Berkuasa.

Anonymous said...

Bukan tak nak lari! Tiada chance mau lari!

Unknown said...

Yes... Saya sangat setuju bro, DSN aku selut tabah dan tidak goyang, ni baru orang tabah, kiranya d angkat jadi PM lg pengaruh nya masi kuat,aku masi tabik kat dia ni.zaman dia jadi PM,plan pembangunan, prihatin kepada rakyat dan banyak plan jangka panjang yang mensejatrakan rakyat, bantuan tidak boleh d hitung, tu la pasal jasa bossku tetap d kenang rakyat. Moga Allah ta'ala balas kebaikannya.

Klcc70 said...

Amin3.....

Ajdar said...

Anonymous- fikir pakai otak. Dia tau dia tak bersalah, tak takut apa

Bila Kak Su Bersuara... Heh!