Thursday, March 12, 2020

ADA YG BAKAL LOMPAT DI KEDAH?


Semalam, YB Sanusi selaku Ketua Pembangkang Dun keluarkan statement menjangka akan berlaku perubahan Kerajaan Negeri di negeri Kedah minggu depan. Katanya perubahan tu berlaku akibat "pergeseran pergerakan macam muka bumi ini akan berganjak untuk mengambil tempat masing-masing".

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah tu kata, PAS Kedah tetap tunggu "buah luruh sendiri". Mana yg luruh dulu, MN akan "kawan", katanya. Tapi...


Tapi yang aku peliknya, mana wartawan Sinar Harian ni dapat fakta or desas-desus sampai petik nama "Adun Lunas, Mohd Radzhi Salleh dan Adun Sidam, Tan Chow Kang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Adun Kuah, Mohd Firdaus Ahmad dari Bersatu."

Bukan apa... Setahu aku, Adun Lunas sekarang ni namanya Azman Nasrudin atau dikenali sebagai Cikgu Azman, bukan Radzhi. Adun Sidam pulak namanya Robert Ling Kui Ee, bukan Tan Chow Kang. 

Radzhi & Chow Kang tu Adun Lunas & Sidam masa PRU 12 tahun 2008 dulu. So celah mana pulak PAS Kedah nak buat "sebarang pertemuan mahupun perbincangan" dengan 2 bekas Adun PKR tu? Buat mengabih boreh je. Lain la kalau deal dengan Cikgu Azman or Robert tu... heh!

Takpalah. Itu small mistake je. Dia silap google kot, editor pun miss checked story, adehhh. Takpe2. Jangan marah wartawan Sinar tu. Dia orang baru kot. Takpe, nanti dia belajar la pelan2... Nanti Sinar betulkan laaa.. alaaa... kecik punya hal je tu... 

Tapi err... errr... BETUL KE 3 ADUN PH & BERSATU NAK "LURUH"..? Jangan suka2 petik nama orang, kang orang tu saman kang, naya je cek oiii.. 

Macam Sinar tetiba je petik nama Firdaus tu, betul ke? Atas asas apa nama dia dipetik? Logik ke Exco yg dilantik Mukhriz tu nak lompat? Dia Adun Kuah. Menang dia masa PRU14 dulu betul2 atas pengaruh Tun M. Dia tak rasa bersalah ke kalau lompat?

Nama cikgu Azman yg Sinar petik tu rasanya mungkin diorang fikir sebab Cikgu Azman tu dikatakan "pro-Azmin"? Confirm ke dia pro-Azmin? Kalau betul, kenapa dia tak lompat2? Azmin tak bagi lompat? 

DS Azmin lompat masuk Bersatu & join team TS Muhyiddin. Dah tu takkan Cikgu Azman nak lompat masuk Bersatu jugak? Kalau dia lompat masuk Bersatu di Kedah, dia masuk team siapa? Team Presiden atau team Timbalan Presiden? Kikikiiiiii....

Pasal Robert tu, sekiranya betul apa yang dipetik Sinar tu, aku rasa, aku tau kenapa dia nak lompat. Tapi malas la aku nak cerita. Lagi pun dia tak lompat lagi, kan? Kikikikiiiiii....

Sebenarnya aku dapat agak banyak "story" utk aku analisis semalam. Berbaloi jugak aku "tawaf" sana sini dari pagi sampai tengah malam tadi. Dapat jugak jumpa kawan2 lama. Penat takpe, janji aku puas hati. Berbaloi brooo...

Tapi aku tak boleh nak cerita banyak. Apa yg aku dapat kongsi, "drama tu belum habis lagi, tapi akan "tamat" dalam masa terdekat...", katanya. Mungkinlah, kan? Tak tahu la betul ke tidak.... so kita anggap je sebagai "rumors hipothesis".. 

Lagi satu, "kemungkinan besar jugak suatu perubahan akan berlaku kat Kedah ni..". Tapi "tak tahu" la perubahan tu positif atau negatif bagi kita orang Kedah. Ini pun "mungkin"lah, kan? Tak tahu la betul ke tidak... so yg ni pun kita anggap je sebagai "rumors hipothesis"... 

Bukan apa... tak wajar la kita simpulkan sesuatu yg belum benar2 berlaku. Walaupun kita dengar begitu yg keluar dari mulut pihak tertentu, tak semesti ianya betul. Kalau dia bagi maklumat "red flag" camana? Hehehehe.... naya je, kan?

Ishhh... tak syok la cerita kat sini. Hahahahahaa... takpe2. Sekarang ni korang anggap je "aku tak tahu apa2 yg berlaku kat Kedah" ni. Alahhh... macam depa kata la, aku ni bukan tahu apa satu pun. So anggap je aku tak tahu apa2... heh!

So tak payah la aku nak buat sketsa apa2 buat masa sekarang. Nanti "anti-klimaks" pulak, kan? So korang doa je la yg terbaik utk semua... Kbai...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!