Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, July 17, 2009

Nik Aziz: Gaya Kepimpinan "Nabi"???


Siapa tidak kenal dengan Nik Aziz. Individu yang digelar "Tok Guru" atau "Tuan Guru" oleh ramai pengikut ajaran PAS dan Pakatan "Riot" umumnya. Nik Aziz berlatar belakangkan pendidikan agama dari India, Pakistan dan Mesir. Menjadi ahli PAS pada 1967 dan menjadi MB Kelantan sejak 1990 hingga kini. "Tok Guru" PAS ini berumur 78 tahun, dan mentadbir Kelantan sebagai MB Kelantan lebih dari 18 tahun. Sepanjang perjalanan karier politiknya, "Tok Guru" PAS ini kononnya membawa kepimpinan "ulama" atau kepimpinan "nabi"? Mungkin itulah yang cuba digambarkan oleh penulis buku di atas!

Apakah benar Nik Aziz membawa pendekatan gaya kepimpinan "nabi"? Atas ukuran apakah penulis buku tersebut membuat perkiraan? Tidak dinafikan bahawa Nik Aziz adalah satu-satunya MB yang ber"jubah" dan ber"serban". Tapi, apakah cara pemakaiannya yang mengikut sunnah Rasulullah S.A.W itu sudah cukup untuk menilai bahawa Nik Aziz mencerminkan kepimpinan "nabi"? Apakah dia juga "maksum" dalam setiap akhlak dan muamalahnya selama mana dia memimpin rakyat Kelantan dan PAS? Sedangkan begitu banyak konstroversi yang mampu memecah belahkan aqidah dan perpaduan umat Islam di Malaysia, apakah itu gaya kepimpinan "nabi" dahulu? Bolehkah ditafsirkan sedemikian?

Nik Aziz pernah menghalalkan "carutan" Shanon Ahmad yang menulis buku "Shit!". Nik Aziz begitu membela Shanon yang begitu banyak "mencarut" dalam bukunya. Sehinggakan Nik Aziz "sanggup" mengatakan bahawa "Allah juga mencarut", "Allah juga gedebe" dan sebagainya. Inikah gaya kepimpinan "nabi" yang penulis ini maksudkan?

Nik Aziz pernah dahulu mengkafirkan ahli-ahli UMNO kerana "berkawan" dengan orang bukan Islam di dalam pakatan Barisan Nasional. Katanya "haram". Sedangkan Nik Aziz sendiri tahu apa bezanya kafir "zimmi" dan kafir "harbi". MCA, MIC dan lain-lain parti komponen BN tidak pernah menolak Islam sepanjang pentadbiran BN sebagai sebuah Kerajaan. Namun kerana "gila kuasa", Nik Aziz sanggup "menelan kembali ludah"nya.

Demi untuk "menghalalkan" tindakan PAS bergabung bersama DAP dan PKR, Nik Aziz sanggup mengeluarkan kenyataan "berkawan dengan syaitan pun tak apa"! Sudahlah kafir yang dikawannya itu kafir "harbi" yang terang-terangan menolak Islam, sanggup pula dia menggalakkan "berkawan dengan syaitan"? Karpal pernah berkata "over my dead body" ketika usul untuk mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam. Tapi, Nik Aziz mahu juga "berpeluk" dengan DAP yang sangat bertentangan dengan matlamat PAS itu? Itukah individu yang digelar "Tok Guru", "ulama" dan gaya kepimpinan "nabi"? Layakkah dia?

Sudah 18 tahun Nik Aziz memerintah Kelantan sebagai MB. Pada awal pemerintahannya, jika ditanya tentang pembangunan di Kelantan, Nik Aziz begitu kuat menyelar Kerajaan Pusat yang kononnya tidak memberikan peruntukan yang mencukupi. Anwar Al-Juburi sebagai Menteri Kewangan ketika itu pernah membentangkan belanjawan kepada Kelantan dan meminta Kelantan supaya "bijak berjimat cermat". Namun, selepas 18 tahun memerintah, takkan sedikit pun tiada pembangunan? Pernahkah Kerajaan Kelantan membina masjid? Yang banyak dibinanya hanyalah Patung Berhala Siam dan Nik Aziz sendiri rela hati memberikan sebahagian peruntukan kepada pembinaan Patung Siam terbesar di Asia Tenggara tersebut? Begitulah Mursyidul Am PAS yang membela Islam di Kelantan.

Konstroversi yang terbaru yang dilakukan oleh Nik Aziz ialah pada Muktamar PAS baru-baru ini. Persiden PAS dan Timbalan Presiden PAS yang dipilih oleh seluruh ahli-ahli PAS secara demokrasi mencadangkan agar PAS dan UMNO duduk semeja untuk berbincang mengenai "Kerajaan Perpaduan". Dengan bongkaknya, Nik Aziz yang kalah pencalonan Presiden PAS itu menempelak Presiden PAS, Timbalannya dan sebahagian pemimpin PAS yang menyokong "Kerajaan Perpaduan" sebagai "Boneka UMNO". Bayangkan, sebuah usul yang sangat murni oleh Presiden PAS untuk mencari titik pertemuan penyatuan umat Islam di Malaysia, telah ditentang habis-habisan oleh Nik Aziz! Kepimpinan "nabi" jenis apakah yang menentang penyatuan umat Islam di Malaysia? Hatta Ustaz Nasha pun di"halau" keluar dari PAS dan Nik Aziz sendiri tidak mahu "melihat" wajah Nasha ketika bersalaman. Inikah akhlak seorang pemimpin gaya "nabi"?

Astaghfirullahil'azim. Paling menyedihkan Nik Aziz pernah "memfitnah" Rasulullah S.A.W mempraktikkan "kronisme" ketika Baginda memerintah kerajaan Islam dahulu. Apakah ketika itu sudah wujud amalan "demokrasi" dan pilihanraya sebagaimana sekarang? Wujudkah "Harakah" yang berkempen siang dan malam? Apakah dengan terlantik Amirul Mukminin secara sistem Khalifiyyah itu mencerminkan Rasulullah mengamalkan "kronisme" sebagaimana yang di dakwa Nik Aziz? Sanggup Nik Aziz berkata demikian? Tahukah Nik Aziz tentang erti dan bagaimana yang disifatkan sebagai amalan "kronisme" yang digembar-gemburkan oleh Anwar sebelum ini?

Amat sedih sekali Nik Aziz ini. Namun, inilah individu yang diangkat penulis buku di atas sebagai mencerminkan gaya kepimpinan "nabi". Bukan saya menafikan pendapat penulis mahupun kreadibiliti Nik Aziz, namun...layakkah Nik Aziz diangkat sebegitu? Anda fikir-fikirkan lah...

5 comments:

Detguaq said...

Jika ditanya kepada mereka yang mendewakan n.ajis, maka dewata rayalah yang keluar digambaran. Jika ditanya kepada yang tidak mandangpun dgn n.ajis ni, antara jawapannya ialah ini ulamak politik yang meletakkan politik setinggi agama.

Anonymous said...

Bila tsunami politik Malaysia berlaku pada Mac lepas , ramai yang pikiaq , rakyat Malaysia sudah matang di dalam pemikiran politik.
Sebaliknya , kita masih taksub sepenuhnya kepada pemimpin masing-masing.(tak kira umno , pas , mahupun di dalam politik kecil seperti dalam jawatankuasa kampung atau sekolah)
Sifat taksub kepada pemimpin bukanlah ajaran Islam.Kita dianugerahkan otak untuk berfikir , tak semestinya apa yang pemimpin parti ikutan kita itu semestinya benar , dan sudah tentu tidak semestinya salah.
Pucuk pangkalnya , ada otak , fikirlah sendiri.Saya seorang yang merdeka , pemikiran saya tidak dikelabui oleh pemikiran pemimpin parti saya.Jika semua boleh berfikiran begini , tiadalah sifat bermusuhan ( atau sikap menyerang peribadi orang lain ) demi politik.
Kita semua dapat duduk semeja dan bersembang disamping menghormati pandangan dan pemikiran masing-masing.Bukan mengikut ajaran pemimpin parti yang memusuhi semua orang.Wallahualam.Lu pikiaq la sendiri.

yuhana said...

Jauh panggang dari api..

Anonymous said...

"Nik Aziz: Gaya Kepimpinan "Nabi"???"

BAGI SAYA NIK NAJIS INI LAYAK KITA BERI DIA GELARAN " NIK AZIZ GAYA KEPIMPINAN GEMBALA BABI JANTAN "

GEMBALA BABI JANTAN SEBAB NYA BILA BABI BETINA MENGAWAN, NIK NAJIS AKAN MEMBAWA BABI JANTAN UNUTK SI-BABI BETINA.

ITU LAH LAYAK NYA GELARAN UNTUK NIK AJIS SYAITAN NI.

Anonymous said...

salam,nik aziz mmg bukan nabi tp lebih mirip kpimpinan nabi dr pak jib...bini sendiri x leh pimpin apalagi nak pimpin rakyat kpd islam..kepimpinan melalui teladan beb..wat anon 11.51,klu nik aziz tu gembala babi maka keluarga nko tu la babi babinya kahkahkah

Bila Kak Su Bersuara... Heh!