Saturday, March 14, 2020

ANWAR AKAN TEKAN PH KEDAH CERAIKAN BERSATU?


Macam yg saya titipkan dlm entry semalam, politik ni berubah mengikut keadaan & gerakannya bergantung kpd gerakan lawan, sekutu & keadaan sekeliling. Kemudian, politician tu akan buat keputusan berdasarkan kepentingan politik politician tu sendiri...

Maksud saya, kalau setakat diorg cakap "demi kepentingan negara, rakyat awam bla..bla.." tu, itu hanya secondary saja. Tapi premier motive mesti dibuat selaras dgn kepentingan diri & politik politician tu... No offense, tak semua ahli politik begitu, tapi kebanyakkannya memang begitu...

Nampaknya Pak Syeikh kita dah buat "serangan balas" semalam....

Friday, March 13, 2020

TOK UBAN PECAH RAHSIA PERCATURAN TUN M..???


Hanya mereka yg benar2 faham gaya pemikiran & gaya politik Tun M saja yg akan dapat baca apa yg berlaku sekarang. Bermula dari meeting Majlis Presiden, Tun M letak jawatan, Bersatu keluar PH, TSMY dilantik PM dan hinggalah terbentuknya Kjaan PN...

Walau tak setepat mana & accuracy analisis tu tak capai 100%, tapi peratus bacaan selalunya 75% hingga 80% dah memadai. Mungkin ada tertulis atas story board, tapi story board sebenar selalunya Tun M simpan dlm kepala...

SIAPA AKAN CABAR JAWATAN PRESIDEN BERSATU..? HEH..!


Mereka yang mengkaji dgn teliti gaya politik Tun M, dah tentu mengakui beliau sanggup buat atau katakan apa saja asalkan dia menang & dipandang tinggi. Apa2 game pun, dia akan pastikan dia menang....

Thursday, March 12, 2020

ADA YG BAKAL LOMPAT DI KEDAH?


Semalam, YB Sanusi selaku Ketua Pembangkang Dun keluarkan statement menjangka akan berlaku perubahan Kerajaan Negeri di negeri Kedah minggu depan. Katanya perubahan tu berlaku akibat "pergeseran pergerakan macam muka bumi ini akan berganjak untuk mengambil tempat masing-masing".

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah tu kata, PAS Kedah tetap tunggu "buah luruh sendiri". Mana yg luruh dulu, MN akan "kawan", katanya. Tapi...

Wednesday, March 11, 2020

AKU JOIN PARTI BERSATU..?


Aku masih ingat lagi, ketika mana Bersatu baru ditubuhkan, seorang sahabat ajak & memujuk aku supaya sertai parti barunya, aku sengih menyeringai depan dia. Dia diam, aku pun diam...

Dalam sengih, spontan aku jawab...

Tuesday, March 10, 2020

TANPA DAP, WAJARKAH KITA BANTU KERAJAAN SEKARANG?


Berakhirlah sudah istiadat mengangkat sumpah barisan menteri kabinet di istana negara sebentar tadi. Dengan ini, rasmilah mereka menggalas tugas berat, memikul amanah negara demi memastikan kesejahteraan & kebajikan rakyat kembali menjadi keutamaan...

Ya. Tugas berat. Setelah banyak dasar2 negara dijahanamkan oleh pemimpin DAP dlm kabinet PH selama hampir 2 tahun, menteri2 yang baru dilantik ini terpaksa memperbaiki keadaan dalam tempoh yang amat singkat...

Monday, March 9, 2020

JANGAN PEDULI DRAMA "DEPA", TERUS BINA KEMBALI NEGARA...


Alhamdulillah.. Hari ni, kita dapat kabinet baru Malaysia. Ada yg suka, ada yg tak suka. Ada yg puas hati, ada yg tak puas hati. Bila tak puas hati, ada je la yg tak kena di mata depa.. 

Pada aku, kita harus sedar bahawa adalah amat mustahil utk puaskan hati semua manusia. Hatta Rasulullah SAW walaupun seorang manusia yg sempurna, namun pihak2 yg "buta", "tuli" & "pekak" tetap tak puas hati pada baginda...

Frankly, krisis politik yg melanda negara kita baru2 ni buat ramai yg muak & bosan kat budaya politik & ahli2 politik tertentu. Negara tengah kalut dengan Covid-19, ekonomi down, kos sara hidup etc, tapi depa tak habis2 dgn drama depa...

Mula tu depa seronok. Tapi lepas tu hampir 2 tahun depa dok gaduh sesama depa, ramai yg kritik tak nampak hala tuju negara. Habis dasar2 negara jahanam. Rakyat mula tu boleh sabar.. tapi dah makin melampau, maka jangan salahkan rakyat jika rakyat makin marah... 

Time tu jugak la ada yg letak jawatan, ada pulak yg "gila-gila" nak jadi PM, Tiba2 Malaysia takdak kerajaan. Politik negara time tu hancus! 

Tapi mujur la ada YDPA, baginda la yg settlekan semua kekalutan drama org2 politik ni. YDPA dgn kuasa yg ada menurut Perlembagaan pun lantik TS Muhyiddin sebagai PM. 

Tapi depa tu tak berubah jugak. Dok nak berdrama jugakkkk.. Depa hentam pulak Muhyiddin tiap2 hari. Pengkhianat la, perompak mandat la, kanser la, itu la, ini la. Hari ni PM umum kabinet baru, maka dah tentu la depa tak lepaskan peluang hentam PM & kabinet baru...

Cuba tengok perangai & budaya depa, khususnya "2 clan" ni. Dah lebih 20 tahun dah, asyik depa ja yag dok buat drama sampai negara jadi tak stabil. Lagu ni punya gaya, jangankan rakyat, aku sendiri pun muak la tengok... 

Walaupun tak semua ahli politik mcm depa kat Malaysia ni, tapi apa yg depa buat ni dah mencemar imej pentas politik negara. Satu dunia tengok kita. Aku rasa Jokowi sengih ja tengok politik Malaysia... puak Barat nuuu mungkin dah ketawa berdekah-dekah.. udah2 la boss... 

Pada aku, YDPA dah buat keputusan & dah bertitah. So follow je la TS Muhyiddin sbg PM. Yang nak drama lagi tu apa hal? Yg mana sebelum ni pembangkang, jangan ulang perangai lama pulak. Insafilah apa yg berlaku.. Dah jadi kerajaan balik ni, buat elok2.. jgn dok buat perangai PH...

Bersatu ka, UMNO ka, PAS ka, apa ka, jangan dok gaduh pikiaq sangat. Buka buku baru, perform betul2. Negara perlukan anda. Maka berjuang la utk negara, bukan utk diri sendiri... Banyak kerja nak kena buat. Nak kena repair, kena bina balik negara yg hampir punah...

Kjaan sekarang ni kena bina balik impian rakyat utk mendiami sebuah negara bangsa yg lebih dinamik, progresif & berdaya maju. Tak payah dah cakap lebih, banyakkan kerja daripada bercakap. Semua rakyat dok tunggu & mengharap ni...

Kalau depa tu nak terus berdrama lagi, biarkan depa. Jangan dok layan sangat, layan sikit2 takpa. Bukan apa... kita kena concentrate sekarang ni. Bukan lama pun kabinet ni. 3 tahun je kot. So kena kerja keras bina balik foundation2 yg depa cuba rosakkan sebelum ni... 

So selamat bertugas aku ucapkan. Demi Allah, galaslah tugas ni dengan baik sedaya mampu. InsyaAllah, kami rakyat akan terus bersama membantu dari belakang walaupun bantuan kami ni kecik je sekecil hama yg melayang... 

Sunday, March 8, 2020

INI PUNCA TUN M TOLAK JUMPA TS MUHYIDDIN..???


Baru2 ni PM hantar surat kat Tun M ajak berjumpa. Aku rasa, niat & tujuan surat tu adalah utk mencari jalan damai antara kedua pihak yg berada dlm satu parti. Hormatnya TS Muhyiddin pada Tun M, Presiden sanggup hantar surat pada Pengerusi...

SIAPA "TOK DALANG" SEBENAR? CUBA TEKA... HEH!


Aku dah lama aku hairan kenapa ada lagi pemimpin politik Melayu yang sanggup bersekongkol dgn DAP. Padahal kita pun tahu siapa DAP. Kita pun tahu apa PAS pun pernah teruk "terkena" dengan "game" DAP ni, kan? 

Tapi bila fikir2 balik, mungkin ada di kalangan pemimpin politik tu yang betul bodoh atau pemimpin tu mungkin "ada udang di sebalik batu", sengaja nak kenakan DAP saja... 

Bila Kak Su Bersuara... Heh!