Tuesday, June 30, 2020

UMNO, PAS IS NOT PERFECT...?


Memang benar. Di awal pembabitan aku dalam dunia blog ni, aku lebih cenderung kepada mengkritik sinis dan memberi cadangan untuk beri nafas baru kat UMNO. Biasalah. Time muda ni, bahasa lintang pukang sikit, baran pun boleh tahan...

Tapi kelemahan aku paling nyata time tu ialah aku agak "naif" sikit. Aku terlalu lurus bendul, semua nak ikut buku, nak yang terbaik saja. Tapi realitinya, politik ni memang complicated sikit, lebih subjective dari jangkaan kita...


As aku kata sebelum ni. UMNO is not perfect! Ianya hanya sebuah parti yang dikemudi manusia. Manusia pulak tak sempurna, kecuali Rasulullah SAW. So mana logiknya kalau aku expect UMNO jadi perfect? Dah tentu ada cacat dan celanya...

Tambah2 pulak, UMNO ni parti terawal di Tanah Melayu ni. Malaysia belum lahir, tapi UMNO dah lahir. UMNO yang korang kutuk ni la yang menyatukan umat Melayu di Tanah Melayu ni. Masa tu, PAS pun belum lahir lagi.. Alahhh... Malas la aku nak bercerita tentang sejarah2 ni...

UMNO ni bukan main2. Bukan ditubuhkan bawah pokok atau di kedai kopi, tapi ditubuhkan di istana. Maksudnya, ianya mendapat restu DiRaja. Kita kena faham bagaimana kedudukan Raja2 Melayu di zaman dulu.. amat dihormati & disanjung rakyat jelata...

Arwah Tunku, Tun Razak, Tun Hussein, Tun M, Tun Pak Lah, DS Najib dan yang terkini, DS Zahid, semuanya ada gaya kepimpinan tersendiri. 5 Presiden UMNO ni semua went against Tun M. Cuma Tun Razak je takde gaduh2 dgn Tun M.. yang lain semua bergaduh...

Dalam semua Presiden UMNO ni, semuanya kaya dgn diplomasi & tinggi tolak ansur. Sebagai contoh, arwah Tunku sampai bagi kewarganegaraan kat orang Cina & India yg British bawa masuk. Pandai je dia settle walau ramai orang Melayu tak setuju time tu....

Sebaliknya, pada pandangan aku, Tun M yang paling keras. Bukan dengan PAS je, dengan Raja2 Melayu pun dia cari kontroversi. Gaduh sampai tarik kuasa Raja2 Melayu tu tak gaduh ke? Sampai berlaku 2 kali krisis perlembagaan?

Aku ingat lagi, krisis perlembagaan ni sampai jadi topik hangat yang kami bincang dalam kuliah. Sampai jadi tajuk assignment! Aku siap pilih tajuk tu, siap buat research akademik lagi. Sebab tu aku cadang buat pindaan perlembagaan balik... heh!

So tak hairanlah kalau UMNO ni ada banyak coraknya. Ada kelemahan dan ada kelebihannya. Bab mentadbir ni memang berpengalaman. Bergantung kepada pemimpin yg kita pilih. That's why kita tengok pendekatan & gaya UMNO tu berubah2...

Semua selok belok depa tahu. Ada pemimpin yg baik, ada pemimpin yg buruk. Ada pemimpin yang nampak buruk, tapi baik dan ada pemimpin yang nampak je baik, tapi buruk... macam2 kan? Tapi paling jelas adalah PRESIDEN. Hala tuju parti & negara banyak bergantung kat Presiden, kan?

That's why, zaman Tun M dulu kita boleh tengok camana teruknya UMNO dan PAS bergaduh. Malah aku rasa, paling teruk gaduh time tu la. Tak pernah seteruk tu. PAS punya meluat kat UMNO sampai selak2 kain, tak ngaku sedara bebbb...

Tapi lepas zaman Tun M, hubungan PAS & UMNO ni makin elok, makin mesra pulak. Dalam diam, pemimpin PAS elok je dengan pemimpn UMNO. Kalau gaduh sikit2 tu biasalah. Tapi takde la seteruk zaman Tun M...

Alhamdulillah. Hubungan UMNO & PAS tu makin rapat dan sekarang ni dah terbina Piagam. Dah jadi MN dah. Sekutu & bertulis secara rasmi. Cuma tak tahulah berapa lama nak kekal. Kalau bertukar Presiden, sama ada Presiden UMNO ke.. Presiden PAS ke.. akan kekal ke MN ni?

Jauh di sudut hati aku, aku nak hubungan MN ni kekal sampai bila2. Kalau boleh hingga kiamat. Pandai2 la orang atas nak berdiplomasi. Kalau dengan bukan Islam pun pandai berdiplomasi, takkan sesama saudara sendiri pun tak boleh nak bertolak ansur berdiplomasi kot?

Bersatu? PKR? Kedua parti tu ditubuhkan atas perjuangan individu. PKR ditubuhkan sebab DS Anwar nak jatuhkan Tun M, Bersatu ditubuhkan pasai Tun M nak jatuhkan DS Najib, itu je pun. Bukan sebab nak satukan umat Melayu Islam sgt pun....

So that's why I suggest we flash back & patutnya kita kembali kepada fundamental. Sementara kita tak kemudi Kjaan ni, UMNO & PAS wajar kembali kepada asas perjuangan parti politik ditubuhkan. Sama2 kena tebal dgn sifat nasionalis & bina kembali negara kita....

Kalau faham, maka faham la maksud aku. Kalau tak faham, sudah... aku sekadar beri cadangan saja. Cuma satu suara orang bawahan. Terpulanglah pada kepimpinan UMNO dan PAS...kan?

I rest my case...

3 comments:

Anonymous said...

Tak perlu bersatu umat melayu islam yang perlu ada lah memperkaya umat melayu islam dalam ilmu semua bidang ilmu bukan agama saja tapi masih perlu bantuan dari wang zakat dan kerajaan. Berapa banyak B40 orang melayu islam.
Mana2 parti politik perlu hanya laungkan bersatu bangsa dan agama akhir nya jadi macam orang asal di aust dan amerika duduk dalam kawasan terpinggir.
62 tahun merdeka salah siapa kerajaan atau raakyat. Fikir lah. Tak perlu taksub dgn parti2. Bangsa dan agama yg kuat dan kaya akan di hormati di dunia.

Anonymous said...

betul umno n pas mesti terus bersatu
dlm mase yg sama parti bersatu juga mesti turut serta dlm gagasan ni
melayu mesti bersatu
harap pemimpin melayu faham ape yg umat melayu mahukan.

Anonymous said...

anon 4.23 ko ni hidup mati pikir duit dan kebendaan je.
masa sebelum merdeka dulu org Melayu billionaire sangat ke?
tapi kenapa sebelum kedatangan pendatang takde lah masalah macam sekarang.
kita mampu bina negara sebenarnya. dari asas perpaduan dan pemimpin yang betul kita mampu bangun dan maju dengan acuan kita sendiri

ko ni otak macam madey jugak..'nak dihormati mesti kaya..' itu slogan kapitalis
org mcm ni bawak masalah dalam masyarakat. baru kita nk seru kebaikan dia mula divert dan menyanggah. parti tu wadah je bukan suruh ko sembah.
org melayu kalo takde wadah mula la celaru haru biru..
kaya tapi akhlak buruk takde kesatuan ko rasa apa akan jadi?

komen biar berilmu sebelum nk suruh org lain berilmu

Bila Kak Su Bersuara... Heh!