Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Thursday, April 7, 2011

PAS ketandusan calon di N15 Muara Tuang!


Tidak siapa menyangka, seorang penjual kuih yang berasal dari Kelantan, Noraini Hamzah, dari Dewan Muslimat PAS mampu menewaskan individu-individu pembangkang lain untuk dinobatkan sebagai calon pembangkang untuk bertanding di N15 Muara Tuang, bagi Pilihanraya DUN Sarawak kali ini.

Noraini adalah anak Kelantan yang mengikut suaminya yang merupakan bekas askar yang kini bertugas sebagai pemandu di UNIMAS, dikhabarkan sudah lebih 30 tahun menetap di Muara Tuang.

Mungkin di Muara Tuang sudah tidak punya anak jati Sarawak yang mampu untuk menewaskan calon Barisan Nasional, Ali Mahmud, adik kepada Pehin Seri Abdul Taib Mahmud. Mungkin kerana ketandusan calon tempatan, maka "makcik" Noraini ini telah dipilih untuk mengetuai penduduk Muara Tuang untuk memajukan kawasan tersebut.

Mampukah Noraini memastikan DUN Muara Tuang meningkat maju sebagaimana yang telah dilakukan oleh wakil rakyat dari BN yang diwakili dari PBB sebelum ini? Dan mampukah seorang yang berkelulusan "tinggi" seperti Noraini ini, memacu kemajuan sosio-ekonomi yang lebih baik berbanding BN?

Baca seterusnya di Kenyalang Report...

No comments:

Bila Kak Su Bersuara... Heh!