Friday, March 20, 2020

COVID-19: APA AGAKNYA TUN M TENGAH BUAT SEKARANG EK?


Sebagai "pendokong paling taksub" Tun M, aku mohon semua pihak doakan semoga Tun M terhindar & sihat sentiasa dari ancaman Covid-19. Beliau kini diyakini dlm keadaan sihat sejak sukarela "self-quarantine" dirinya di rumah...

Kalau ada yg kutuk2 or cakap "padan muka" kat Tun M, siap korang dalam bas, aku lesing nanti! Korang niii... tak baik tau. Ye ke? Takde orang kutuk ke? Okay2... bagus... Tapi kalau aku dapat tahu korang kutuk Tun M, aku report kat Mukhriz... biar Mukhriz hentam korang kat fesbuk..! 

Kandang lembu? Cissss... jaga sikit mulut korang. Nak kena "cabai" ke? Cisss..! Cisss..!! Cisss!!!

Rumah mana satu? Tak tahu la rumah mana satu! Korang apa sibuk rumah yg mana satu? Aslkan bukan kandang lembu, biar la Tun M nak quarantine kat rumah mana dia suka, asalkan dia sihat wal 'afiat & dipanjangkan umur utk jadi PM kali ke-3 dalam sejarah dunia....

Sebenarnya, sekarang ni aku susah hati mengenangkan Tun M. Bukan apa... Tun M cakap kat TV3, “Walaupun dikuarantin, alhamdulillah kerana tidak begitu berat bagi saya,”...

Aku bayangkan keadaan Tun M sekarang ni. Umur Tun M dah mencecah 95 dah... lagi 5 tahun genap 100 tahun, bro! Aku terbayang camana warga emas berusia seperti Tun M diuji dgn "self-quarantine" & risiko dijangkiti Covid-19... kesian bro.. kesian...

Agaknya Tun M makan apa sekarang ek? Bubur nasi ke? Kopi O suam? Tun M still pakai selipar Bata tu lagi tak? Tun M makan vitamin kaler oren yang rendam dalam air suam tu lagi tak? Kenyang ke Tun M makan?

Selesa ke keadaan Tun M sekarang ek? Diorg pasang aircond tak kat rumah Tun M. Ke kipas siling mcm rumah aku je? Tidur Tun M macamana? Cukup? Aku harap diorang tak biar Tun M tidur atas tilam keras. Biar aku je yg tidur atas tilam keras nipis, asalkan Tun M lena terhenam di atas tilam empuk berlapik cadar sutera lembut....

Aku harap Tun M sihat2 belaka hingga tamat tempoh kuarantin. Lepas ni banyak lagi kerja nak kena buat. Mungkin lepas ni nak kena panjat lori kat demo Bersih mcm dulu. Mana lagi nak kena hadir Konvensyen DAP, PKR & PAN... banyak kerja nak kena buat bro... kesian kat Tun M...

So jom kita sama2 doakan Tun M. Kita nak Tun M jadi PM kali ke-3, kan? So kita kena pastikan Tun M terus sihat, bertenaga, tangkas, pantas, cerdas & "cantas" seperti dulu... kita rindu zaman PM ke-4, PM ke-7 & PM ke-7i... idup Tun M..! ,,idup Mukhriz ugakkk..!!! Heh!


10 comments:

Anonymous said...

Poooodahhhh!!!....Weeekkk!!!

Anonymous said...

ORG TUA NIE LEBIH BAIK DISENYAPKAN DARI MEDIA SEBAB SDH TIDAK BOLEH PAKAI LAGI HANYA SIMPAN DI MUZIUM SAJA.

Unknown said...

Elok booking dah dah satu sudut d' muzium negara tempat dua mumia sejrah dua tun tertua Malaysia paling tua..,

Unknown said...

Syukurlah apa yg ada

Unknown said...

Biarlah TM rehat terus dari politik Malaysia

Unknown said...

Hidup tun

Anonymous said...

Matdey....From Hero to Zero!!!

Unknown said...

Biar p kat dia...
Pa yg elok kita dengar n pa yg x elok humban ke laut🤣🤣🤣

Unknown said...

Biar p kat dia...
Pa yg elok kita dengar n pa yg x elok humban ke laut������

Unknown said...

Kesian T M..smoga T M...sehat dan cerdas sprti hari² yg insyaallah...amiinn³������...yg menghina dan mencaci T M smoga mdpt hidayah ..kerana T M adalah wira kita dihri²yg...lpas ok .��

Bila Kak Su Bersuara... Heh!