
Alhamdulillah, hari ini saya berpeluang untuk hadir dalam satu sidang media yang diadakan di ibu pejabat Pas, di Jalan Raja Laut. Sidang media khas itu diketuai oleh Ketua Dewan Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat, adik Mat Indera iaitu Baharom Shah, 65, dan turut dihadiri oleh beberapa orang Exco Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Johor (Nasrudin Tantawi cuti raya lagi kot?).
Di dalam sidang media itu, Suhaizan dan Baharom bermati-matian cuba mempotretkan Mat Indera sebagai seorang yang kuat prinsip agamanya, sangat tegas, cintakan tanahair, bencikan British, tidak menyertai Parti Komunis Malaya (PKM) dan tidak berfahaman komunis. Saya hanya tersenyum sumbing!
Ketika kejadian serangan PKM terhadap Rumah Pasung Bukit Kepong, Mat Indera berumur 31 tahun dan Baharom pula berumur 4 tahun. Kemudian, Mat Indera dihukum gantung sampai mati pada umur 33 tahun, manakala baharom ketika itu baru berumur 6 tahun. Saya ingin bertanya, apakah yang budak berumur 6 tahun itu mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk? Sudah mumayyizkah Baharom ketika itu?
Justeru itu, bolehkah kita menggunakan pengalaman seorang budak yang belum akil baligh itu dalam penceritaan seorang lelaki dewasa yang bernama Mat Indera itu? Awal-awal lagi saya tolak hujah dari budak umur 4 tahun yang sudah berusia 65 tahun di depan saya itu. Baharom tidak tahu apa-apa pun sebenarnya berkenaan perjuangan abangnya (lain ibu) itu.
Baharom merupakan bekas anggota tentera yang kini sudah bersara. 10 tahun dia berkhidmat di Kor Perkhimatan sebagai jurutera elektrik, dari tahun 1965 hingga 1975. Setahu saya, ketika itu Komunis masih lagi berleluasa di negara ini. Saya terfikir, sekiranya Mat Indera masih hidup dan Baharom ditakdir sebagai askar tempur, apakah dua beradik berlainan ibu itu akan berperang sesama sendiri?
Baharom dan Suhaizan bermati-matian mengatakan bahawa Mat Indera teguh pegangan agamanya dan mustahil untuknya menyertai PKM yang menolak sebarang pegangan agama itu. Baiklah. Saya ingin bertanya Suhaizan dan Baharom, apakah mereka pernah berada dan berjuang di dalam pasukan PKM pada tahun 1946 hingga 1952 sebagaimana Abdullah CD?
Setahu saya, Suhaizan ketika itu masih belum lahir dan mungkin ibu bapanya pun belum lagi bernikah! Baharom pula mungkin masih menyusu ibunya ketika itu. Di dalam tempoh tersebut, Abdullah CD, Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin, Mat Indera dan Kadir Murie'eh sudah lama berjuang di dalam PKM. Buktinya? Sila buka buku bertajuk "Memoir Abdullah CD", di muka surat 115.
Sila buka mata terang-terang dan bacakan perenggan berikut dengan kuat dan fahamkan isi kandungannya betul-betul:
"Salah satu pasukan bersenjata Melayu Johor yang berpengaruh dan luas kawasan gerakannya ialah pasukan di bawah pimpinan Mat Indera dan Kadir Murei'ih. Pasukan ini bergerak di kawasan dari Muar hingga ke Air Hitam, Batu Pahat dan Segamat. Mereka mendapat sambutan yang hangat dari massa rakyat, banyak kampung telah disusun menjadi pangkalan gerila yang kukuh, banyak darah-darah baru mengalir masuk tentera. Dengan itu terbentuklah satu pangkalan gerila yang luas di kawasan Pantai Barat Negeri Johor.
Pada 23 Februari 1950 satu kompeni pasukan gabungan yang terdiri dari kawan-kawan Tionghua dan 2 platun kawan Melayu di bawah pimpinan Mat Indera melancarkan serangan mendadak ke atas Balai Polis penjajah di Bukit Kepong yang berkekuatan 1 platun."
Sudah baca? Apa yang anda semua faham dari 2 perenggan tersebut? Anda mampu sangkal fakta yang diberikan sendiri oleh salah seorang ketua pasukan Komunis itu? Apakah anda semua lebih tahu tentang PKM berbanding Abdullah CD? Ada sesiapa lagi yang berani sangkal kenyataan bahawa Mat Indera bukan komunis?
Saya kira, Mat Sabu, Suhaizan atau mana-mana pakar sejarah pun tak mampu lagi untuk menyangkal fakta Abdullah CD itu. Sebab, Abdullah CD adalah anggota PKM yang berpangkat besar! Tentunya dia lebih tahu! Jangan fikir orang kuat agama itu selalunya betul. Kadangkala, tersilap langkah jua...
Pada saya, saya yakin bahawa Mat Indera adalah seorang anggota PKM. Cuma, mungkin dia tidak berfahaman komunis. Saya tidak mampu menilaii taraf iman atau tahap keIslaman seseorang, termasuklah Mat Indera kerana Allah lebih tahu tentang perkara tersebut. Bagaimanapun, saya juga yakin bahawa Mat Indera sudah tersalah langkah!
Mungkin benar dia mahu memperjuangkan kemerdekaan negara. Namun, dia tersilap langkah kerana sudah terlanjur berjuang bersama PKM. Padahal, dia pernah menganggotai Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Memandangkan pertubuhan itu diharamkan British, mengapa Mat Indera tidak menyertai UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946. "Gedebe" sangatkah dia?
Suhaizan membuat andaian bahawa Mat Indera terlalu tegas, terlalu bencikan Inggeris, terdesak dan tidak punya pilihan lain selain menyertai PKM serta menyerang penjajah British dengan cara gerila. Itu hujahnya? Boleh terimakah alasan itu?
Kalau Mat Indera tegas, sebagai seorang yang kuat pegangan agamanya, dia tidak akan bersekongkol dengan Komunis yang menolak sebarang bentuk pegangan agama itu! Itu kafir harbi namanya dan takkanlah seorang ulama sanggup bersokongkol dengan Komunis yang telah membunuh berpuluh ribu rakyat, terutamanya bangsa Melayu dan saudara seIslamnya sendiri? Otak Suhaizan tak terfikir begitu, kah?
Bencikan Inggeris? Siapa yang tidak bencikan penjajah British ketika itu? Menurut sejarah, boleh dikatakan semua rakyat Malaysia membenci British yang menjajh negara ini dan bertindak membawa masuk kaum Cina dan India ke sini secara besar-besaran! Rasanya, setiap rakyat bumiputera ketika itu sangat berminat untuk menunjal dahi semua penjajah itu!
Namun, tidak semua perjuangan kekerasan itu membawa kebaikan. Cuba lihat di Indonesia, bagaimana perjuangan kemerdekaan mereka dihiasi dengan pelbagai peristiwa berdarah. Namun, warga Tanah Melayu ketika itu tidak mahu rakyatnya membudayakan sikap sebegitu. Kita punya akal dan mampu memperjuangkan kemerdekaan dengan bijak tanpa sebarang pertumpahan darah! Akhirnya, Malaysia merdeka juga, kan?
Hakikatnya, Mat Indera tersilap langkah dengan menyertai PKM dan mungkin tidak mampu berpatah balik sebagaimana Abdullah CD, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain. Mungkin ketika itu mereka bertanggapan "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Alang-alang menjadi Komunis, biar mati dalam perjuangan meng"komunis"kan Tanah Melayu!
Saya ingin menasihati Baharum, mahupun anggota keluarga Mat Indera yang lain, terimalah hakikat tentang Mat Indera yang tersilap langkah itu. Mungkin dia pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, namun tindakannya itu salah sama sekali kerana perjuangannya itu hanya akan memerdekakan Tanah Melayu dari British dan menyerahkannya kepada Komunis yang juga penjajah!
Malah tindakannya itu akan membuatkan orang menggelarnya sebagai "pengkhianat bangsa". Apa tidak khianatnya jika Komunis telah membunuh lebih 20 ribu rakyat, membakar kanak-kanak hidup-hidup dan melakukan kezaliman di negara ini. Jelas sekali, PKM tidak dapat dimaafkan dan wajar dilabel sebagai pengkhianat negara.
Justeru itu juga, usahlah Mat Sabu, Suhaizan atau mana-mana pemimpin Pas mahupun parti Pakatan Rakyat lain cuba menegakkan jarum yang basah. Rakyat tidak bodoh dan tidak seperti penyokong kalian yang bagaikan lembu dicucuk hidung! Jika degil juga, saya tidak menahan, malah saya lebih suka! Cuma jangan menyesal pada PRU-13 kelak! Selamat membela Komunis saya ucapkan!
Sumber:
klik sini