Wednesday, March 11, 2020

AKU JOIN PARTI BERSATU..?


Aku masih ingat lagi, ketika mana Bersatu baru ditubuhkan, seorang sahabat ajak & memujuk aku supaya sertai parti barunya, aku sengih menyeringai depan dia. Dia diam, aku pun diam...

Dalam sengih, spontan aku jawab...


"Hang gila.. hahahaa... mana sedap nama Duke of Bersatu.. Duke of PPBM?".. hahahaa... berderai ketawa kami. Dia gelak, aku pun gelak. Tapi dia benar2 ajak aku join Bersatu... 

Panjang perbincangan kami. Dia bukan orang lain pun. Persahabatan kami dah macam adik beradik suatu ketika dahulu. Kami bincang pro & contra. Aku UMNO, dia Bersatu, masing2 dgn hujah masing2...

Kami bincang banyak angle termasuk struktur parti, organisasi, perlembagaan parti, kepimpinan, keahlian, sentimen, prospek... mcm2 lagi la kami discuss time tu. Bergelas ayaq atas meja, padahal 2 orang je pun.. heh!

Kami lihat banyak titik persamaan. Tak banyak beza pun. Bezanya cuma pada struktur organisasi, kepimpinan & sentimen politik semasa. Prospek tu agak subjektif. Tapi walaupun masih baru, aku tak pernah pandang rendah pada keupayaan Bersatu...

Bersatu ada kekuatan yg tersendiri. Malangnya UMNO time tu rasa kuat. Pemimpin2 tertingginya percaya sangat report & cakap penasihat2 di kelilingnya. Pandangan org yg buat kerja on field tiap2 hari ni langsung tak dipakai, di pandangan remeh & siap kena sindir pulak tu.. heh!

Confident je sebut boleh menang kat depan aku. "Federal hang jangan risau, kita boleh menang. Simple majoriti dalam tangan, kalau kena cara mungkin dapat lebih kerusi berbanding PRU13..", aku diam je la bila depa cakap macam tu...

Cerita bab Kedah time tu pun lebih kurang sama. Siap ada yg kata BN ada potensi menang 2/3 pulak tu! Kerana hormat pada depa, maka aku diam je la lepas tu. Malas aku nak bertengkar dgn orang hebat2 ni... kang dikatanya aku ni tak sokong UMNO pulakkk...

Ya. Betul. Pada aku, kerana kekuatan Bersatu & pelbagai kesilapan di pihak UMNO & BN, maka BN tumbang pada PRU14 untuk pertama kalinya. Aku terduduk, kelu. Mengalir jugak airmata, terbayang je wajah "pakar2 strategi" time tu. Tapi nak buat camana, nasi dah jadi bubur.. hadap je la...

Aku cakap faktor utamanya adalah Bersatu sebab sebelum ni PH dah lama dah dok try jatuhkan BN. Walaupun agak goyah, tapi Federal tak pernah jatuh pun. Tapi lepas Bersatu join PH, akhirnya BN tewas di Federal. Kedah pulak tinggal 3 kerusi Dun, 1 lompat, tinggal 2 kerusi... hadoiii...

Tapi alhamdulillah, Aku tengok UMNO bermuhasabah, insaf & kembali kukuhkan parti. Walau ada yg belum berubah dgn perangai lama, tapi ramai jugak yg menginsafi hikmah di sebalik apa yg berlaku. Makin matang pulak aku tengok lepas kalah ni... heheheee...

So that's why aku kata jangan sesekali underestimate Bersatu....heh!

So berbalik kepada cerita sahabat aku ajak join Bersatu tu, actually aku beri syarat padanya. Aku cakap...

"Kalau Bersatu tak geng dengan DAP, aku sanggup join Bersatu. Duke of Bersatu pun okay jugak paaa.. pelik pulak aku dengaq, ishhhh..!" berderai lagi ketawa kami. Seorang UMNO, seorang lagi Bersatu...

"Serius Duke? Hang biaq betoi? Kalau Bersatu cerai dgn DAP nanti lagu mana? Aku bagi borang Bersatu, hang mau isi? Mau sign?", sahabat aku cuba provoke... 

Bukan apa.. sahabat aku ni pun mengaku tak suka DAP. Dia pun kenai DAP ni lagu mana. Lagi satu, dia malu. Dah hentam DAP kaw2 punya, lepas tu kena julang bendera DAP. Tu belum PKR & Anwar Ibrahim lagi tu... mana dia nak letak muka weiii... heh!

So lepas bincang tu, dia memang sibuk dgn Bersatu. Aku mcm biasa la. Sibuk sesibuknya hinggalah BN kalah masa PRU14 hari tu. Habuannya, aku hilang kerja. Boss2 UMNO yg dulu katanya nak amik tau, langsung tak tanya khabar dah sampai sekarang... heh! Sabar je la...

So sejak PRU14 tu, aku & sahabat aku buat hal masing2. Dia dah jadi gomen, dah tentu la dia busy dgn kerjanya. Aku jugak yg terkulat2 kat rumah sorang2... kikikii... padan muka aku! Percaya sangat kat boss2 tu, amekkauuu..! So aku buat hal sendiri lah... heh!

Nak dijadikan cerita, rupanya sahabat aku ni ingat lagi apa yg aku kata. Masa Bersatu keluarkan surat rasmi keluar dari PH, dia call aku... "Duke.. Bersatu dah rasmi keluar PH. Maknanya dah bercerai dgn DAP dah. Aku nak bagi borang ni, bila nak sign?" dia tanya aku... 

So macamana? Agak2 wajar tak aku tinggalkan UMNO & join Bersatu? Setia pada UMNO, atau berubah kepada platform politik baru? Bersatu pun solid Melayu & beragama Islam jugak. 

Cumanya... Bersatu walau dah bercerai dgn PH, tapi still lagi geng dengan DAP & PH kat Kedah ni. Agak2 prinsip "asal bukan DAP" tu applies atau tak relevan lagi dah? 

Kalau aku join Bersatu, aku wajar masuk geng Presiden atau geng Pengerusi & Timbalan Presiden? Hmmm... confius gak ni.. heh! 

3 comments:

Anonymous said...

Dude Duke, Sun Tzu Art of War were applied by Tun M & Bersatu in parallel attacks.

Subdue the enemy WITHOUT fighting and you could see the DAP and AI (PKR) resistances capitulate 2 kali if you can remember.

First PPBM was established and people dismissed it as parti nyamuk yet ia dapat menyusup masuk kedalam HARAPAN! Di ikuti Tun M diangkat menjadi CHAIRMAN dan menerajui GE14 bersama kata putus dia diangkat sebagai PM. Putting WAWI as TPM dan LGE as Finance Minister are fishing expeditions to gauge their motives and hey presto we saw how DAP were so 'bollocks' (read bullocks as in Irish slang).

Secondly, diketika Anwar Ibrahim dan DAP menarik tali-hidung AMANAH setelah Tun M 'meletak jawatan' dengan kadar GELOJOH AI issue statement SD menyokong Tun M tidak lagi diguna pakai dan begitu ghairah nya AI bergegas ke Istana 'ber OVER CONFIDENT' yang dia mendapat sokong terbanyak walau tidak yang paling ulung banyak nya. Menyedari catur-politik nya tidak begitu cekap (memang AI tidak cekap dan tidak ada intellectual capacity setinggi Tun M) DAP, AMANAH bersama AI sekali lagi U-Turn membilang Tun M sebagai CALON PH setelah TSMY mengadap YDPA.

Basic 'espionage' adalah menyusup masuk kekubu 'TARGET' (lawan) dan meruntuh/mengambil dari dalam...analogy anai-anai! Satu contoh yang terbaru...seorang Jurutera (specialist Jet Propulsion dan dll) kelahiran China dan berhijrah ke America dan berjaya didalam usaha pembangunan didalam gerak kerja di Raytheon. setelah lebih sedekad kembali ke China dengan membawa 'Precious Technological Proprietyship'...ini case yang terbaru sekali!

That said how do you think China could catch up 30-40 years of falling behind in technological advancement in just 10 with the superpowers? Jangan tengok jauh...dalam 1 dekad China sudah boleh merangka dan merialiasasikan beberapa AIRCRAFT CARRIERS selain jet pejuang ber STEALTH technology?

Saja memberi pandangan dengan izin.

MLN - anak melayu-muslim di America

Pak yop said...

Baru seminggu..tunggu lepas pru15

FO said...

UMNO akn tawan semula kerusi2 yg dulu. Bersatu akan tinggal tunggul.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!