Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, December 12, 2011

PANASSS..!!! RAKYAT SELANGOR BAKAL MENDERITA TAK ADA BEKALAN AIR..!!!?

Kemelut Loji Sungai Langat 2 masih berterusan. Tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan berlakunya pengenduran oleh kerajaan Khalid-Teresa. Bahkan Khalid Ibrahim sudah acapkali memberitahu bahawa bekalan air di Selangor tidak akan berhadapan dengan masalah melainkan SYABAS, anak syarikat kerajaan negeri yang menguasai konsesi air di Lembah Kelang, terus bermain tarik tali.

Secara kasar, Pahang telah bersetuju untuk menyalurkan air mentah ke Selangor. Selangor akan menapis dan memproses air mentah tersebut dan disalurkan ke seluruh Lembah Kelang. Bagaimanapun persetujuan dan perjanjian tersebut dibuat pada zaman Selangor di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional yang lebih mementingkan masa hadapan rakyat berbanding Pakatan yang lebih mementingkan survival politik mereka berbanding rakyat.


Sudah ada soksek-soksek kedengaran dari Pahang yang mempertikaikan KESUDIAN Pahang untuk menyalurkan bekalan air mentah kepada Selangor. Dengan menjadikan sejarah Johor dan Singapura sebagai hujah, Pahang dikhuatiri terpaksa membeli balik air bersih yang telah diproses oleh Selangor pada harga yang lebih tinggi. Sebaliknya, pihak yang bimbangkan situasi tersebut di Pahang, menekankan Pahang agar mengkaji semula perjanjian yang seharusnya sudah mansuh memandangkan kerajaan yang menandatangani perjanjian dan persetujuan dahulu telah digantikan oleh kerajaan lain. Bahkan pihak di Pahang itu menekankan bahawa air yang disalurkan kepada Selangor seharusnya air bersih yang perlu dibeli oleh Selangor pada kadar harga semasa, bukannya atas dasar bantuan dan kebajikan.

Ada logiknya tindakan pihak yang tidak berpuas hati di Pahang berhubung perjanjian penyaluran dan pembekalan air mentah Pahang ke Selangor. Apatah lagi, yang banyak membuat onar dan bermain kong kali kong adalah Selangor. Selangor masih enggan membina loji pembersihan air di Sungai Langat sedangkan pada masa yang sama, Pahang telah pun bersedia untuk menyalurkan air mentah untuk diproses oleh Selangor.

Suara-suara ‘nakal’ turut kedengaran yang mempersendakan AIR PERCUMA Selangor untuk rakyat dan penduduk. 20 meter padu pertama yang diberi secara percuma walaupun meter padu berikutnya berharga lebih mahal, sememangnya memberikan kredit yang cukup besar kepada Pakatan Rakyat serta Khalid Ibrahim.

“Kita yang bagi air kepada Selangor, orang Pahang mesti bising, mengapa mereka tidak dapat air percuma.”

Itu suara yang sampai kepada Selangor Daily ketika satu pertemuan dibuat dengan Menteri Besar Pahang minggu lepas.

Biarpun secara dasarnya, 20 meter padu yang diberikan secara ‘percuma’ itu bukanlah ‘percuma’ memandangkan harga air di Selangor memang telah dinaikkan, tetapi perkataan ‘percuma’ itu sendiri sudah cukup untuk membuatkan mata kebanyakan rakyat serta penduduk Selangor terutama sekali para penyokong Pakatan, mudah dibutakan dan telinga mereka ditulikan.

Kerosakan empat buah loji pemprosesan air seperti yang dilaporkan oleh media massa minggu lepas di Selangor sebenarnya memberikan gambaran ngeri yang bakal ditempuh oleh rakyat Selangor selagi mereka bernaung di bawah kerajaan yang lebih mementingkan retorik dan politik berbanding kebajikan rakyat. Kerajaan negeri pimpinan Khalid Ibrahim memberikan terlalu banyak alasan untuk bermain tarik tali dengan Pahang berhubung isu air. Apatah lagi projek berkenaan dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan.

Bukan satu rahsia lagi apabila Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri pimpinannya tidak mahu Kerajaan Persekutuan meneruskan projek berkenaan, sebaliknya wang peruntukan untuk projek penyaluran air mentah dari Pahang diberikan kepada kerajaan negeri dengan alasan, kerajaan negeri yang seharusnya menjalankan program berkenaan.

Itu jugalah yang berlaku apabila peruntukan untuk pembaikian serta penyelenggaraan jalan raya di seluruh Selangor yang diletakkan dalam akaun MARRIS berjumlah RM400 juta, sedang digunakan oleh kerajaan negeri Selangor untuk tujuan promosi Pakatan Rakyat. RM100 juta daripada RM400 juta telah ‘dicuri’ oleh Khalid Ibrahim untuk tujuan promosi PKR.

Dengan keadaan jalan raya di seluruh Selangor bermutu rendah serta tidak dijaga, sudah cukup untuk membuktikan bahawa perangai Pakatan dan Khalid Ibrahim sebenarnya lebih mirip kepada penyangak dan perompak yang akan memberikan pelbagai alasan yang dilihat manis dan muluk untuk meneruskan aktiviti jahanam mereka.

Sehingga sekarang, Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat, hanya mampu menyatakan bahawa bekalan air di seluruh Lembah Kelang adalah mencukupi padahal dari sehari ke sehari, kekerapan penduduk berhadapan dengan ‘kehilangan’ air semakin ketara!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!