Saturday, March 21, 2020

5 TOKOH MELAYU INI, SIAPA SANGGUP BERKORBAN SATUKAN KITA?


Gambar kat atas ni cukup membawa makna yg tersendiri. Dari satu parti, empat pihak ni berpecah kepada 3 parti. Walau dua darinya dlm 1 parti, tapi berpecah pulak kepada dua pihak, Team A & Team B...

Semuanya pemimpin tertinggi Melayu. Semua asalnya UMNO. TS Muhyiddin, DS Anwar, Tun M & DS Najib, semuanya sepentas, satu team. Agak lama depa bersama. Walau kini seorang agak uzur, namun kelima2nya masih sihat bernyawa...



Sejak dari tahun 80'an, berpecah pada akhir 90'an. Seabad selepas pasca millenium, berpecah lagi bila dua darinya join bersama seorang lagi yang sejak sekian lama bersekongkol dgn DAP. Ketiga2nya begitu akrab dgn DAP hingga begitu mudah menjatuhkan UMNO pada PRU ke-14 (2018)...

Kini 2020. Seorang masih setia bersekongkol dgn DAP. Seorang lagi walau hilang kuasa, masih tegar bersekutu dgn DAP. Seorang lagi mungkin sudah serik, enggan lagi bersama DAP, namun berdepan tersingkir dari kepimpinan partinya sendiri. 

Seorang lagi makin popular pula sejak tiada sebarang jawatan parti, makin ramai pula yang meminati. Dia tetap bersahaja walau berdepan pelbagai tuduhan di mahkamah, dan konsisten dimaki hamun dua daripada bekas rakan sepentasnya...


Dua dari yang di atas nampaknya kini begitu akrab dengan PAS. DS TG Abdul Hadi Awang bagai saudara bagi depa. Yg seorang selalu semeja sepentas bermuafakat, yg seorang lagi jemput lantik pemimpin PAS sebagai Menteri dalam kabinetnya.Ayah Chik agak gembira dgn perkembangan ini...

Hasil terbentuk Muafakat Nasional, maka bercantumlah dua parti politik terbesar Melayu Islam di Malaysia. Ramai yg menginsafi & bersyukur atas hikmah penyatuan yg sudah lama ditunggu2 ini. DAP bimbang & sakit hati, namun dalam diam dikhabarkan kini menyusun baru strategi...

Namun hakikatnya Melayu Islam masih berpecah. Dua tokoh berpengaruh yg dihormati kawan & lawan, tetap enggan menyatu. Sayangnya pada DAP begitu mendalam sekali. Mungkin bagi depa, biar Melayu berpecah rugi, asal aku dapat kuasa yang aku hajati....

Malangnya kitalah umat Melayu Islam yg menjadi mangsa. Habis berpecah mengikut kelima2 pemimpin yg menentu hala. Ke kanan mereka, ke kananlah kita. Ke kiri kita, ke kirilah kita. Jika depa terjun lombong, mahukah kita terus ikut terjun bersama?

Kita orang biasa, mungkin tak mampu menyatukan umat Melayu Islam di Malaysia. Soalnya, siapakah yang mampu satukan kita? Antara kelima-lima ini, siapakah yang mampu & sanggup berkorban kepentingan menyatukan kita semua? Siapa? Siapa? 

Tun M yg paling tua. Anwar pula bagaimana? Najib rela? Muhyiddin mahu ketepikan ego & kedudukan untuk bersama? Atau Ayah Chik sanggup gerakkan usaha menyatukan kelima-lima tokoh di bawah satu gabungan bendera?

DAP sekadar memandang dari jauh, namun begitu rapat mengamati. Pepecahan Melayu Islam selama ini begitu melegakan hati. Ada saja yg terlintas dalam kepala, otak ligat macam CPU menyusun strategi. Asalkan Melayu Islam berpecah, agenda depa cerah bak sinar mentari pagi...!

Terus terang, aku tak tahu berapa lama lagi keadaan ini. Secara peribadi, aku bersama Muafakat Nasional, sebuah gabungan murni yang aku fikir mampu membina kembali Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yg stabil & disegani. Tidak sesekali aku ingin bersekongkol dgn DAP... tidak sesekali!

وَلَن تَرْضَىٰ عَنكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Petikan peringatan Allah dari surah Al-Baqarah, ayat 120, ini aku akan pegang selagi aku bernyawa. "Lan" itu adalah puncanya. Maksud "lan" itu amat tinggi penegasannya. Maka itulah yg aku pegang memandangkan aku yakin tentang latar belakang DAP yg sebenarnya...

Aku tidak memaksa untuk kalian sokong & setuju dengan pandangan aku ini. Terpulang, masing2 punya hak demokrasi. Aku tetap bersama perintah Allah yang menjadikan aku, aku sujud pada perintahNya, dulu kini dan selamanya... Allahu Akbar!

4 comments:

Anonymous said...

1. Klu tgk sejarah, melayu berpecah kerana perebutan kuasa 2 ketul ni dr dulu sampai skrang. Rakyat kena celik mata kasar dan mata hati supaya melihat dengan sebenar2nya..
2. Kembali pada Islam bg mereka yg mengaku Islam..Mengaji dan mengkaji Al-Quran dan Sunnah..
3. Lihat kembali kepada sejarah kerana sejarah tidak menipu kecuali sejarah yg ditulis dgn niat jahat. Islam kuat dengan sendiri Melayu akn kuat.

Anonymous said...

1. Klu tgk sejarah, melayu berpecah kerana perebutan kuasa 2 ketul ni dr dulu sampai skrang. Rakyat kena celik mata kasar dan mata hati supaya melihat dengan sebenar2nya..
2. Kembali pada Islam bg mereka yg mengaku Islam..Mengaji dan mengkaji Al-Quran dan Sunnah..
3. Lihat kembali kepada sejarah kerana sejarah tidak menipu kecuali sejarah yg ditulis dgn niat jahat. Islam kuat dengan sendiri Melayu akn kuat.

Anonymous said...

KENYATAAN MEDIA MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

7 April 2020

KERAJAAN PERLU BERHENTI MENYALAHKAN PENJAWAT AWAM

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan mutakhir ini berkaitan pemecatan beberapa jawatan dalam agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tindakan Kerajaan memecat jawatan-jawatan lantikan Kerajaan sebelum ini daripada golongan professional pada masa ini adalah tidak wajar dan bukan keutamaan.

. bla.. bla... blahhh..bole blahh..bla...

blaa..blahhh..bole blahhh...

YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Persoalan yang 'walaun mudah lupa'

Sejak bila DAP jadi champion dalam membela penjawat awam nih...!? mana pergi pakar formula@strategi DAP iaitu Tony Phua..!?

menuduh penjawat awam sebagai membebankan Kerajaan adalah pemimpin Pakatan Harapan, khususnya Tony Pua, Ahli Parlimen Damansara dari DAP (25 Oktober 2016).

Yang menegaskan mengenai betapa Kerajaan tidak perlu takut untuk memecat penjawat awam adalah pemimpin Pakatan Harapan (PH), khususnya Kerk Chee Yee, EXCO Kerajaan Melaka dari DAP (18 September 2018).

Yang menegaskan mengenai keperluan untuk terus melakukan proses pembersihan kepada penjawat awam di Kementerian-kementerian ialah pemimpin PH, khususnya Dr Ong Kian Ming, Ahli Parlimen Bangi dari DAP (17 April 2019).

Yang mendesak Kerajaan supaya mengurangkan bilangan penjawat awam di dalam negara adalah pemimpin PH, khususnya Wong Ling Biu, Ahli Parlimen Sarikei dari DAP (19 November 2019).

Yang menuduh penjawat awam menjadi ‘deep state’ dan mensabotaj Kerajaan adalah pemimpin PH, khususnya Lim Kit Siang, Dr P Ramasamy, Charles Santiago, Ronnie Liu, Khalid Samad, Aiman Athirah dan Sivarasa Rasiah dari DAP, PAN dan PKR (sepanjang 2019, khususnya November).

Yang memindah dan menyejuk bekukan (‘cold storage’) penjawat-penjawat awam utama Kerajaan, termasuk Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, ialah Kerajaan PH (2018 dan 2019).

Yang mempersoalkan pemberian bantuan tunai RM500 kepada lebih 1.5 juta penjawat awam adalah pemimpin PH, khususnya Datuk Ngeh Koo Ham, Ahli Parlimen Beruas dari DAP (28 Mac 2020).

PokAmid said...

Hangpa siap tulis, kembali kpd Islam bg mereka yg mengaku Islam

Persoalan di sini, siapa yg kononnya pejuang Islam yg boleh diharapkan?
1. Nk mengharapkan kpd Mat dol presideng parti? Mat dol ni kaki lebong dan amat cetek bacaan politiknya, kecuali hebat dlm memberi ceramah dan kuliah agama.
Kita boleh lihat sendiri betapa lemahnya Mat dol ni dlm memberi jawapan bila ditanya oleh pmberita... lain yg ditanya dan lain yg dijawab....juga dgn kluk-kleknya yg tidak bertepi.

Bila Kak Su Bersuara... Heh!