Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Tuesday, June 21, 2011

Hahahahaaa..!!! Puas hati aku Malaysiakini kena dengan Hakim Mahkamah..!!!


Perbicaraan Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini dikejutkan dengan perkara berbangkit mengenai laporan bohong oleh Malaysiakini.com.

Seperti dilaporkan oleh Facebook: Live Perbicaraan Dr Khir Toyo, peguam bela Dr Khir telah membangkitkan isu laporan bohong oleh Malaysiakini mengenai perbicaraan semalam, “PKNS: Shamsuddin’s firm given ‘rare’ treatment”.

Pendakwaraya kemudiannya memaklumkan kepada Hakim Datuk Mokhtaruddin Mohd Baki bahawa beliau telah menyemak transkrip perbicaraan dan mendapati tiada soalan dan jawapan seperti yang ditulis oleh Malaysiakini dalam tajuk berita dan juga para 8 berita tersebut.

Berita para 8 Malaysiakini.com tersebut:

“But questioned by the judge, Justice Mohtaruddin Baki, he admitted that the move to scrap the performance bond was “rare” for PKNS.”

Hakim kemudiannya merujuk nota beliau dan menyatakan beliau hanya bertanyakan dua soalan kepada Datuk Harun Salim yang salah satunya ialah mengenai tanah tersebut milik siapa, PKNS atau Kerajaan Negeri.

Hakim kemudiannya memberi amaran kepada Malaysiakini agar tidak memutarbelitkan prosiding mahkamah. Hakim juga mengingatkan semua wartawan agar melaporkan dengan tepat prosiding mahkamah.

Wartawan Malaysiakini terbabit berada di dalam mahkamah tetapi hanya mendiamkan diri.Wartawan terbabit tidak hadir dalam prosiding awal keterangan Datuk Harun, beliau hanya hadir ketika keterangan Datuk Harun hampir berakhir iaitu sesi sebelah petang.



Sumber: Click sini!

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!