Monday, March 16, 2020

DEMI MUKHRIZ, AHLI BERSATU PERLU MENANGKAN TEAM TUN M


Sedang negara bertungkus lumus membendung Covid-19, namun sesetengah pihak dlm Bersatu tetap terus berpolitik bagi memenuhi matlamat politik mereka...

Beberapa penganalisis politik terus berspekulasi tentang pemilihan Bersatu, tapi semalam Tun M berjaya kekal sbg Pengerusi & Mukhriz mencabar kedudukan TSMY bagi jawatan Presiden. Suatu yg aku dah bagi "hint" sebelum ini... 

So berentaplah Mukhriz & TSMY dlm pemilihan Bersatu kali ni.... Ahli Bersatu nak pilih sapa? Meh aku nak cerita sikit... 

Sebelum ni aku dah cakap dah, memang sifat semulajadi Tun M tak mahu kalah. Dia nak menang semua. Dlm postingnya di fb semalam, Tun M tulis, "Sertailah perjuangan kami untuk mengembalikan parti kita ke jalan yang benar,".

Nampaknya belum apa2 lagi Tun M dah isytihar "perjuangannya" adalah "jalan yg benar". Maksudnya, siapa yg tak sokong perjuangannya, maka akan bawa Bersatu ke "jalan yg salah". 

So mudah bicara, ahli2 Bersatu kena pilih "jalan yg benar" dgn memilih Team Tun M dan menyingkirkan Team TSMY kerana membawa parti ke "jalan yg salah"...

Korang kena faham, bagi Tun M, hanya perjuangan dia saja yg benar, dan mereka yg sama perjuangannya maka mereka adalah "salah". Jadi korang tiada pilihan melainkan kena ikut Tun M. Faham? Jangan dok gatai melawan Tun M.. cari nahas!

Aku masih ingat lagi masa Tun M kalah pemilihan G7 di Kubang Pasu dulu. Terus dia keluarkan cerita "sampul warna coklat". Dia bukan kira apa kesan tindakannya, asalkan dia puas hati dapat burukkan pihak yg kalahkan dia. Mungkin dia puas dgn cara begitu...

Korang jgn harap la Tun M akan cerita "his bad things". Dia hanya akan describe kesilapan dia dgn ungkapan "regrets.. I have a few". Tapi jgn harap dia akan jelaskan apa benda yg dia regrets tu melainkan ia memberi keuntungan padanya...

Cthnya, Tun M pernah minta maaf & mengaku silap pilih Pak Lah sbg PM. Kenapa dia sanggup mengaku? Sbb dia tengah lawan Pak Lah time tu. Utk langkah pre-emptive, dia mengaku awal2 utk justifikasi serangan2 yg dia lancarkan kat Pak Lah time tu...

So org akan nampak Tun M is always right, manakala org yg dia serang tu semuanya salah. Dan korang kena ingat bahawa Tun M ni memang hebat kalau bergaduh. Kalau bergaduh, Tun M mesti menang...!

Jadi aku sarankan supaya jgn lawan dgn Tun M. Bagi je Mukhriz jadi Presiden Bersatu. Jawatan Timbalan Bersatu pulak bagi je kat Marzuki. Begitu jugak bagi jawatan Naib2 Presiden & sebagainya, bagi je Team Tun M menang semua.... 

So bagi semua pemimpin Bersatu, kalau nak selamat, korang kena masuk Team Tun M. Jangan dok dgn Team TSMY yg berisiko tinggi utk kalah. Kalau nak menang bertanding & karier politik dlm Bersatu tu bertahan lama, maka join Team Tun M...

Aku ulang sekali lagi, JANGAN LAWAN TUN M. Ikut segala kehendak Tun M kerana dlm Bersatu tu hanya perjuangan dia saja yg benar, perjuangan org lain adalah salah....

Tu je aku nak sampaikan kali ni... Heh!

2 comments:

tokwancha said...

"Kalau nak menang bertanding & karier politik dlm Bersatu tu bertahan lama, maka join Team Tun M..."
Mokalu hangpa dok dlm bersatu gerenti karier tak betahan lama pasai bersatu nipun tak tahan lama. Legu tu la yg aku dok rasa

Pencatat sejarah said...

Dan korang kena ingat bahawa Tun M ni memang hebat kalau bergaduh. Kalau bergaduh, Tun M mesti menang...!Tun M ni agak2 kalau lawan dengan malaikat izrail...menang ke kalah????

Bila Kak Su Bersuara... Heh!