Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Friday, May 11, 2018

11 MEI: SELAMAT HARI LAHIR UMNO...


Aku tahu, ada yang ketawa. Malah ada yang berdekah-dekah menghina. Aku tahu, ada yang menyindir dan tersenyum sinis. 

Aku tahu ada yang melenting, melatah, menuding jari di sana sini menyalahkan individu tertentu. Ada yang sugul, mengalirkan air mata. Ada yang kecewa dan ada pula yang terdiam seribu bahasa. Ada yang bersahaja, dan ada pula yang hilang kerja...

Aku tidak terkecuali. Hiba bercampur baur dengan pelbagai perasaan. Sayu. Tidak pernah parti yang aku perjuangkan diuji sebegini hebat. Bukan hanya hilang tampuk kuasa di negeri Kedah, malah turut hilang penguasaan di peringkat persekutuan. Tipulah jika aku tak rasa apa-apa...

Akur dengan hidupnya prinsip demokrasi yang sebelum ini dimomokkan konon dah "mati", aku terima dan hormati keputusan PRU 14. Seikhlas hati, aku ucapkan tahniah kepada Tun M, DAP, PKR dan PAN yang berjaya mengumpul majoriti mudah kali ini...

Ya. Aku sedar. Melayu telah hilang kuasa di Tanah Melayu. Aku sedar Melayu kini terpaksa berdepan ancaman yang tidak diduga. Aku juga dapat melihat sendiri bagaimana maruah Melayu itu bagai diinjak-injak oleh "Melayu" yang hanya pada nama....

Namun begitu, aku juga yakin bahawa terdapat hikmah di sebalik apa yang berlaku. UMNO dan BN "direhatkan" sepenggal oleh suara rakyat Malaysia pada PRU 14, sudah tentu ada puncanya. 

Hari ini, 11 Mei, genaplah 72 tahun penubuhan parti keramat bangsa ini. Takdir ini membawa kita untuk merenung sedalam-dalamnya tentang erti perjuangan sebenar parti yang kita perjuangkan. Jati diri yang subur tersemai lebih 72 tahun dulu perlu kita selami...

Mungkin inilah masanya untuk kita menarik nafas sedalam mungkin dan menghelanya sekuat hati. Mungkin inilah masa terbaik untuk kita lebih serius bermuhasabah diri dan memperbaiki kekurangan yang kita cuba nafikan atau tidak kita sedari selama ini...

Kita tidak maksum. Maka sudah tentu ada cacat cela yang membuat kita "direhatkan" majoriti rakyat Malaysia untuk penggal ini. Perit atau tidak, kita perlu adil pada diri sendiri dan mengakui kelemahan yang perlu kita perbaiki demi meneruskan perjuangan ini...

UMNO "rebirth" perlu bermula hari ini. Selepas tempoh "bertenang" ini, kita akan bangkit pertama kali sebagai pembangkang. Kita perlu perbetulkan imej yang tercalar dan bingkas mengembalikan maruah perjuangan anak bangsa yang kini "hilang" buat sementara waktu...

Rakyat sebenarnya tidak bodoh. Aku yakin, dalam kegembiraan lahiriah atas kemenangan gerombolan Tun M, jauh di sudut hati mereka terselindung perasaan sayu melihat Melayu yang kini hilang kuasa di tanahairnya sendiri...

Aku juga yakin, majoriti rakyat marhain juga seperti aku yang teruja menanti Pakatan menunaikan 10 perkara utama yang mereka janji untuk laksanakan dalam tempoh 100 hari. Antaranya mansuhkan GST, subsidi petrol untuk stabilkan harga sehingga RM1.50 seliter dan laksana gaji minimum RM1,500 sebulan.

Ada banyak lagi janji-janji Pakatan yang tidak sabar untuk direalisasikan termasuk mengurangkan kos sara hidup, menurunkan harga barang, skim peduli rakyat dan BR1M yang tidak dimansuhkan. Aku teruja juga nak tengok tol di seluruh negara dihapuskan.. heh!

Memandangkan BN sedang "direhatkan", kita juga mahu melihat sendiri "kehebatan" Pakatan menguruskan segala rungutan rakyat selama ini. Jika BN selama ini ditohmah sebagai "penyakit", maka Pakatan mendakwa menjadi "ubat" yang mampu sembuhkan "penyakit" itu? Kita nantikan sama ada benar mujarab atau hanya retorik politik semata-mata...

Aku tak minta ditunaikan semua itu hari ini, esok atau minggu depan. Mana yang dijanji dalam tempoh 100 hari, maka tunaikanlah dalam tempoh 100 hari. Jika dijanji untuk tempoh 5 tahun ini, maka laksanakan mengikut tempoh itu... adil, bukan?

Cuma pesan aku, jangan sesekali kecewakan kami rakyat marhain. Jika Pakatan gagal tunaikan janji, maka rasanya aku tidak perlu jelaskan tentang sabda Rasulullah SAW terhadap golongan yang tidak melunaskan janji. Tidak akan kami maafkan seumur hidup..!

Aku mohon pada Allah SWT supaya lanjutkan lagi usia Tun M yang kini menjadi sanjungan marhainis. Tun M sebelum ini berjanji memperbaiki segala kerosakan yang beliau lakukan, maka perlulah beliau segera berbuat demikian sebelum kuasa beralih tangan kepada Anwar...

Sementara itu, kami di pihak UMNO akan mengumpul kembali kekuatan. Kami akan perteguhkan semula barisan. Kami akan tingkatkan balik jatidiri kami dan anak bangsa. Kami tidak akan menjadi pembangkang seperti kamu dulu yang bersenjatakan "black ops", cerita rekaan, pembohongan dan fitnah.

Bukan apa. Kami mahu terus memastikan perjuangan kami diredhai Allah SWT. Apa gunanya menang pilihan raya namun Allah tidak redha gara-gara menggunakan cara kotor dan berdosa, bukan? Dalam tempoh itu, bersiap siagalah menanti kebangkitan UMNO dan BN...!

Allahu Akbar...!

Wednesday, May 9, 2018

#PRU14: MAKLUMAT TERKINI DI KEDAH...


Jam 8 pagi ini, maka bermulalah proses pengundian. InsyaAllah, saya pun akan mengundi jugak, sama seperti kawan-kawan saya yang lain. Saya undi parti mana? Undi memang rahsia. Tapi, dah tentulah saya undi BN...

Saya tahu, ada kawan saya yang akan undi PAS. Ramai kawan saya yang tegar PAS walaupun kami berkawan baik. Tapi yang pasti, tak ramai kawan saya yang undi PKR atau parti yang bertanding atas tiket PKR. Saudara mara dan kawan-kawan saya yang atas pagar pun takkan undi PKR...itu pasti.

Saya tak tahu kenapa. Ada yang jugak yang tak puas hati kat BN, tapi depa tetap akan undi BN kali ni. Ada yang sebelum ni undi PAS, tapi sebab takmau Pakatan menang, depa sanggup undi BN. Maklum la.. kawasan depa PAS tak berapa kuat.. heh!

Kita lahir dan hidup di sebuah negara yang mengamalkan prinsip demokrasi. Kalau demokrasi dah mati, maka dah tentu PRU ni Pakatan boikot, takmau bertanding. Peliknya, depa jugak yang kata konon demokrasi dah mati kat Malaysia, kan? Heh!

Di peringkat federal, saya jangka BN takdak masalah untuk kuasai majoriti kerusi Parlimen. InsyaAllah, esok lepas SPR umum, maka bolehlah BN terus mentadbir negara. Berdasarkan apa dan sumber mana jangkaan saya? Itu tak perlu tanya... Heh!

Di peringkat negeri Kedah, yang ni agak susah sikit nak jangka. Tapi insyaAllah, saya akan cuba update berdasarkan maklumat terkini. Tapi insyaAllah, BN akan menang di Kedah...

Jadi, saya harap supaya semua bertenang. Nilai secara rasional dan fikir dengan waras, bukan emosi. Lepas buat pertimbangan sewajarnya, undilah parti yang difikirkan terbaik. 

Buat keputusan nak undi parti mana ni bukan macam buat keputusan nak minum ayaq kopi atau fresh orange. Nak pilih kerajaan ni bukan macam nak pilih baju. Kena buat keputusan yang baik demi masa depan Islam, bangsa Melayu dan Tanah Melayu.


Parti hanyalah platform perjuangan sebab partilah yang bertanding, bukan individu. Sebab tu individu yang bertanding tu dikatakan sebagai mewakili parti. Kalau buat tak tahuan kat parti, boleh kena pecat dan jadilah dia wakil rakyat bebas. Agak-agak boleh ka menang jadi calon bebas?

Tapi kalau rujuk pada kes Bro Mukhriz dan Mahfuz, depa mungkin boleh menang mudah sebelum ni sebab depa bersama BN dan PAS. Sekarang ni depa dah jadi Bunga Raya dan PAN, bertanding pulak atas tiket PKR. Jadi, realitinya nak menang tu agak susah la sikit...

Cuma kalau depa besaq pengaruh macam Tun M, maka mungkin akan ada harapan. Tu pun belum tentu menang sebab BN dan PAS kat Langkawi khabarnya memang nak bagi Tun M kalah kat sana. Depa tak pakat, tapi kalau ikut sentimen PAS tu, depa rela BN menang asalkan Tun M tumbang...

Lagi pun, Tok Nawawi menang besaq masa PRU 13 sebelum ni. Walaupun tak tunjuk, memang jentera Bunga Raya kat sana gabra la jugak sebab boss depa berpotensi kalah. Undi Cina kat Langkawi mungkin akan jadi milik Tun M, tapi Cina bukan majoriti kat Langkawi... itu fakta, heh!

Dah. Saya nak tidoq. Esok nak ngundi... Selamat mengundi semua!

Bila Kak Su Bersuara... Heh!