Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, June 21, 2011

Panasss..!!! “Kotor” 2.0: Mat Sabu kufur dengan nikmat akal..!!!


Memang payah untuk Mat Sabu berubah. Sejak muda, hingga ke tua, kerjanya suka buat kacau. Dulu ketika menuntut di universiti, Mat Sabu buat demonstrasi sana sini. Sekarang, walaupun sudah tua, Mat Sabu masih lagi mahu berdemonstrasi seperti “musuh seumur hidupnya”, Anwar Al-Juburi!

Kali ini, Anwar dan Mat Sabu akan bergandingan di dalam Perhimpunan Bersih 2.0 yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ini. Anwar sudah pun mengesahkan kehadirannya. Mat Sabu pula takkan melepaskan peluangnya untuk mengganas seperti zaman mudanya. Cuma, kali ini perhimpunan itu akan turut di”meriah”kan oleh Perkasa dan Pemuda UMNO!

Menurut Mat Sabu, dia dan penyokong-penyokong Pas menyertai perhimpunan “Kotor” 2.0 kerana beranggapan bahawa sistem pilihanraya yang dijalankan SPR kotor dan jahat. Pada saya, orang yang beranggapan begitu adalah berotak tolol dan kufur dalam penggunaan akal yang Allah berikan.

Pada saya, sekiranya SPR menjalankan pilihanraya yang kotor, sudah tentu Kelantan hanya akan kekal sepenggal sahaja di tangan Pas. Sekiranya SPR tidak telus dan dikawal BN, sudah tentu BN tidak akan tewas di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan pada PRU12 yang lalu. Mujurlah Perak dapat dirampas kembali oleh BN dari kerakusan Nizar dan “setan kembar”, Ngeh dan Nga.

Kekalahan teruk atau lebih dikenali dengan ungkapan “tsunami politik” itu jelas membuktikan bahawa NGO yang menggelarkan diri mereka sebagai Bersih itu sebenarnya kotor. Mereka kotor dengan agenda kotor yang ada dalam hati mereka untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Mat Sabu kata lagi, perhimpunan “Kotor” 2.0 diadakan untuk membantah SPR dan Kerajaan, bukan untuk berlawan dengan pihak polis. Suka saya mematahkah hujah bodohnya itu dengan menyatakan bahawa tindakan mengadakan perhimpunan haram itu sendiri mengundang kekecohan dan kekacauan kepada ketenteraman awam.

Justeru itu, apakah gaji anggota polis di negara ini dibayar rakyat untuk membiarkan saja perhimpunan “kotor” 2.0 itu mengganggu kehidupan warga ibukota Kuala Lumpur untuk bercuti dihujung minggu? Sudah menjadi tugas polis untuk menjaga ketenteraman awam. Memandangkan sejarah perhimpunan itu pada 2007 dahulu memalitkan onar terhadap keamanan warga kota, perniagaan dan lalulintas, adalah wajar bagi pihak polis untuk bertindak menghalang perhimpunan itu.

Mahu tidak mahu, pengacau keamanan rakyat harus berdepan dengan pihak polis. Mengganggu rakyat bermakna mengganggu polis. Terimalah akibatnya jika cari pasal dengan penjaga keamanan rakyat itu! Bukankah pihak pembangkang selalu menghina, mengutuk dan mencaci cerca PDRM selama ini? Takutkah berdepan dengan mereka?

Mat Sabu turut meminta agar Perkasa dan Pemuda UMNO meminda perhimpunan bantahan “Kotor” 2.0 pada 9 Julai ini. Alasannya ialah “Kotor” 2.0 berhimpun dengan niat bersih, manakala Perkasa dan Pemuda UMNO berniat kotor dan jahat untuk menghalang kelancaran perhimpunan Ambiga, penyokong muslim murtad itu.

Sekali lagi Mat Sabu menunjukkan bahawa dia dan konco-konconya berfikir dengan menggunakan kepala lutut. Perhimpunan manakah yang bertujuan kotor dan jahat sebenarnya? Perhimpunan “Kotor” 2.0 yang diadakan tanpa sebab, mengacau ketenteraman awam, mengotorkan bandaraya, menyesakkan lalulintas dan menghuru-harakan keadaan yang kotor? Atau perhimpunan anti-“Kotor” 2.0 yang bertujuan menghalang pengacau-pengacau ketenteraman awam itu yang kotor?

Saya fikir, budak yang belum memaiyiz sekali pun mampu berfikir secara waras bahawa Mat Sabu dan “Kotor” 2.0 memang beniat kotor, busuk, jahat dan melampau berbanding perhimpunan Perkasa dan Pemuda UMNO yang mahu menghentikan perosak keamanan rakyat itu. Jelas sekali kesemua hujah Mat Sabu itu tidak boleh dipakai semuanya.

Justeru itu, saya berpendapat, adalah sangat relevan sekali untuk para penyokong parti pembangkang dan rakyat yang terpengaruh dengan dakyah palsu pembangkang ini untuk berfikir 1,000 kali sebelum menyertai perhimpunan tidak bermanfaat ini. Usah berikan sokongan kepada perkara “lagha” yang tidak diajar Islam. Hanya Pas saja yang mengajar begitu, Islam tidak!

Sumber: Klil tang ni...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!