Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, September 14, 2018

ADOIII..!!! TAUKE KEDAI BAK KUT TEH PUN KENA TANGKAP KE..???

Gambar hiasan jer...
Kes 1.

Ah Keong seorang yang suka main judi. Tak cukup judi tikam nombor di syarikat berlesen kepunyaan rakan karib pemimpin kesayangan penyokong PH, dia juga sanggup berjudi bola sepak dan tikam nombor haram yang takde lesen. 

Satu hari, Ah Keong menang besar. Nombor yang dibeli di kedai judi haram mengena. Dia menang jackpot dan dapat hadiah duit cash berjumlah RM1 juta. Garu kepala jugak la tauke judi haram tu. Ah Keong ambil duit judi haram tu dengan senyuman meleret...

RM500,000 tu dia simpan dalam bank. Dia pun mula joli sakan. Lepas simpan duit kat bank, dia haus dan minum teh tarik kat kedai mamak sebelah bank tu. Seronok punya pasal, dia belanja habis satu kedai. Lepas tu dia balik pejabat dia kat Kepong. Guna duit judi haram tu lah...

Thursday, September 13, 2018

PEMILIHAN PKR & PD MOVE: CUBA TEKA SIAPA YANG TAK MAHU ANWAR JADI PM?


Semalam, Setiausaha Agung PKR, Dato' Saifuddin Nasution buat pengumuman Anwar akan bertanding di Parlimen Port Dickson setelah penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah letak jawatan kat situ...

Pengumuman Saifuddin tu buat beberapa pemimpin PKR "sentap". Yang mula-mula "sentap" ialah Naib Presidennya, Tian Chua. Dia marah sebab semua tu dirancang secara rahsia oleh Rafizi, sedangkan dia Naib Presiden parti pun tak tahu...

Orang kedua "sentap" ialah Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, Dia marah dengan alasan  pengosongan kerusi Port Dickson tak guna saluran yang betul. Dia kata, patutnya PKR perlu mesyuarat dulu sebelum buat keputusan tu...

Tuesday, September 11, 2018

1 MUHARRAM 1440H: KEPADA PIIMPINAN UMNO & PAS...


Hari ini 1 Muharram 1440 Hijrah. Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua umat Islam di negara ini. Tahun baharu yang didoakan bakal menyinarkan kembali syiar Islam yang dilihat semakin suram sejak 10 Mei lalu...

PRK Seri Setia dan Balakong berakhir sudah. Ya, PAS tewas di Seri Setia dan MCA tewas di Balakong. Memang sudah dijangka, namun bertanding sebagai "underdog" di dua kubu kuat PKR dan DAP itu. Namun begitu, jumlah undi yang diperolehi PAS di Seri Setia telah memberi satu gambaran yang cukup positif.

UMNO tidak bertanding di kedua-dua kerusi tersebut. Namun begitu, para pemimpin UMNO dari seluruh negara tidak putus-putus membantu PAS berkempen di Seri Setia. Mereka berceramah, berdialog, menyantuni dan turut bertugas bagaikan jentera PAS. Sampai ada pemimpin UMNO yang masuk hospital!

Saya melihat, kerjasama di antara UMNO dan PAS ini berputik sejak PRK Sg Kandis. Namun begitu, ianya semakin rancak dan erat pada PRK Seri Setia. Malah sejak berakhir PRK Seri Setia, pimpinan daripada kedua-dua parti begitu lantang berbicara tentang kerjasama kedua buah parti.


Dalam pengamatan saya, perkembangan ini telah mencetus pelbagai reaksi dari kedua pihak. Ada yang menyokong penuh dan ada yang membantah. Ada yang ragu-ragu dan ada pula yang mengambil pendekatan "tunggu dan lihat". 

Saya fikir, tidak perlu saya sebut siapa yang menyokong atau membantah kerjasama UMNO dan PAS ini kerana kita pun dapat baca kenyataan-kenyataan mereka di media sosial rasmi mereka. Yang "ragu-ragu" dan menggunakan pendekatan "tunggu dan lihat" itu pun boleh dilihat secara tidak langsung dari kedua belah parti.

Ya, saya faham. Ada yang berfikir dua kali. Setelah lebih 60 tahun menjadi musuh politik tradisi UMNO antara satu sama lain, bukan mudah untuk kedua parti bekerjasama. Apatah lagi pendekatan PM ke-4 dulu yang memaksa PAS membenci UMNO secara keseluruhan, mana mungkin ia dapat diterima dengan mudah, bukan?

Mungkin kerana itulah ada yang membantah, ragu-ragu dan mengambil pendekatan "tunggu dan lihat". Dan mungkin ada juga yang pemimpin yang menyokong kerjasama ini hanya berpaksikan kepada status kedua parti yang berada dalam blok pembangkang dalam sistem demokrasi kita.


Namun begitu, saya melihat sendiri bagaimana sebahagian daripada pemimpin di kedua buah parti Melayu Islam terbesar negara ini begitu ikhlas dan mahu menjayakan kerjasama demi penyatuan ummah yang sejak sekian lama terpisah disebabkan perkataan yang bernama "POLITIK"...

Sejujurnya dari hati yang ikhlas, saya menyokong penuh kerjasama di antara UMNO dan PAS. 

Namun begitu, saya menyarankan agar kerjasama ini bukan hanya semata-mata kerana kedua parti ini adalah pembangkang dan tewas pilihan raya, sebaliknya kerana perintah Allah SWT & Rasulullah SAW. Pada saya, niat kerjasama itu lebih utama berbanding alasan politik.

Saya lahir dalam keluarga PAS. Arwah bapa saya dulunya seorang aktivis PAS. Saya tahu bagaimana perjuangannya. Sejak kecil, ayah bawa saya ke ceramah, program tamrin, tasykil, tazkirah PAS dan sebagainya. Ceramah Mat Sabu dan Mahfuz pun arwah bawa saya jugak...


Beberapa kali arwah kecewa tidak dapat menderma untuk tabung PAS kerana poketnya kosong. Mujurlah minyak kereta "lepas" untuk pulang ke rumah. Tapi walaupun dalam kesempitan hidup, dia banyak menyumbang tenaganya dalam perjuangan PAS. Katanya, jika tak mampu beri duit, ayah harap keringatnya itu dapat membantu perjuangan partinya.

Arwah ayah memang tak suka kat PM ke-4. Jika kelibat PM ke-4 terpapar di kaca TV, dia akan tukar saluran. Jika muka PM ke-4 juga, dia tutup terus. Saya fikir, tutup TV itu lebih baik berbanding ayah terus letak tapak kaki di muka PM ke-4 di kaca tv. Selalu juga ayah buat begitu..marah sungguh ayah!

Kenapa saya pilih UMNO dan tidak bersama PAS? Banyak kali juga saya jelaskan dalam entry-entry terdahulu saya. Namun antara salah satu sebab utama ialah pendekatan dan cara pemimpin PAS ketika itu, khususnya Mat Sabu, Mahfuz dan konco-konconya yang langsung saya tak dapat terima.

Selain itu, kegagalan PAS sendiri mendidik sebilangan pemimpin dan ahlinya menyebabkan saya tidak berminat pada parti itu. Maksud saya, jika PAS gagal jaga lidah Mat Sabu dan Mahfuz, bagaimana dia mahu mendidik rakyat dan membina negara?


Namun begitu, saya sering bertanya pada diri sendiri pada waktu itu tentang UMNO yang diketuai PM ke-4 yang tidak pernah mendengar desakan PAS. PAS vokal hampir setiap masa, tapi langsung UMNO tidak endahkan. Tiga kali hantar draft hudud, semuanya PM ke-4 reject mentah-mentah!

Sepanjang pengamatan saya di zaman PM ke-4, pendekatan Islamnya agak liberal. Hanya selepas Anwar "naik pangkat", dia yang mengubah banyak pendekatan UMNO ke arah Islam. Tapi yang musykilnya, beberapa info "gelap" tentang Anwar agak mengecewakan saya dan ramai rakan...

Saya melihat, PAS memiliki kekuatan dari sudut ilmu dan fahaman agama. Walaupun agak ekstrim dan ortodoks ketika di zaman itu, mungkin ia terdorong hasil daripada pendekatan PM ke-4 yang begitu melampau memusuhi dan memberi tekanan pada PAS. 

Hasil daripada pemerintahan ala "drakonian", maka tidak mustahil untuk muncul tindakan ekstrim penyokong PAS hingga ada yang sanggup selak kain pada Puteri UMNO di Pendang dulu. Tu kira dah melampau sangat la tu. Mat Sabu punya anak didik kottt...? 

Namun pendekatan PAS terhadap UMNO dan Kerajaan mula reda selepas PM ke-4 turun takhta. Di era Pak Lah, mereka mula kendur dan makin mesra di zaman DS Najib. Kenapa? Mungkin kerana pendekatan DS Najib yang menerima baik draf hudud PAS dan terus reject macam PM ke-4 dulu...


Najib sediakan platform untuk PAS kaji semula draft kanun jenayah syari'ah tu dengan Jakim di bawah DS Jamil Khir dan Dato' Asyraf Wajdi. Selepas dikaji beberapa lama dan diperhalusi, maka sebab tu la perlunya pindaan perlembagaan dan RUU355 diusul PAS. Jika zaman PM ke-4, jangan harap la nak hidu bawa masuk parlimen... kan?

Jadi, jelas sangat bahawa perbezaan pendekatan politik pucuk pimpinan UMNO akan menentukan pendekatan PAS terhadap UMNO, kan? Time PM ke-4, PAS benci sangat kat UMNO. Tapi time PM ke-6, boleh solat berjemaah sekali dan kerap pula hadir ke program bersama...

Kelebihan UMNO ialah memiliki struktur parti yang kukuh. Tradisinya, UMNO mengetuai BN. UMNO juga kaya dengan pengalaman mentadbir dan menguruskan kerajaan sama ada berkenaan dasar ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan sebagainya.

Cuma dalam UMNO ni, dah lama dah wujud virus-virus negatif. Ini bukan virus baru. Dah lama diperkenalkan selepas PM ke-4 ambil alih tampuk pemerintahan negara. Pernah kita dengar masalah rasuah, salah guna kuasa, main projek sana-sini masa PM ke-3 mentadbir? Projek Bakun di era siapa?


Sebenarnya virus-virus tu dah lama jugak cuba dimatikan dalam UMNO di era Pak Lah dan Najib. Macam-macam vaksin dah dicuba, tapi kurang berkesan. Susah sungguh nak mati. Degil betul! Tapi sekarang ni makin pulih... insyaAllah...

Pada hemat saya, kelemahan PAS pula ialah kurang cekap mengendalikan pentadbiran dan pengurusan. Maaf cakap, kawan saya sendiri yang ada jawatan dalam PAS cakap begitu. Fail dan rekod di PAS Kawasannya "hancur". Ahli sikit, tapi penyokong ramai. Ahli ramai, tapi bila nak buat mesyuarat agong, tiba-tiba ahli hilang entah ke mana.. dalam rekod ada!

Jika pentadbiran dan pengurusan kawasan pun gagal, maka susah la nak diharap untuk tadbir kerajaan, kan? Saya jugak la kena bantu kawan saya susun balik & struktur semula pentabdiran PAS di kawasannya.. Kesian kat kawan... heheheee...

Jadi, saya melihat bahawa kelebihan yang ada pada UMNO akan membantu PAS jika membentuk kerajaan. Manakala kelebihan yang ada pada PAS pula dilihat mampu membantu memperkasakan nilai-nilai Islam yang bakal mengimbas kembali zaman kegemilangan pentadbiran Islam ala Khulafa' Ar-Rashidin...


Orang bukan Islam jangan takut... Tiada seorang pun golongan bukan Islam yang teraniaya di zaman Khulafa' Ar-Rashidin dulu. Malah Madinah merupakan sebuah negara Islam tulen yang begitu hebat integriti, akauntabiliti dan ketelusannya. Keadilannya adalah sejagat kerana Islam itu membawa rahmat kepada sekelian alam, bukan hanya kepada orang Islam saja...

Cuma antara faktor penghalang kepada penyatuan ummah ini dijangka hanyalah atas beberapa faktor sahaja seperti ego, ragu-ragu, dendam dan kelemahan-kelemahan yang berpunca daripada dalam diri sendiri. Namun apakah itu semua mampu mengatasi kepentingan perintah Allah SWT dan RasulNya?

Cubalah berlapang dada. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Mulakan dengan keikhlasan. Usah biarkan syaitan menghembus perasaan ragu. Amalkanlah surah An-Nas. Kita umat Islam wajib taat pada perintah Allah. Bagaimana hendak direalisasikan, terpulanglah pada kebijaksanaan kita...

Buang saja kepentingan diri. Letakkan perpaduan umat Islam sebagai mana yang diperintahkan Allah sebagai matlamat utama. Buanglah ego kerana Allah tidak suka pada mereka yang ujub, "jabbaaran anieed". Buanglah dendam di jiwa kerana ia adalah permainan syaitan yang dilaknat Allah!


Saya sedar bahawa usaha ini bukanlah semudah yang disangka. Kita terpisah puluhan tahun gara-gara perbedaan ideologi. Namun usahakanlah ke arah hubungan yang lebih positif dari masa ke masa. Usah dipeduli tanggapan nakal, sesungguhnya mereka golongan yang "tidak tahu"....

Demi umat Islam dan rakyat Malaysia yang berbilang agama, bangsa dan adat resam, kita bertanggungjawab untuk memastikan bumi bertuah ini selamat terpelihara daripada tangan-tangan kotor pengkhianat agama dan bangsa, penipu dunia, unsur "gila kuasa", hipokrit pelakon pentas politik dan perosak negara yang memalukan tanah air di persada dunia.

Wahai umara' dan ulama' di dalam UMNO dan PAS, bersempena 1 Muharram 1440 Hijrah ini, saya amanahkan kamu supaya selamatkanlah Islam dan bumi Malaysia ini dari tangan-tangan "gila" itu. Selamatkan kami umat Islam, selamatkanlah kami rakyat Malaysia..! Allahu Akbar..!!!


Bila Kak Su Bersuara... Heh!