Thursday, March 5, 2020

DAH ADA PN, APA CERITA MN?


Ada yg mintak aku ulas pasal rumors siapa bakal2 menteri kabinet negara. Eh! Hak untuk lantik kabinet ni adalah hak mutlak PM. So terpulang la TS Muhyiddin nak lantik siapa yg beliau suka. Apahal pulak aku nak ulas rumors tu..?


Kalau PM nak lantik Azmin jadi TPM pun, kita siapa nak pertikai? Kalau PM nak lantik Bung Mokhtar jadi menteri kewangan pun, apa hak sapa nak persoal? 

Kalau PM nak lantik Tok Pa jadi menteri MITI pun ikut suka dia la. Kalau PM lantik TG Hadi Awang jadi Menteri JPM pun, itu PM punya suka la... dah memang itu hak PM...

PM belum lantik, dah banyak dah propaganda nak bagi PM pening. Dah banyak pulak rumors keluar cakap itu tak kena, ini tak kena, saja nak bagi parti2 politik dalam MN ni gaduh ke?

Yg org politik ni pun satu. Belum apa2 lagi dah melompat. Dato2' jugak yg sokong TS Muhyiddin jadi PM kan? So biar la PM yg tentukan. Terpilih atau tidak, redha je la Dato'. Alaaa.. 3 tahun je Dato'. Itu pun kalau PH tak buat kacau ganggu pentadbiran negara... 

So bertenang... take a deep breath... ingat sama kat Allah... zikir lebih sikit.. heh!

Pada aku, lebih baik UMNO & PAS ni fokus kat Muafakat Nasional. Fokus betul2. Dah sign macam2 dah sebelum ni, kan? Dah meeting banyak kali dah sebelum ni, kan? So fokus la betul2... takkan hangat2 taik ayam je kot?

Pembahagian kerusi Parlimen antara PAS & UMNO "dah selesai"? Kerusi Dun kat negeri2 semua dah selesai dgn "aman damai"? Ke belum bincang apa2 lagi?

Jika yg di atas dah bincang, yg di bawah tu semua terima dgn hati terbuka berjiwa besar ke? "InsyaAllah depa terima...", itu jawapan politik Dato'... realitinya? Dah turun pi dengar dah apa pandangan di bawah? Atau sekarang ni masih lagi dok terima laporan "sedap dengar" lagi?

Yg DiPertua2 Kawasan & Ketua2 Bahagian semua dah settle? Macamana pulak reaksi org2 kanan depa? Pengikut2 & penyokong2 depa macamana? Semua terima dgn hati terbuka? 

Akar umbi pulak macamana? Org PAS semua sanggup undi calon BN? Org BN pulak sanggup undi calon PAS? Heh! Ni bukan benda kecik ni.. Nampak remeh, tapi besar impaknya bila tiba pilihanraya nanti...

Ya... Pilihanraya lambat lagi. Katanya maksimum 3 tahun lagi. So? 6 bulan lagi nak PRU baru nak settle? Kalau 6 bulan lagi baru nak settle semua ni, maka ikut suka la aihhh... heh!

Pada hemat saya yg jahil ni Dato'2 sekalian, selesai awai sikit takpa, nanti tak kalut dah.. Kalau settle awai, akar umbi kat bawah ni baru la jelas & bersedia. Dari situ pulak, baru la timbul keyakinan yg UMNO & PAS ni betul2 "MUAFAKAT", bukan retorik politik nak bagi sedap hati orang semata2...

Sama ada Dato'2 terpilih jadi kabinet atau tidak, itu soal lain. Kalau terpilih, perform betul2. Jangan jadi macam Teresa Kok suruh telan minyak sawit tiap2 hari pulak. Takkan nak jadi macam Mujahid atau Mat Sabu kot? Takkan nak jadi macam Kula?

Kalau Dato'2 tak terpilih, hatta Dato' berjawatan Presiden atau dari parti paling banyak kerusi sekali pun, jgn la kecik hati. Berjiwa besar la sbb Dato'2 jugak yg sokong TS Muhyiddin jadi PM, kan? Nak kecik hati pun tak wajar Dato'...

Takkan Dato'2 nak kerja glemer bergaji besar jadi menteri & timbalan menteri je? Itu Mujahid & Mat Sabu boleh la... Menteri PH memang pakar bab2 macam tu... 

Dah tu siapa pulak nak buat kerja susah pastikan gabungan MN ni teguh, ikhlas & benar2 terbina atas dasar Islam serta keinsafan akibat apa yg berlaku sebelum ni?

Atau UMNO & PAS ni dah malas nak fikir soal Muafakat Nasional lepas jadi Kerajaan Perikatan Nasional? So MN ni just another rethorical episode?

Saya bukan apa Dato'.. tengok lain macam je lately ni.. No heart feeling ye Dato'.. heh!

2 comments:

Rnz said...

Umno Pas terus fokus utk MN. bersatu boleh join MN tp bukan MN kena ikut rentak bersatu. Utk PRN yg akan datang bersatu mgkn akan jadik the heart of the problem. Puak2 bersatu ni bukannya suka kat MN (Umno-BN-Pas) pun. Sudah ada pihak yg cakap2 BN/PAS mesti reject jawatan kabinet sebagai tanda ikhlas nak pulihkan negara. So semua jawatan menteri kabinet semua bersatu sapu bersih la?

Anonymous said...

TUN MAHATHIR JUGA AKAN DIPANGGIL MENJADI SAKSI DI MAHKAMAH DALAM KES 1MDB. LATHEEFA KOYA KANTOI DI MAHKAMAH.

MARCH 05, 2020 LABELS: KHAWARIJ, PKR, POLITIK

Part 1

TS Shafee tanya, bolehkah Latheefa Koya sahkan kesembilan sembilan rakaman ini adalah legal atau tidak.

Contohnya, adakah rakaman ini dari pihak dan agensi penguatkuasa seperti polis, SKMM atau tentera.

Latheefa kata dia tak boleh sahkan dan dedahkan perkara itu kerana ia masih dalam siasatan SPRM.

TS Shafee tanya lagi, kalau dia tak boleh dedahkan dalam mahkamah kerana ia masih dalam siasatan, kenapa dia dedahkan rakaman itu kepada public (awam) kalau dia sendiri tak boleh sahkan rakaman ini legal atau tidak?

Terpinga pinga Latheefa dan berpusing pusing dia nak jawab.

TS Shafee kata, “kita dah macam radio buruk” asyik berpusing dalam keadaan yang sama.

(Fuh... Hangit...Tepokkk pop corn tambah lagi)

Part 2

Ditanya adakah Latheefa Koya bersetuju dan tahu bahawa setiap bukti rakaman (suara atau video) perlu ada tiga kriteria sebelum didedahkan iaitu ;

1) history,

2) provenance, dan

3) originality

Latheefa bersetuju.

TS Shafee seterusnya bertanya, adakah rakaman itu sudah memenuhi ketiga tiga kriteria tersebut sebelum ia didedahkan kepada awam.

Latheefa kata tidak tetapi dia kata ia perlu didedahkan supaya rakyat tahu adanya penyelewengan, campurtangan entah apa apa lagi dia jawab untuk justify tindakan dia.

Mana integriti Tipah bila dia dedahkan sesuatu perkara yang tak pasti kononnya perkara itu melibatkan keselamatan negara?

(Giloss.. Muka Latifah mula mencuka macam muka berudu...)

Part 3

TS Shafee bertanya apakah niat Latheefa melakukan pendedahan rakaman itu kepada awam dengan merujuknya sebagai “blunder”.

Blunder maksudnya tindakan bodoh.

Latheefa kelihatan bengang dan bertanya,

“Apa yang blunder? Saya tak rasa itu adalah blunder.”

TS Shafee jawab,

“Tindakan kamu itulah blunder. Tapi takpa, itu apa yang saya rasa.”

(Kikikikikiki..! Macam muka tikus belanda terkena Corona Virus dah muka Tipah..kikikikiki..!!)

Bila ditanya oleh wartawan samada Tun Mahathir juga akan dipanggil sebagai saksi dalam kes 1MDB , Peguam bela Datuk Seri Najib Tun Razak Datok Seri Shafie Abdullah berkata "BRING IT ON, BRING IT ON" sebanyak 185 kali..!!

sekian dari mahkamah 1MDB melapurkan

Bila Kak Su Bersuara... Heh!