Himpunan Anak-Anak Kedah!

Himpunan Anak-Anak Kedah!
Sapa Rasa Dia Anak Kedah, Sila LIKE Page Ni... Tengkiu!

Sunday, March 4, 2018

MENJELANG PRU14, TEGURAN BUAT "ATAN" DI SANA...

Kampung kita..
Tak lama lagi, PRU 14 akan berlangsung. Kata Ab Jalil Backer, keadaan politik di Selangor dikatakan agak "gila" sama ada di pihak BN mahupun pembangkang. Jika benar bagai dikata, sebenarnya ia juga berlaku di negeri Kedah...
Begini cerita ringkasnya....

Abu tanam pokok durian. Disiram, diletak baja dan dijaga dengan rapi supaya membuahkan hasil. Bukan singkat tempohnya, tapi bertahun Abu suburkan pokok duriannya hinggalah mula berbunga dengan lebat....

Tak lama lagi, tibalah musim durian berbuah. Tapi satu hari, tiba-tiba Atan mai buat dangau kat bawah pokok durian Abu tu. Atan buat pokok durian tu macam dia yang punya. Walaupun Abu dan Atan sekampung, tapi pokok durian tu memang dok dalam kawasan Abu...

Bila Kak Su Bersuara... Heh!