Monday, March 16, 2020

TULISAN JAWI, PPSMI & PSP: APA AGAKNYA MENTERI PENDIDIKAN NAK BUAT?


Menteri Pendidikan yg baru dilantik Kjaan PN, Dr Radzi Jidin dalam kenyataan awalnya sejurus memulakan tugas memaklumkan dia memberikan fokus kepada pelbagai isu melibatkan kementeriannya termasuk isu PPSMI, sarapan pagi murid dan tulisan jawi... 

Saya tak tahu kenapa beliau mengungkap 3 isu ini. Tapi saya fikir, mungkin wartawan yg bertanyakan soal 3 isu tersebut. Mungkin kerana isu2 ini timbul di zaman Dr Maszlee, rakan separtinya sebelum dinasihatkan letak jawatan...


Atas dasar mahu membantu, saya fikir ketiga3 isu berkenaan bukanlah isu yang terlalu sukar untuk didalami & difahami seorang academician sepertinya. Ia adalah kerana ketiga2 isu berkenaan melibatkan dasar yg sudah dikaji, dilaksana, diperdebat sebelum ini. Kjaan juga telah mendapat feed back dari ketiga2 isu tersebut.

Maksudnya, dasar2 atau isu pendidikan telah menjalani sekurang2nya satu kitaran dasar. So tak susah utk Dr. Radzi membuat keputusan utk dipersetujui dlm mesyuarat kabinet nanti...

Isu Tulisan Jawi (Khat)

Pertamanya, tentang tulisan "jawi", izinkan saya betulkan isu sebenar. Isu sebenar ialah seni tulisan khat, bukan tulisan jawi. Ia adalah dua subjek yg berbeza.


Tulisan jawi pula adalah penulisan bahasa Melayu dgn menggunakan huruf Hija'i. Sebenarnya, tulisan jawi ni dah dilaksana dasarnya sejak di zaman 70'an lagi di sekolah2 kebangsaan. Manakala tulisan jawi sebagaimana yg disahkan sendiri oleh Dr Maszlee, telah mula diajar di SJK melalui subjek BM sejak tahun 2015 lagi. So no issue pun actually...

Sementara itu, isu tulisan khat adalah lebih kpd seni tulisan kaligrafi.  Jika tulisan rumi ada jenis Times New Roman, Old English & sebagainya, tulisan Hija'i juga ada kaligrafinya seperti khat Riq'ah, Thuluth, Diwani, Kuufi dan banyak lagi...

Saya tak fikir KPM ajar semua jenis seni khat berkenaan melainkan jenis Nasakh yg biasa digunakan di negara kita. Paling tidak pun, mungkin khat Thuluth. Agak mustahil akan diajar Kuufi, Diwani atau Jalli Diwani kerana seni khat jenis ini lebih sukar & memerlukan tumpuan lebih...


Term "tiada paksaan" itu adalah jelas. Mana2 SJK yg tak mahu laksana aktiviti ni, maka tak perlu buat. Lagi pun kita pun faham, mungkin SJK ni takde guru yg berkemahiran menulis khat dgn baik & tepat. Seni ini memerlukan kemahiran & bakat, org Melayu sendiri pun ramai yg tidak mahir...

Prof Dr S Vijayaletchumy yg merupakan salah seorang penggubal dasar pun dah beri penjelasan & justifikasi mengenai isu ni. Sambung titik pada tulisan jawi & tiru balik utk jadi seni khat je kot.. takkan la benda sekecil tu pun nak dijadikan isu besar?

Tak payah la nak layan DJZ tu sgt. Takkanlah tak tahu sejarah, latar belakang DJZ, isu & sentimen apa yg diorg selalu cetus sebelum ni? Tun M sendiri pun dah kata DJZ ni rasis sebab bantah isu ni. Apa perlunya KPM nak layan kumpulan rasis yg minoriti ni?

Dasar ni tak perlu jadi isu pun sebenarnya. Menteri KPM boleh rujuk rakan academician yg mengajar politik & pentadbiran kjaan tentang pembentukan dasar awam. Bagaimana melayani kehendak umum tentang suatu dasar, majoriti vs minoriti, dan hal2 berkaitan.. simple je benda ni...

Lagi pun, Tun M sebelum ni pun dah umum bahawa dasar ni tetap diteruskan. So laksana je la. Dilihat dari sudut ilmu & pendidikan, bukan ada apa2 kesan negatif berbentuk perkauman atau keagamaan pun. Dah diamanahkan kuasa, buat je terus... 

Isu PPSMI

Utk isu PPSMI, saya fikir lebih baik bagi Menteri Pendidikan utk perkasakan program DLP yg lebih relevan berbanding PPSMI. DLP ni lebih kurang PPSMI, tapi kurang beri kesan negatif kpd student Melayu khususnya di sekolah2 luar bandar...


Menteri Pendidikan boleh rujuk pelbagai research yg dijalankan tentang PPSMI sebelum ni & boleh teliti "dapatan" semua research tu. Cuba tengok kesan negatif yg terlalu signifikan pada PPSMI. 

Kemudian rujuk pula pada program DLP yg dilaksana dgn lebih fokus kpd sekolah2 sedia ada & kesan2nya yg jauh lebih "selamat", positif & tidak memudaratkan students. Banyak sgt kesan buruk PPSMI jika dilaksana sekarang, kita belum bersedia pun...

Tidak dinafikan kepentingan bahasa Inggeris dlm dunia pendidikan. Tapi perlulah berperingkat, strategik & kurang beri kesan negatif pada masa depan students. PPSMI & DLP ni sama matlamat, cuma CARA PELAKSANAANNYA adalah berbeza... 

So pada saya, lebih bijak jika Menteri Pendidikan terus memperkasa DLP. Mungkin boleh diperluas atau ditambah bilangan penyertaan program ni sekolah2 yg dilihat berpotensi. Offerlah insentif sikit pada sekolah yg mahu sertai program ni. InsyaAllah banyak murid & sekolah yg berminat nanti... 

Mungkin Menteri KPM boleh beri latihan intensif kpd guru2 di sekolah2 berpotensi dgn menawarkan special insentif sbg pembakar semangat. Insentif tu tak semestinya berbentuk kewangan, mungkin dlm bentuk penghargaan lain. 

Menteri juga boleh cadangkan kpd sekolah2 berpotensi tu utk buat DLP di kelas2 tertentu bermula sejak form 4 or kohort yg lebih rendah. So guru & students akan terbiasa & mudah adapt dari masa ke masa. Lepas berjaya, barulah dikembangkan lagi jika wujud potensi baharu...

Lagi satu, mungkin KPM boleh beri kesedaran lebih sikit tentang pentingnya menguasai English & justifikasi program DLP sbg mekanisme membantu students ke arah menguasai ilmu sains & math. Buat secara berhikmah & konsisten. Sikit2, lama2 bertambah la minat diorng, insyaAllah... 

Isu Program Sarapan Percuma (PSP)

Bagi isu sarapan pagi percuma tu pulak, saya fikir mungkin dasar ni la yg menyebabkan Dr Maszlee dinasihatkan letak jawatan oleh Tun M sebelum ni. Sebenarnya ia bukan isu sarapan percuma pun, tapi lebih kpd "isu tindakan Dr Maszlee" tu sendiri...


Dari sudut matlamat dasar, memanglah dasar sarapan percuma ni baik sangat, murni & disokong 100% semua pihak. Saya sendiri pun sokong. Sarapan memang penting utk semua murid, tak kira kaya miskin, kaum atau agama. Memang penting pun... agree.

Cumanya, Dr. Maszlee umum SEMUA pelajar dapat sarapan percuma. Kita ada lebih kurang 2.7 juta murid di seluruh negara & kos utk laksana PSP ni dianggarkan berjumlah antara RM800 juta hingga RM1.67 bilion setahun!

Khabarnya, Dr Maszlee pakai umum je dasar ni kat media sebelum dia table kat cabinet meeting utk dapatkan kata putus persetujuan kabinet, betul ke? Ada logiknya khabar angin yg saya dapat dari budak Bersatu ni sebab kos PSP ni sangat tinggi & dijangka bebankan Kjaan...


So Dr Maszlee punya pasal, Tun M terpaksa cover up his big mistake. Insiden ni pada saya betul2 memalukan Tun M & KPM. Dah la asyik kena throll kasut hitam, tol simpang renggam bagai, tambah pulak isu PSP ni.. hadoiii..! 

Pada hemat saya, Dr Maszlee perlu tahu bagaimana sesuatu dasar awam itu dibentuk, sama ada secara teori mahupun praktikal. Utk teori, dia boleh tanya rakan2 akademik, untuk praktikal pulak, dia boleh tanya KSU, TKSU & PTD2 di KPM... They are very informative & helpful actually..

Dr Maszlee patutnya buat kajian dulu. Kajian ni kena menyeluruh & ambil tempoh panjang, bukan kajian ringkas & cincai2 je. Kena tengok faktor kos, kedudukan kewangan negara, mekanisme pelaksanaan yg praktikal & banyak lagi.

Paling penting, Dr Maszlee kena tablekan dasar ni dalam meeting kabinet & dapatkan kelulusan PM, MoF & kabinet dulu. Bukan boleh pakai umum sesuka hati je. Kang LGE cakap taknak bagi duit, kang biru pulak muka Dr Maszlee tahan geram & malu...

Pada saya, Dr. Maszlee bukan tidak bagus. Saya akui beberapa dasar yg dia perkenal adalah baik. Antaranya 9 intervensi yg mampu kurangkan beban guru. Teruskanlah dasar2 lama sama ada dari Dr Maszlee mahupun Cikgu Det, lebih bagus jika Dr Radzi usahakan penambahbaikan bagi dasar2 sedia ada yg baik tu...

Cadangan saya pada Menteri Pendidikan sekarang, beliau boleh perluasakan lagi pelaksanaan RMT yg ditambahbaik di sekolah2 seluruh negara. RMT tu bukan tak bagus, tapi adalah sikit hangky panky & masalah2 kecil dlm pelaksanaannya...

So mungkin Menteri KPM boleh tambahbaik dasar sedia ada. When you see everything goes smooth & better, then jika suka, barulah umum dasar penambahbaikan ni dgn nama baharu. Kalau nak kekalkan nama RMT pun okay, takde salahnya asalkan matlamat dasar tercapai dgn baik...

Sebenarnya, saya tidak melihat isu tulisan jawi, PPSMI & PSP sbg dasar yg terlalu sukar utk dihadapi Dr. Radzi. Namun terdapat dasar2 yg jauh lebih kritikal & memerlukan perhatian utk ditangani beliau sebagai Menteri Pendidikan...

Tapi nanti2lah.. kita berikan ruang & masa kpd Dr Radzi utk meneliti & memahami isu2 dasar sebagaimana yg beliau inginkan. Saya sendiri terlibat secara tidak langsung berkenaan dasar2 ni dulu. Walau tidak secara rasmi, namun isu2 dasar ini pada saya lebih wajar diutamakan... 

Nantilah. Bila dah bersedia nanti, insyaAllah saya beri cadangan... Tapi saya cadangkan kpd Menteri supaya tidak mengambil terlalu banyak masa. Jika boleh, utk jangka masa pendek, tumpukan segera kpd isu covid-19 dari konteks yg melibatkan warga KPM terlebih dahulu. 

Wajar segera umum policy KPM tentang wabak yg mencetus kebimbangan di seluruh dunia ni dulu. Utk dasar jangka masa panjang, nantilah kita bisik2 lepas covid-19 reda... 

Saya mohon maaf jika Menteri Pendidikan tersinggung dgn entry ni. Bidang pendidikan ni memang dekat dgn hati saya. Kebetulan memang saya ada pengalaman & ilmu sikit dlm bidang pendidikan serta dasar2 pendidikan di negara kita ni, maka kerana itu saya terpanggil utk beri cadangan2 kecil ni...


Saya juga memiliki senaskhah MPPPP 2013-2025 & pernah meneliti "blue print" tu sebelum ni. KPM is still on the track. Teruskan saja blue print yg dihasilkan ketika TSMY mengetuai KPM itu & Menteri Pendidikan sekarang boleh corakkan pelaksanaanya mengikut acuan yg difikirkan sesuai...

Asalkan ke arah memenuhi matlamat dasar dgn baik, itu adalah cukup baik bagi Dr Radzi. Dari MPPPP 2013-2025, mungkin beliau boleh berbincang dgn PADU, MPN, warga KPM & pihak2 berkaitan utk merangka sebuah lagi "blue print" seumpama itu sbg kesinambungan..

Jadi, tidaklah "blue print" itu hanya relevan digunakan utk tempoh 5 tahun lagi & tamat pada 2025. Mungkin beliau boleh perkenalkan MPPPP 2025 - 2050 yg lebih progresif, dinamik & kreatif sebagai panduan di masa hadapan...


No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!