Monday, March 2, 2020

Aku Mohon Jangan Kutuk Hentam Mukhriz...


Aku rasa belum terlambat utk aku ucap tahniah kpd MB Kedah, DS Mukhriz Tun Mahathir yg baru dapat menantu baru2 ni. Tahniah bro! Semoga menantu bro dapat membimbing anak bro ke syurga Allah nanti, aminnnn... 

Ya. Ya.. Aku faham. Ramai orang Kedah nak tukar Kerajaan Negeri. Ramai yg teruja nak Muafakat Nasional mentadbir Kedah. Mungkin itulah tempias daripada apa yang berlaku di peringkat Kerajaan Pusat...

Tapi aku memohon hangpa jangan la marah2 atau hina Mukhriz. Hangpa jangan la dok hentam dia sangat. Jangan la buat macam tu bro...


Hangpa kena faham, Mukhriz tu anak Tun M. Dah tentulah anak Tun M perlu berdiri teguh mempertahankan ayahnya. Bukan Mukhriz saja, malah kita pun jika berada kat tempat Mukhriz, maka mungkin kita akan buat perkara yang sama jugak, kan?

Pendirian Mukhriz untuk terus bersama DAP itu adalah haknya untuk memilih. Sebagai anak Tun M, dah tentu dia mengikut jejak langkah ayahnya untuk terus bersama DAP dan tidak bersama UMNO & PAS...

Walaupun Tun M sekeluarga termasuk Mukhriz jadi kaya raya, hidup mewah & luas pengaruhnya ketika mengemudi UMNO & negara lebih 2 dekad lalu, UMNO dihatinya tetap terlalu busuk & hina berbanding DAP yang seolah dilihat jauh lebih baik, suci,tulus & mulus sifatnya...

Apatah lagi PAS yang Tun M katakan pernah mengkafirkan beliau, dah tentulah beliau tak suka pada PAS. DAP tak pernah pun kafirkan Tun M, kan?

Pada pandangan aku, legasi Tun M itulah yg diwarisi Mukhriz. Jadi janganlah salahkan Mukhriz. Tun M pernah berjasa kat negara & Mukhriz pun sama pernah berjasa di negeri Kedah...

Kalau meluat sangat kat depa pun, kenang2kanlah jasa baik yang depa pernah buat dulu. InshaAllah, sejuk hati...

So please, mohon jangan kutuk Mukhriz...

Kalau nak tukar kerajaan negeri, tunggu je la Mukhriz bubar Dun Kedah nanti. InsyaAllah, lebih kurang 3 tahun ja pun DAP dok dlm kerajaan negeri Kedah ni. 

Lepas Mukhriz bubar Dun nanti, maka  DAP tak jadi kerajaan dah la.. heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!