Memang melucukan apabila Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim terpaksa mengeluarkan kenyataan bahawa”dia bukannya lembab”
untuk membiarkan mana-mana pemimpin DAP, khususnya yang bukan Melayu
beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri.
Dalam kenyataan media yang dibuat di Kota Bharu, Kelantan, Anwar yang
bercakap di negeri yang majoritinya umat Islam menyatakan bahawa DAP
sememangnya “faham” bahawa Perdana Menteri akan dilantik dari kalangan
orang Melayu memandangkan bangsa itu sebagai majoriti di Malaysia.
Anwar dalam kenyataannya menafikan dakwaan Hasan Ali yang sebelum ini
menjelaskan bahawa beliau tidak menolak kebarangkalian Anwar hanya akan
menjadi PM selama 3 bulan sahaja sebelum menyerahkan jawatan itu kepada
DAP, atau lebih tepat lagi Lim Guan Eng.
Apa yang menariknya, kenyataan Anwar itu jelas sangat bertentangan
dengan cita-cita Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu melihat seorang
yang bukan Melayu dan bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri
sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Dalam kenyataan Karpal sebelum ini, adalah menjadi matlamat baginya
untuk melihat perkara itu berlaku dengan menegaskan bahawa tiada
peruntukan di dalam perlembagaan yang melarang bagi seorang bukan Melayu
dan bukan beragama Islam untuk menjadi Perdana Menteri.
Hakikatnya, setelah 4 tahun bergabung di dalam satu pakatan parti
politik yang tidak berdaftar (Pakatan Haram), kini barulah PKR, DAP dan
PAS mengaku bahawa mereka tidak berkongsi hala tuju yang sama.
Anwar sebagaimana maklum dari dulu lagi memperjuangkan dirinya
sebagai “ketua” bagi gabungan parti pembangkang itu sejak 2008. Dia
beriya-iya mempromosikan dirinya sebagai Perdana Menteri sekiranya
Pakatan Haram berjaya menawan Putrajaya.
DAP pula dari dulu lagi sememangnya konsisten mahu meng“Singapura”kan
negara ini dengan tujuan mendapatkan kuasa tertinggi ke tangan bukan
Melayu Muslim. Pada mereka, jika DAP mampu menguasai “Temasik” yang
dulunya bersultan, mengapa DAP tidak boleh merepublikkan negara ini?
PAS pula hanya berani “bercakap di belakang” dan “berbisik di dalam
kelambu”. Mereka hanya mampu melihat bagaimana DAP dan PKR
memperjuangkan pemimpin masing-masing untuk menjadi Perdana Menteri.
Mungkin PAS tidak berani menyuarakan hasrat mereka memperjuangkan
Hadi Awang sebagai Perdana Menteri memandangkan mereka mahu “menjaga
hati” PKR dan DAP yang juga mahukan kuasa tertinggi mentadbir negara
itu.
Pada saya, dari pengamatan selama 4 tahun terhadap hubungan DAP, PKR
dan PAS, tidak dapat dinafikan bahawa Anwar Ibrahim mungkin adalah
pemimpin yang akan dipilih sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka
menang pilihanraya.
Memang Anwar “tidak lembab”, tapi dia dijangka akan menjadi “boneka”
DAP sahaja. DAP tak perlukan jawatan PM kerana dengan mengugut keluar
dari Pakatan Haram, Anwar boleh tumbang sekelip mata.
PAS pula tidak akan menjadi masalah bagi DAP dan PKR. Ini adalah
kerana parti itu boleh “dijinakkan” dan “dikawal” melalui
parasit-parasit Anwarinas yang ditanam di dalam parti tiu sejak sekian
lama.
Saya percaya, sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri, tidak mustahil
Malaysia akan “direpublikkan” menurut acuan DAP. Apa yang rakyat boleh
buat ketika itu selain menyesal?