Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, December 13, 2011

PANASSS..!!! KALAU NAK SELANGOR BANJIR TERUK SATU NEGERI, UNDILAH KHALID "GAGAP" LAGI..!!!


Bencana demi bencana melanda Selangor; suatu ketika PAS gemar melabelkan kejadian ini sebagai “bala” dari Allah Taala akibat dari pemerintahan Barisan Nasional.

Anehnya cerita yang sama tidak berlaku tatkala Kajang dilanda bencana banjir, yang secara mengejut mengakibat kerugian berjuta-juta ringgit. Alasan yang diberikan cukup untuk mengukur baju di badan sendiri, iaitu sejauh mana keberkesanan kutipan sampah di bawah pentadbiran orang korporat seperti Khalid Ibrahim.

Sampah memenuhi Sg Jelok, itulah alasan yang dimomokkan kepada rakyat, tanpa menyedari bahawa ianya menunjukkan betapa sikap mempolitikkan kutipan sampah, atau lebih tepat lagi memindahkan status pemilikan projek kepada kroni-kroni masing-masing mengakibatkan kepincangan proses kebersihan bandar Kajang. Ia berbeza pada waktu BN memerintah, di mana sistem kutipan sampah lebih sistematik dan dilakukan oleh kontraktor-kontraktor berkeupayaan.

Kajian sewaktu zaman pemerintahan BN akan kemungkinan berlakunya banjir di Kajang menunjukkan sikap prihatin kepada perubahan alam sekitar, dan yang paling penting untuk kesejahteraan rakyat. Proses kajian bukanlah sekelip mata, ia mengambil masa bertahun lamanya. Hasil dari kajian tersebut, kerajaan BN pada waktu itu telah mengambil langkah proaktif dengan meluluskan projek Canal City; satu projek tabatan banjir khusus sebagai “preventive measures”.

Namun setelah rakyat Selangor memilih Khalid Ibrahim sebagai menteri besar mereka pada 2008, projek yang telah bermula pada hujung 2007 dan melibatkan keluasan tanah 1,960 hektar telah dibatalkan dengan nasihat dari “konsultan” si Khalid. Projek tebatan yang dijangkakan sepanjang 18 km menghubungkan Sg Klang dan Sg Langat telah diberhentikan serta – merta. Begitulah hebat dan inteleknya “konsultan” kepada Menteri Besar Selangor ini.

Terbukti, konsultansi itu”sangat tepat” apabila rakyat Kajang “dihadiahkan” dengan “pesta air” peringkat Negeri Selangor yang tidak diduga “kemeriahannya”.

Rakyat Selangor pastinya bersyukur dengan “anugerah” ini, yang menunjukkan betapa kerajaan negeri tidak pernah mengabaikan soal hiburan dan pesta untuk rakyatnya. Inilah hasil dari slogan “Selangorku”, menunjukkan apa yang sedang terjadi pada kala ini.

Kalau itu belum lagi dirasai “kemeriahannya”, rakyat Selangor jangan terlupa bahawa satu lagi acara bertaraf antarabangsa dan dinantikan oleh ramai pihak, terutamanya di sekitar Lembah Klang.

Kalau “konsultan” si Khalid memberitahu bahawa banjir tidak akan berlaku di Kajang, konsultan yang sama juga telah memberitahu bahawa air Selangor cukup sehingga 2019, tidak seperti laporan SYABAS dengan konsultan bertauliahnya yang menjangkakan krisis air akan bermula pada 2012 dan di tahap kritikal pada 2014!

Pastinya rakyat Selangor “tidak sabar” untuk bersama-sama Khalid meraikan satu lagi “pesta” yang sehebat banjir di Kajang!

Tahniah kepada rakyat Selangor kerana dianugerahkan konsultan yang “hebat” oleh Menteri Besarnya.


Sumber: Klik sini

1 comment:

Free Man LMAO said...

DOU
Salam Hormat

Tanpa prejudis.
Saya tidak arif mengenai hujan dan sampah di sungai-sungai darul ehsan. Namun, heran jalan cerita
'Sampah memenuhi Sg Jelok' dan
'kemungkinan berlakunya banjir di Kajang menunjukkan sikap prihatin kepada perubahan alam sekitar' dan
'Projek tebatan yang dijangkakan sepanjang 18 km menghubungkan Sg Klang dan Sg Langat telah diberhentikan serta – merta' dan
'krisis air akan bermula pada 2012 dan di tahap kritikal pada 2014'
Duke tentu lebih mengetahui hal ini.

Ya, saya setuju sekiranya DOU ingin maklumkan bahawa yang menjadi masaalah ialah konsultan-konsultan yang entah-entah masih bebas memberi ilmu konsultannya kepada kepala-kepala jabatan negeri yang entah-entah kebolehan mereka mengurus baik di bawah BN atau PR.

Apakah 'konsultan-konsultan ini tidak dipertanggungjawabkan langsung atas kelalaian mereka baik secara sengaja atau tidak sengaja.

Yang menderita akibat kelalaian-kelalaian orang atas ini adalah marhaen di bawah saperti saya.

Anda tentu memahami semuanya kerana anda bersma-sama orang atas-atasan, DOU.

Maaf sekira terkasar bahasa tersilap fakta.

demi bangsa agama dan negara

Bila Kak Su Bersuara... Heh!