Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Monday, December 12, 2011

GEMPARRR..!!! STRATEGI TERBARU DAP TERBONGKAR..!!! MESTI BACAAA..!!!

Walaupun DAP sedang dilihat mengalami pergolakan di Pulau Pinang, ini tidak bermakna DAP di negeri-negeri lain turut mengalami pergolakan yang sama. Ada sesetengah pemerhati politik berpendapat, DAP sengaja menonjolkan pergolakan di Pulau Pinang untuk menutup strategi gelap yang sedang mereka rancangkan diseluruh negara khususnya Selangor.

Berdasarkan sumber terkini yang diperolehi, DAP kini sedang menumpukan usaha untuk menduduki kerusi utama di Selangor selepas Pilihanraya umum ke 13 nanti. DAP mahukan wakilnya menjadi Menteri Besar andainya negeri itu berjaya dipertahankan oleh Pakatan Rakyat. Selain Selangor, Perak juga sedang difokuskan oleh mereka.

DAP sebenarnya telah mempelajari kesilapan mereka di pilihanraya umum yang lalu. Kini mereka sedar, jika parti mereka mahu menguasai sesebuah negeri terutamanya negeri yang mempunyai Sultan seperti di Selangor atau Perak, DAP mestilah mempunyai calon melayu yang berkelayakan untuk menduduki kerusi Menteri Besar disitu.

Sebab itulah ketika ini, DAP sedang berusaha bagi meletakkan calon-calon melayu dikawasan-kawasan yang mereka fikirkan strategik. Semua ini bagi membolehkan mereka menguasai kepimpinan tertinggi sesebuah negeri seandainya Pakatan Rakyat mengulangi kejayaan tahun 2008 dahulu.

Di dalam usaha mengejar kedudukan bagi meletakkan calon-calon melayu, DAP tak pula kelihatan mahu melepaskan kerusi yang dimiliki mereka kepada parti lain. Sebaliknya, DAP dimaklumkan sedang mendesak PAS serta PKR supaya secara sukarela menyerahkan kerusi masing-masing bagi memberi laluan calon melayu DAP bertanding.

DAP memberi alasan, calon melayu DAP lebih berpotensi untuk menang sekiranya bertanding dikawasan melayu, bukannya kawasan majoriti cina di bandar-bandar. Ini menyebabkan PAS serta PKR kini berada didalam dilema sama ada mahu menurut kehendak DAP, ataupun bertegas untuk mempertahankan kerusi-kerusi mereka.

Bagi mengabui mata rakyat Malaysia, DAP kini sedaya upaya untuk menonjolkan parti mereka sebagai sebuah parti yang berbilang kaum. DAP cuba dimomokkan sebagai bukan parti cina dan DAP juga tak hanya memperjuangkan nasib bukan bumiputera.

Sebab itulah jika kita lihat, sejak kebelakangan ini Lim Kit Siang serta beberapa pemimpin cina DAP yang lain sudah mula bercakap mengenai hak bangsa melayu. Mereka sebenarnya mahu bangsa melayu memberi sokongan kepada mereka sekurang-kurangnya sebelum PRU akan datang.

DAP menganggap, melayu-melayu didalam Pakatan sudah berjaya mereka pengaruhi. Dan kini, jika DAP berjaya mendapatkan sedikit sokongan dari melayu atas pagar serta melayu-melayu yang berkecuali, mereka tentunya akan dapat merealisasikan impian mereka bagi menawan Malaysia serta memegang kuasa utama di negeri-negeri.

Inilah perancangan utama parti kiasu berkenaan didalam usaha merebut kuasa di negara ini. Mereka akan berjaya seandainya melayu-melayu masih belum sedar tentang hakikat serta niat sebenar DAP berkerjasama dengan PAS serta PKR didalam Pakatan Rakyat!


Sumber: Klik sini

2 comments:

Anonymous said...

hahaha baru padan muka PAS PKR yang diperbodohkan DAP. hahaha. Amacam? ada telur ker atau dah kena "kasi" dek komunis?

bustas said...

Apa punya kambing la melayu2 ni pilih DAP. Ko tu pemalas sbb tu hidup tak berjaya, salahkan UMNO pulak.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!