Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, August 23, 2011

GEMPARRR..!!! Zuraida Mak Lampir akan di"rantai" neraka..?!!!


Abih la ko Zuraida Mak Lampir..!!! Tok Bomoh KDN dah ngamuk nak tangkap ko! Tu laaa...lain kali melampir lagi merata-rata. Tunggu je kat rumah tu..nanti dapat la "buah tangan" dari KDN...

KDN Timbang 3 Bentuk Tindakan Terhadap Zuraida

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang menimbang bentuk tindakan terhadap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Zuraida Kamaruddin kerana melemparkan tuduhan berat ke atas kerajaan berhubung Program 6P.

Ketua Setiausaha KDN, Tan Sri Mahmood Adam berkata sehingga kini masih tiada laporan polis dibuat bagi mengemukakan bukti berkaitan dakwaan beliau wujud "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika berdaftar pada Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Beliau berkata tindakan yang dipertimbangkan itu adalah sama ada membuat laporan polis terhadap Zuraida, melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) atau mengemukakan saman terhadap beliau.

"KDN mungkin memilih satu antaranya tetapi tidak menolak untuk melakukan ketiga-tiganya sekaligus, dengan mengambil kira tuduhan berat yang dilemparkan Ketua Wanita tersebut bahawa inisiatif kerajaan menerusi Program 6P ini sebagai cubaan untuk menjual kedaulatan negara," katanya dalam kenyataan, di sini, Isnin.

Minggu lepas, Zuraida mendakwa bahawa hasil siasatan PKR mendapati Program 6P mensyaratkan PATI supaya membaca 'skrip bersumpah' menyatakan sokongan kepada UMNO dan Barisan Nasional sebagai sebahagian proses pemutihan.

Zuraida mendakwa kononnya Program 6P adalah muslihat kerajaan untuk mengumpul pengundi bagi pilihan raya umum akan datang.

Mahmood berkata Program 6P adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya ia bertujuan mendapatkan data biometrik setiap PATI untuk rasional keselamatan, khususnya dalam menangani masalah membabitkan kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa. BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Betul ke nak ambik tindakan? KDN bawah kementerian mana? Siapa menteri dia?

Kamal Sanusi said...

Kementerian Amaran Dalam Negeri dgn Menterinya yg hanya berani beri amaran saja.

Menteri ni mai dari parti mana tah? Sapa-sapa tulung habaq sat sbb yg aku tau Umno ni semuanya berani-berani belaka, bukannya setakat beri amaran ajer.

Anonymous said...

jngn takut YB. Berani kerana benar. Puak2 ni masa berkuasa apa pun dia org pulun. ingatlah semua. Sesuatu yg zalim itu ada tarikh luputnya dan sesuatu yg benar pasti akn dtg walaupun lambat.jln terbaik skg ni sama2 lah berdoa agar yg zalim ni dipendek kan umur bagi dirinya dan seluruh keturunanya. Moga Allah melaknat yg zalim dan yg cenderong kepada yg zalim. ammin

Anonymous said...

suruh depa pi balik spore saja. buat apa mai dulu? kalo rasa malaysia dah tak selsa pentadbirannya - pilah balik spore. UMNO tak jemput hang mai dulu.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!