Monday, March 2, 2020

Aku Hilang?


Ada sahabat ni jumpa aku malam tadi. Dia dok KL nun. Sebelum balik KL, kami jumpa sat mengeteh kat gerai tepi jalan. Dah lama dia tak balik Kedah, so macam2 gak la kami borak, especially perkembangan politik semasa...

Dia tanya aku, setahun lebih hang "hilang", tapi lepas PH jatuh, hang tiba2 muncul balik. Pasai pa hang hilang? Blog tak aktif, FB hang pun dah takdak dah? Hang dah tak aktif politik ka?


Aku sengih mcm kerang busuk. Zaman ni ada orang baca blog lagi ka??? Kikikiiiii... Aku pun berterus-terang, cerita kat dia satu persatu...

Ya betul. Aku dah lama "hilang" di bloghosphere. Aku bukan sengaja. Aku ada solid reason. Terdiam sahabat aku bila aku cerita. Tak payah la aku cerita kat sini. Tapi alhamdulillah, sahabat aku faham sefaham-fahamnya...

Actually aku dah lama delete account FB aku. Ya aku masih ada blog ni. Walaupun aku tak aktif di blog, itu tak semestinya aku tak aktif politik. Aku tetap ikut perkembangan semasa & terus berjuang di saluran lain...

Alaaa... Aku tengok ramai lagi pejuang2 UMNO yg bagus2 kat media sosial di Kedah ni. Yg jauh lebih bagus & efektif dari aku pun ada. So nak kecoh apa? Aku ni takdak pun tak mengurang, ada pun tak menambah... So okay la tu... heh!

Frankly, aku tengok Penerangan UMNO kat Kedah through media sosial sekarang ni dah cukup mantap dah. Aku pun impress dgn depa. Dah banyak improvement berbanding dulu. Ada live session, ada dialog, ada forum, ada live event coverage & macam2 lagi...

Setinggi tahniah aku ucapkan kat team penerangan UMNO di Kedah. Ikhlas aku cakap, aku salute atas usaha hangpa yg sangat baik.

Aku? Orang yg tahu maka dia tahulah. Org yg tak tahu, maka tak tahulah. Yg penting, ada pihak tertentu yg tahu apa aku buat & memahami keadaan aku dalam tempoh "aku hilang" tu...

Rasanya tak payah aku explain kat sini. Nanti kawan2 aku salah sangka pulak. Tak pasal2 je berdering2 depa call nanti. Bukan apa. Tak mahu ada kawan2 salah faham... 

Aku tetap aku. Tetap macam dulu. Seorang penulis picisan tahap kampung yg berjuang utk Islam, bangsa Melayu & Tanah Melayu.... tu je kot...

Cuma pesan aku kpd kawan2 yg jauh & dah lama tak keep in touch tu, kalau nak tahu apa2 pasal aku, contact je aku terus. Tak payah la nak dengar rumors2 merepek tu.. Hahahaaa.. lawak pulak bila aku dengar rumors cerita dongeng kat belakang aku... 

So far aku okay je... nanti bila free nanti kita ngeteh yer! Heh!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!