Tuesday, March 3, 2020

13 ADUN PH KEDAH VS YB "BELIAU"....


Aku sengih lagi. Tersengih memikirkan orang Kedah yang membandingkan YB "Beliau" dgn 13 Adun PH beragama Islam berbangsa Melayu di Kedah ni. Aku geleng kepala beberapa kali, lalu aku tersengih lagi...

Aku rasa tak perlu diperkenalkan lagi Adun dari Melaka ni. Memang cukup teruk dihentam kiri & kanan. Popular atau tidak YB ni, ramai yang lebih mengenalinya sebagai "YB Beliau" berbanding nama, Norhizam...


Betul. Memang dia outspoken. Mulut takde insurans. Akibat mcm2 viral yg tersebar tentang perilaku YB ni, maka imejnya tidak bagus & ramai yg tak suka padanya. Kena maki hamun, kena caci & mcm lagi la...

Tapi tu la kan? Allah akan buka hati siapa saja mengikut kehendakNya. Tiba2 dgn kehendak Allah, Norhizam ni rela korbankan diri demi kepentingan Islam & bangsa Melayu di negeri Melaka. 

Dia sanggup derhaka pada DAP. Dia sanggup tinggalkan PH dan bersama PAS & UMNO di Melaka untuk membentuk Kerajaan Negeri baharu. Dah tentu dia dimaki hamun oleh penyokong2 PH, khususnya DAP. Dah tentu dia hilang jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri. Kereta rasmi, elaun & keistimewaan lain pun hilang serta merta...

Itulah YB Norhizam yg terkini. Dia berubah serta merta. Walau masih belum hilang label "YB Beliau" di kalangan netizen, dia selamba berani berdepan risiko demi menafikan kedudukan DAP sebagai Kjaan. Dia dah tak mahu jadi "barua DAP". Dia tak mahu lagi bersekongkol dgn PH..!

Tapi tu la kan... Malangnya masih belum ada lagi YB2 PH yg mengaku beragama Islam & berbangsa Melayu di Kedah ni yang terbuka hatinya untuk meninggalkan PH dan bersama PAS & UMNO membentuk sebuah kerajaan negeri bersama...

Nak tengok siapa 13 Adun PH yg beragama Islam & berbangsa Melayu tu, sila klik kat sini...

Kita agak kesal bila YB2 PH beragama Islam berbangsa Melayu di Kedah ni sayang sangat pada DAP. Adakah depa lebih sayang pada DAP berbanding memenuhi hasrat orang Kedah yg 80% Melayu Islam ni?


Kita boleh maafkan DS Mukhriz kerana tidak dapat bersama MN ekoran terhimpit pendirian ayahnya, Tun M, yang setia bersama DAP. Tapi bagaimana pula dengan 12 orang lagi? Adakah 12 Adun PH Melayu Islam di Kedah ini lebih utamakan kuasa, jawatan & DAP berbanding suara hati rakyat Kedah?

Bak kata orang Kedah, "jika seteruk2 YB Norhizam pun reti pikiaq, takkan la 12 Adun PH Melayu Islam kat Kedah ni tak reti pikiaq? Teruk sangat ka 12 Adun PH kat Kedah ni?"

Aku terdiam memikirkan soalan itu. Akhirnya, aku geleng-gelengkan kepala... heh!

2 comments:

Anonymous said...

aku dah.cakap jangan lantik PM dari Utara... nak fakta saya bole beri dari sejarah Francis Light smpi Tun.. baik pemimpin kerajaan atau pembangang dari Utara suma naknjual maruah dan pulau

Anonymous said...

BELIAU AKAN DIPANDANG TINGGI & SEMAKIN POPULAR!
TAHNIAH KEPADA BELIAU!!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!