Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, June 19, 2011

Padan muka..!!! Dalam sehari, dua kali Pakatan Haram ditampar DYMM Agong!

Daulat Tuanku..!!! Allahu Akbar..!!!

Sedap kena penampar? Dua kali kena tampar! Nak lagi? Itulah lain kali jangan cabar kesabaran DYMM Yang DiPertuan Agong dan rakyat. Jangan duga tolak ansur DYMM Yang DiPertuan Agong dan rakyat. Kesabaran Baginda dan rakyat ada batasnya. Kalau dah melampau sangat, kan dah kena dua kali penampar jepun!

Tamparan pertama yang ditujukan khas kepada Pakatan Haram ialah mengenai "titah DYMM Yang DiPertuan Agong yang mengarahkan agar pilihanraya masjid yang cuba diadakan oleh Khalifah Pas, Guan Eng, ditangguhkan"! Sedap kena penampar?

Memang kurang ajar Guan Eng ni. Mujurlah kedudukan Islam telah diletakkan ditempat yang tertinggi oleh UMNO ketika menggubal perlembagaan di awal merdeka dulu. Agama Islam dinegeri tidak bersultan diletakkan di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong. Maka selamatlah kedudukan Islam dari dinodai oleh Guan Eng dan DAP laknatullahi alaihim!

Jika diharap pada Pas, maka dianggukkan saja kemahuan Guan Eng tu. Mana Pas ada bantah pun pilihanraya masjid tu. Pas takkan berani bantah punya. Bukankah Guan Eng itu "Khalifah" kepada penganut-penganut Pas. Hanya Pas saja yang iktiraf Guan Eng tu sebagai "Khalifah". "Khalifah" Pas tu nak lelong Islam pun, Pas tak berani nak melawan, pakai anggukkan saja. Macam tu ke perjuangan Islam? Podddaaa chaiiitt..!!!

Syabas dan tahniah kepada DYMM Yang DiPertuan Agong atas titah Baginda itu, ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Nak harapkan Pas, Islam dipijak Guan Engn pun, Pas tetap akan kata "yes" pada Khalifah mereka itu!

Penampar kedua pula ialah mengenai kenyataan dari Panglima ATM, Tan Sri Zulkiflie Mohd Zain, yang menyatakan kesediaan ATM untuk membantu PDRM mengawal ketenteraman awam pada perhimpunan Bersih 2.0 yang dianjurkan Ambiga, Ratu Pluralisme Malaysia. Dalang perhimpunan haram itu adalah tidak lain tidak bukan, Pakatan Haram Laknatullahi Alaihim!

Nah! Sekiranya benar ATM akan turut serta pada perhimpunan Bersih 2.0 kali ini, maka tidak mustahil puak-puak yang cuba mencetus kekecohan itu akan dibelasah cukup-cukup oleh ATM! Tak ada kesian punya! Siaplah kena ketuk dengan helmet askar pulak lepas ni!

Sebagaimana yang kita tahu, ATM juga adalah di bawah kuasa DYMM Yang DiPertuan Agong. Nampaknya, DYMM Yang DiPertuan Agong sangat sayangkan rakyat negara ini hingga membenarkan tentera campur tangan di dalam menjaga keamanan ibu negara yang diancam puak-puak Pakatan Haram yang baru keluar dari hutan itu! Daulat Tuanku!

Saya melihat, dalam kedua-dua perkara ini, DYMM Yang DiPertuan Agong memainkan peranan yang besar dalam memastikan keamanan rakyat dan dalam negara sentiasa terpelihara. DYMM Yang DiPertuan Agung, Sultan Mizan Zainal Abidin, ternyata bukan calang-calang Agong yang Malaysia pernah ada. Baginda tegas, bijak, terpelajar dan penuh berkhikmah dalam tindakannya. Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku. Dirgahayu Tuanku!

PDRM mungkin mampu mengawal keamanan, namun pada saya, ATM juga diperlukan bagi mengawal keadaan pada 9 Julai ini. Sejarah perhimpunan Bersih pada tahun 2007 menyaksikan bagaimana PDRM sendiri tidak menang tangan dalam menangani keadaan.

Malah ada anggotanya yang tercedera, vandalisme, dan premis perniagaan terganggu operasi. Adalah sangat wajar KPN atau Timbalannya bekerjasama dengan ATM kali ini. Jangan la sombong, tuan...

Sumber: MyKMU.net

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!