Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Wednesday, December 15, 2010

Duke pilih Mukhriz untuk UMNO Kedah!


Duke rasa terpanggil untuk memberikan sedikit komen tentang desas desus rombakan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Ramai rakan-rakan yang menghubungi Duke meminta agar Duke menzahirkan pendapat tentang rombakan yang dikatakan bakal mengubah lanskap dan hala tuju Badan Perhubungan UMNO Kedah. Namun Duke sedar, siapalah Duke untuk berlebih-lebih dalam hal ini. Semuanya bergantung kepada Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO Malaysia dan penilaian beliau yang akan dizahirkan pada rombakan UMNO Kedah tidak lama lagi.

Duke pernah menyenaraikan 15 orang Ketua Bahagian UMNO di Kedah dan mengadakan undian di blog kampungan ini, bagi mencari seorang Ketua yang layak untuk menjadi MB Kedah sekiranya UMNO/BN berjaya merampas kembali Kedah dari terus dijajah pakatan PKR, DAP dan PAS. Namun, seperti yang Duke jangkakan, undian tersebut mendapat bantahan ramai berikutan nama Mukhriz dan beberapa tokoh UMNO Kedah tidak tersenarai. Sebenarnya, Duke sengaja berbuat demikian untuk menyampaikan sebuah "mesej" secara sinikal. Pada yang faham, tentunya mengerti apa yang terkandung di sebalik "pole" tersebut.

Nah! Sekarang masanya untuk merayu kepada Dato' Seri Najib. Siapakah yang dirasakan paling layak untuk mengepalai Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah?

Mengikut tinjauan Duke, ramai rakan-rakan blogger yang mahu Dato' Hj. Mukhriz Mahathir diberikan peluang untuk mengetuai UMNO Kedah sekaligus menggantikan Dato' Seri Shafie' Afhdal yang bagaikan "tak menang tangan nak handle" UMNO Kedah ini. Itu satu pandangan yang mendapat sambutan ramai akar umbi.

Namun, ada juga pendapat yang memberikan sokongan kepada Mahadzir Khalid yang juga bekas Menteri Besar Kedah. Menurut pendapat ini, adalah tidak adil untuk menyalahkan Tok Det Khalid di atas kekalahan Kedah memandangkan bahawa punca sebenar gelombang Tsunami pada PRU12 dulu berpunca dari kepimpinan Pak Lah dan menantunya di peringkat pusat.

Ada juga pendapat yang mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Seri Jamil Khir mengambil alih mengetuai UMNO Kedah. Pendapat ini diberikan berdasarkan Jamil Khir merupakan "pemimpin pilihan Presiden" yang secara "automatik" diangkat naik secara mendadak.

Ada juga segelintir pendapat kecil yang mahu memberikan mandat besar ini kepada Dato' Paduka Ahmad Bashah yang kini berjawatan "Boss No.2" UMNO Kedah. Pendapat ini pula diberikan berdasarkan Tok Bashah adalah "orang lama", "berpengalaman" dan "beri muka". Namun, alasan yang diberikan terlalu rapuh untuk diterima pakai.

Sesunggguhnya rombakan kepimpinan UMNO Kedah ini bukan satu tugasan mudah untuk Dato' Seri Najib. Sebelum ini, Duke diberitahu bahawa Dato' Seri Najib sering menerima "report yang sedap di dengar", sebagaimana "report" yang pernah Pak Lah terima dahulu. "Report" tentang UMNO Kedah itu begitu "sedap" dibaca, bagaikan UMNO Kedah boleh memang pilihanraya "anytime"!

Mujurlah ada sumber yang memberitahu Duke bahawa Dato' Seri Najib tidaklah menerima bulat-bulat "report sedap di dengar" itu. Beliau ada "back up report" katanya...

Pada pendapat Duke yang tak berapa bijak ini pula, tokoh pilihan Duke untuk mengepalai Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah adalah tidak lain tidak bukan, DATO' HJ. MUKHRIZ MAHATHIR. Duke tidak bermaksud untuk meniru atau "ikut kata kawan-kawan" yang ramai meminta Dato' Mukhriz pulang berjasa di kampung halamannya. Duke ada alasan yang tersendiri...

Duke masih ingat. Duke, AloQSeTaQ dan Bapak3 pernah berkesempatan bertemu Dato' Mukhriz di Pondok Mahaziran suatu ketika dahulu. Ketika itu Dato' Mukhriz baru saja dilantik sebagai Timbalan Menteri MITI. Kami berempat bertentang mata. Kami merayu dan memohon pertimbangan dari Dato' Mukhriz untuk menyatakan kesediaannya untuk mengepalai UMNO Kedah. Namun agak hampa apabila Dato' Mukhriz "menolak" rayuan bersungguh kami bertiga. Namun kami tidak terkilan kerana Dato' Mukhriz memberikan alasan yang cukup waras, rasional dan bernas untuk diterima oleh akal kami.

Namun baru-baru ini, kenyataan Dato' Mukhriz menyatakan kesediaannya untuk mengepalai UMNO Kedah sekiranya dipilih oleh Presiden UMNO adalah cukup mengembirakan hati Duke dan rakan-rakan. Semangat kami bagaikan kembali membara untuk berjuang bermati-matian untuk memastikan UMNO Kedah gagah kembali! Semangat kami bagai dibakar untuk terus berjuang berketuakan seorang pemimpin yang sangat layak untuk dijadikan "ikon" UMNO Kedah. Seorang tokoh muda UMNO yang dihormati kawan dan lawan! Beliaulah sandaran transformasi UMNO Kedah demi merealisasikan harapan, dan nafas baru rakyat Kedah yang semakin lemas dibawah kebobrokan Kerajaan PAS Kedah!

Mukhrizlah pilhan Duke untuk dinobatkan sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah! Biarpun begitu, janganlah rakyat dan semua ahli UMNO meletakkan harapan yang tinggi menggunung terhadap anak muda yang bernama Mukhriz Mahathir ini. Bro Mukhriz bakal berhadapan tugas yang sangat getir untuk dilalui. Usahlah mengharapkan Mukhriz mampu menawan Kedah dalam sekelip mata. Banyak lagi "kerosakan" dan "kelemehan" UMNO Kedah yang perlu diperbaiki oleh anak mantan Perdana Menteri ini. Beliau perlu diberi peluang dan perlu diberi kerjasama sepenuhnya oleh semua pihak.

Jika Bro Mukhriz dipilih, maka perlu diingat bahawa rintangan paling getir yang perlu dilalui oleh beliau ialah "warlord-warlord" UMNO Kedah terlebih dahulu. Jangan diambil ringan pengaruh "warlord-warlord" UMNO Kedah ini. Mereka sudah lama bertapak dan meluaskan pengaruh politik mereka. Mereka begitu "jaguh" di mata ahli UMNO Bahagian masing-masing. Mereka mungkin "jaguh" di mata ahli UMNO Bahagian mereka, namun itu tidak bermaksud mereka juga "jaguh" di mata rakyat di DUN atau Parlimen masing-masing!

Apakah "warlord-warlord" ini akan begitu ikhlas dari lubuk hati untuk berketuakan seorang anak muda "berkepala botak ditengah" yang datang dari Kuala Lumpur (Mukhriz tidak membesar dan menetap di Kedah) untuk menjadi Ketua mereka? Mereka punya "ego" dan "seniority" yang menjadi penghalang "keikhlasan" hati untuk menerima Bro Mukhriz sebagai Ketua Badan Perhubungan UMNO Kedah. Perkara ini sedar atau tidak, Bro Mukhriz perlu hadapi dengan bijak...

Apa yang Duke tahu, kini Mukhriz sedang di"himpit" oleh golongan "opportunist" yang ke hulu ke hilir bersama beliau. Pantang Bro Mukhriz pulang ke Kedah, pastinya mereka-mereka ini akan mencari jalan bertemu dengannya. Nak Mukhriz "tolak", tak manis pula..risau dikatakan sombong. Bila dilayan, menjadi-jadi pula! Hati-hati Bro Mukhriz. Semoga Bro Mukhriz dapat mengenal pasti "siapa kawan dalam perjuangan" dan "siapa lawan dalam kawan". "Lawan dalam kawan" lebih memeritkan untuk dihadapi!

Apapun, Duke mengharapkan yang terbaik untuk Dato' Mukhriz. Sama ada Mukhriz terpilih sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah atau tidak, Duke tetap memilih Bro Mukhriz sebagai tokoh UMNO terbaik untuk mengemudi kapal UMNO Kedah yang kini ternyata "mandom"n "hambar" dan "serba tak kena". Duke mengharapkan transformasi yang dilaungkan oleh Dato' Seri Najib akan berjaya direalisasikan oleh Bro Mukhriz di Kedah. Itu harapan peribadi Duke...

Pada Dato' Seri Jamil Khir, Tok Det Khalid, Tok Bashah dan semua tokoh UMNO Kedah pula, bukanlah Duke menafikan kepimpinan kalian. Namun, berikanlah kerjasama sepenuhnya kepada Dato' Mukhriz Mahathir ini kerana beliau lebih "relevan" dan "reliable" dari kaca mata akar umbi UMNO dan yang paling penting, dari kaca mata rakyat Kedah sendiri! Pergilah tanya orang ramai di market borong, pasar malam, shopping complex, sawah bendang dan "nat-nat" kampung, "survey" dan "rating" pastinya memihak kepada nama "Dato' Mukhriz Tun Mahathir"! Jangan kecil hati. Terimalah hakikat. Dato'-Dato' sayangkan UMNO, kan? Mahu UMNO Kedah kembali gagah, bukan? Jadi berilah kerjasama terbaik. Alahhh..itu pun kalau Dato' Mukhriz terpilih...kan?

Jika benarlah perkhabaran desas desus yang kuat berdengung ditelinga Duke, maka Duke ucapkan "alhamdulillah", syukur ke hadrat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rahmat. "Sirih bakal pulang ke gagang" akan menjadi kenyataan? Sama-samalah kita berusaha gigih untuk memastikan perkara ini berlaku. Kemudian sama-samalah kita ketepikan segala sengketa lama dan perbezaan pendapat yang tidak menguntungkan UMNO Kedah. Selepas itu sama-samalah kita mengembeling tenaga, masa, wang ringgit dan apa yang kita ada untuk merampas kembali Kedah Jelapang Padi ini dari terus diliwat pakatan "penipu" rakyat. Dan kemudian kita perlu sentiasa berdoa dan bertawakkal pada Allah S.W.T agar memberikan kemenangan kepada Islam, Bangsa Melayu dan Tanah Melayu yang ikhlas dibawa untuk rakyat Kedah. Dari UMNO/BN kepada rakyatlah kami berkhidmat hingga ke akhirnya....

Wallahua'alam.

5 comments:

red said...

sokong pendapat duke

Wake UP! said...

Datuk Mukriz adalah pilihan terbaik untuk Kedah.

beribesaq said...

kepada Dato' Mukhruz....jangan terperangkap...jangan di perangkap....jangan masuk perangkap...pujian dan sanjungan sebenarnya umpan, pujuk,,,rayu,,emosional adalah bencana dan bala...hati-hatilah....politik memang macam tu...bila nak naik dipuja,,di puji..bila jatuh dipijak...dilanyak dilupakan....

Kamal Sanusi said...

Penang dah tentu sukar utk BN ambik balik. Itu pendapat aku kerana populasi kaum yg dikatakan imigran tapi ada MyKad lebih tinggi.

Kalau isu dalaman um-NO Kedah pun dok bergolak, aku rasa mungkin sukar utk BN ambik balik.

Therefore, make your small house in order dulu sebelum berangan nak duduk rumah yg lebih besaq.

FULL-STOP!!!


Wakakakakakakakak.............

aku_aku said...

SALAM,

Rakyat Kedah (Orang UMNO, atas pagar dan pembangkang yang tidak tegar)mengharapkan Mukhriz untuk menjadi PPU Kedah. Begitu juga media dan Blogers Pro-BN.

Dakwaan Ketua2 Bahagian tidak akan bekerjasama dengan Mukhriz sekiranya dia dilantik sebagai PPU Kedah, itu hanyalah MENIPU. Hari Ahad (19/12/2010) adalah buktinya. Majoriti KB di Kedah sebenarnya bersikap berkecuali. Mereka bersedia menerima Mukhriz sebagai PPU Kedah jika itu yang Najib letakkan.

Kesimpulan mudahnya, kalau Najib betul2 nak buat transformasi politik, inilah masanya dia mengotakan apa yang diperkatakan.

Harapan kita, Najib utamakan kemahuan rakyat seperti selalu dilaungnya. Jika takut dengan ugutan 3,4 orang KB tu, alamat bungkuslah BN Kedah kerana Najib menolak kemahuan rakyat... itu saja yang kita mampu katakan.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!