Saturday, March 14, 2020

ANWAR AKAN TEKAN PH KEDAH CERAIKAN BERSATU?


Macam yg saya titipkan dlm entry semalam, politik ni berubah mengikut keadaan & gerakannya bergantung kpd gerakan lawan, sekutu & keadaan sekeliling. Kemudian, politician tu akan buat keputusan berdasarkan kepentingan politik politician tu sendiri...

Maksud saya, kalau setakat diorg cakap "demi kepentingan negara, rakyat awam bla..bla.." tu, itu hanya secondary saja. Tapi premier motive mesti dibuat selaras dgn kepentingan diri & politik politician tu... No offense, tak semua ahli politik begitu, tapi kebanyakkannya memang begitu...

Nampaknya Pak Syeikh kita dah buat "serangan balas" semalam....


Sebelum ni, Tun M kata dia gila2 nak jadi PM. Lepas tu selamba je cakap org Melayu tolak Anwar jadi PM. Perlu jugak kita ambil kira, dlm meeting Majlis Presiden PH hari tu, Anwar ada cadangkan supaya dia dilantik jadi TPM, tapi selamba jugak Tun M tolak...

Sebelum ni, Kak Wan dah sebut dalam satu interview dgn media asing, dia tegaskan bahawa PH akan julang nama Anwar sebagai PM pada PRU15 ni. Maksudnya, no more Tun M. Itu petanda PH dah serik kena "game" dgn Tun M? Heh!

Saya fikir, dlm meeting PH semalam, Anwar & PH makin realized apa yg berlaku. And that's why Anwar dah mula buat "serangan balas". Kata Anwar, Tun M bukan lagi sebahagian dari PH & bukan lagi Pengerusi PH...

Dalam pc semalam, Anwar turut tegaskan bahawa pandangan Tun M yg kata "Melayu tolak Anwar", itu hanyalah persepsi Tun M saja. Anwar kata, Tun M yg tolak Anwar, orang Melayu belum tentu lagi. Anwar perkuat hujahnya dgn contoh pola undian di Port Dickson & Permatang Pauh...

Pada saya, utk mengukur sokongan pada mana2 ahli politik, tak boleh jugak guna demografi sample sebagai ukuran. Cuba Anwar or Tun M bertanding lawan DS Najib di Pekan, Pahang. Agak2 camana? Boleh menang?

So hujah Anwar tu tak la kukuh sangat. Tu sekadar jawapan "selamat" utk org politik je. Jawapan tu biasanya dah tersenarai dlm skrip jawapan politician jika diajukan soalan mcm tu dari wartawan. So tak payah la terpengaruh sangat... 

Based on counter attack dari Anwar, kita simpulkan Tun M is no longer accepted in PH for the current moment. Lainlah lepas ni Tun M datang balik, bawa Bersatu & "serah leher" sekali lagi kat PH. So time tu PH boleh terima, tapi dah tentu "hubungan" tu tak sama mcm sebelumnya...

Tapi agak2, mau lagi ke Bersatu "serah leher" sekali lagi kat DAP, PKR & PAN? Org politik zaman sekarang ni pelik sikit. Kadang tu hari ni cakap lain, esok berubah 360 darjah! Kadang tu tak sempat esok, cakap pagi, petang tu dah berubah dahhh..! Hmmmm alahai...

So kita tahu sekarang ni Anwar tegaskan Tun M & Bersatu is no longer dgn PH. Dah bercerai. Sbb tu Bersatu tak dijemput meeting PH semalam. Kalau tak jemput Bersatu team TSMY tu kita boleh faham, tapi Bersatu team Tun M pun tak dijemput... 

So kita boleh simpulkan it's a solid decision by PH that Bersatu sama ada geng Tun M apatah lagi geng TSMY, bukan lagi geng PH. Out... dah keluar dah... 


Berdasarkan statement Anwar & keputusan PH ni, agak2 apa tindakan Pengerusi PH Kedah, Datuk Johari Abdul? Perlu diingat bahawa Joe Abdul ni memang totok orang Anwar. Rasanya apa "arahan" Anwar kat Joe Abdul di Kedah? 

Jika Anwar seorang yg berprinsip & bermaruah, dah tentu dia akan suruh Joe Abdul putuskan hubungan dgn Bersatu di Kedah, sejajar dgn prinsip & tindakan parti di peringkat Pusat. 

Dlm hukum undang2, jika undang2 negeri tu bertentangan dgn undang2 persekutuan, maka secara automatik undang2 negeri tu terbatal & undang2 persekutuan tu digunapakai. 

Tapi tak tau la kalau PH di Kedah ni takde mengamalkan prinsip or tak kisah sgt soal maruah parti di Kedah ni. Asalkan depa tak hilang jawatan & gaji Exco, boleh melaram jadi Kjaan Negeri hingga 3 tahun lagi, apalah sangat dgn "prinsip & maruah" tu, kan? heh!

So kita tunggu je next movement dari Joe Abdul, DAP & PAN di Kedah ni nanti...

Then lepas tu kita tunggu pulak apa kata Mukhriz. Kita tunggu pulak "serangan" seterusnya dari Tun M & Bersatu.. heh! 

Kbai... roger & out...w'salam wbt...

1 comment:

Hatabenross said...

Abam non mana berani buat arahan kat kedah sbbnya yg dh dpt gaji akan melencong ler,ini yg dibaca abam non utk jaga sokongan kecuali boboi kasi pusing alamat cium pungkoq berkentotlah abam non merah muka woo sbb kekal hantaq mesej PM tepi..

Bila Kak Su Bersuara... Heh!